السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

04 Oktober, 2010

MOK YANG ANA SEGANI

Sebagaimana yang telah dijanjikan, ana dan Pengetua telah bertolak ke Kuala Medang lebih kurang pukul 10:30 pagi Sabtu baru ni. Alhamdulillah perjalanan lancar. Sesampai di Kampung Melaka, kami singgah makan tengahari. Lauk Gulai Tempoyak Patin & Tilapia bakar. Alhamdulillah….dah rezeki kami kat situ Allah s.w.t. letakan. Lama dah sebenarnya ana tak makan kat situ, apatah lagi macam sekarang ni, kereta masih kat bengkel. Tah bila la nak siap. Dah masuk 5 bulan dah nih. Tu yang “lumpuh” tuh. Walaubagaimanapun tetap ada hikmahnya….insyallah.

Pemandangan Pekan Kuala Medang dari atas jambatan yang merentas sungai.
Sesudah menjamu selera, perjalanan diteruskan lagi. Tapi ana pulak rasa ngantuk sangat. Maklumlah lepas makan. Tapi sesetengah pakar kesihatan kata, tu tandanya seseorang tu ada masalah metabolisma. Apa ke benda metabolisma tuh? Nantilah ana cerita semula insyallah. Tak pun cari je kat internet..kan senang.

Kami sampai kat Kuala Medang hampir waktu Zohor. Lepas solat Zohor dan makan tengahari kat rumah Akak Pengetua, ana diminta merawat Ibu Angkat mereka, Mok Esoh panggilannya. Tapi lebih gemar dipanggil Mok je. Umur dalam lingkungan 80an.

Jadi ana buat prosedur rawatan yang biasa dan pernah ana buat suatu masa dulu (sebab lama gak dah berhenti merawat nih), iaitu menjampi (merukyah) bahan-bahan rawatan dan kemudiannya menjampi Mok. Dalam proses menjampi tu, Mok kata dia dapat rasakan ada sesuatu yang bergerak-gerak pada tangannya dan kakinya. Kalu ikutkan pengalaman ana yang cetek ni suatu masa dulu, tu antara tanda yang “sesuatu” tu nak keluar dari badan pesakit...wallahu a’alam.

Selepas proses rawatan, Mok kelihatan begitu ceria dan bersemangat....alhamdulillah. Siap bagi nasihat lagi kat ana yang dia anggap macam anak dia (siap suruh ana panggil dia Mok atau Mok Esoh). Itulah antara perkara yang ana suka bila merawat ni, melihat seseorang yang sebelum ni sakit, moyok, sedih dan seumpamanya, kemudiannya dengan izin dan kehendakNya sembuh dan pulih kembali.

Panjang gak Mok bercerita dengan ana tentang asal usulnya, pengalamannya di masa lalu, susah payahnya membesarkan anak-anak tanpa suami tersayang (suami Mok meninggal lebih dahulu dengan anak bungsunya berusia 2 tahun setengah pada waktu tu), pengalaman terserempak harimau masa menoreh dan juga peristiwa macamana dia mula sakit.

Sebelum Mok sakit teruk (sampai ahli keluarga ingat nak mati dah), Mok ada menebas semak dekat sungai di belakang rumahnya (kat Tanjung Gahai). Malam tu tengah solat Maghrib, Mok dengar ada suatu suara yang sangat kuat menjerkah dari depan rumah...”Hoooiiii!!!”. Bila selesai solat Mok bukak pintu tengok. Mok terkejut bila nampak sekujur tubuh besar, tegap berpakaian serba hitam berdiri bertentang mata dengan Mok yang dah tua tu. Lepas Mok berkelip mata je, tubuh sasa berpakaian hitam tersebut terus ghaib dari pandangan. Lepas tu Mok terus rasa semacam dan seluruh tubuh gementar jadinya. Kat sana Mok tinggal sorang je. Dah lama dah Mok tinggal kat Tanjung Gahai sorang-sorang. Cuma malam tu je jadi camtu. Rasa takut dan cemas menyelubungi diri Mok. Sejak dari peristiwa tu, Mok sakit dan sakitnya menjadi semakin serius hari demi hari.

Anak-anak ada cadangkan pergi berjampi dengan bomoh, tapi Mok kata dia tak gemar main bomoh-bomoh ni. Mok kata dia tak nak terlibat dengan perkara yang bersalahan dengan Islam. Mok risau kalau-kalau ianya nanti akan melibatkan perbuatan syirik. Mok kata dia lebih rela mati dari terlibat dengan benda-benda camtu. Allahu...Allah... Terharu ana dengar. Begitu kukuh Mok jaga keimanan dia di tengah-tengah masyarakatnya yang sebahagiannya masih lagi kuat meyakini kepada perbomohan yang kadang-kadangnya atau sebahagiannya menjurus kepada amalan syirik. Jarang ana dengar kata-kata sedemikian dari orang tua yang seusia dengan Mok. Bahkan yang lebih muda dari Mok pun. Apatahlagi di kawasan kampung dan pendalaman yang kepercayaan dan keyakinan kepada bomoh-bomoh ni masih begitu kuat. Semoga Allah s.w.t. menjaga Mok sehingga ke akhir hayatnya.

Setelah selesai, kami berangkat pulang dengan Mok melambai-lambai ceria kepada kami. Pengetua merupakan anak yang paling disayanginya, walaupun dia hanyalah anak angkat je(Mok bela Pengetua masa dia darjah satu). Mok berkali-kali mengulangi kata-katanya, “Walau lain bangsa (Mok orang Jawa Asli), anak orang, tapi kita orang Islam semuanya bersaudara. Mok sayang anak-anak Mok semuanya. Anak angkat ke...anak sendiri ke...semua Mok sayang. Semua sama. Semua orang Islam bersaudara. Kenapalah ada orang-orang sekarang yang sampai sanggup buang anak sendiri?”

Mok seorang perempuan yang ana tengok begitu tinggi sekali sifat keibuannya (sehingga ana pun boleh rasa dia punya aura...subhanallah)...kasih sayangnya....hanya Allah lah yang lebih mengetahui.

Begitulah Allah s.w.t. mengajar dan mentarbiah kita melalui pengalaman yang kita tempuhi setiap saat, setiap masa, setiap hari.....dan seterusnya. Tinggal lagi kitalah yang mengambil pengajaran dari apa yang dah kita lalui. Bagi ana...banyak yang Allah s.w.t. telah ajar melalui pengalaman yang ana lalui, termasuk pengalaman berjumpa insan yang mengelarkan dirinya Mok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan