السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

08 Oktober, 2010

JIN NAK BERDAMPING



Alhamdulillah....segala puji bagi Allah s.w.t. atas segala hal. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Sayyidina Rasulullah s.a.w., ahli Baginda dan juga para sohabat Baginda.

Beberapa malam yang lalu ana telah dikunjungi oleh seorang warden dan seorang pelajar lebih kurang pukul 10:00 malam. Masa kat sekolah, warden tu dah cerita masalahnya, iaitu tentang pelajar berkenaan yang katanya bermimpi tentang atuknya (dah meninggal dah) yang menunggunya balik ke rumah pusaka di kampung pada bulan 10 ni katanya (dah bulan 10 dah ni). Selain dari tu ada beberapa lagi rentetan mimpi dan peristiwa yang berlaku kepada pelajar tersebut yang menyebabkan warden tersebut cukup risau. Pelajar tersebut kebetulannya sedang menduduki peperiksaan PMR sekarang ni. Isnin ni hari akhir peperiksaan PMR.

Jadi seperti dulunya, ana mulakan dengan soal selidik bagi mengetahui kedudukan sebenar (maklumlah...ana tak kuasai lagi ilmu mata bathin). Tapi nampaknya banyak benda yang pelajar tersebut rahsiakan dari ana dan juga dari warden tersebut. Untuk tidak melengahkan masa, ana scan (guna kaedah yang ana belajar dari Ustaz Abdul Majid). Ada respon tapi lemah je. Kemudiannya ana jampi dia, alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Seterusnya ana guna Teknik Kembara Minda. Mulanya ana suruh pelajar tu lihat sekeliling dirinya, tak de apa-apa katanya. Lepas tu ana ajak dia pergi ke rumah pusaka atuknya di Chegar Perah, Kuala Lipis. Masa dok kat halaman depan rumahnya, dia nampak atuknya dok depan pintu rumahnya, macam dah tau je kita orang nak ziarah. Ana suruh dia tanya apa yang "makhluk" tu nak, namun tiada jawapan. Beberapa soalan lain yang dikemukakan pun tak berjawab. Sekali lagi untuk tidak melengahkan masa, ana suruh pelajar tu buat Ikrar Pemutus, ana tarik buang segala benda asing dalam badannya dan pagar. Sebagai ubatan, ana bekalkan Ibu Penawar kepada pelajar tersebut untuk diminum 2 kali sehari. Setelah segalanya selesai, mereka pun pulang.

Rumah pusaka kekadang berpenjaga/berpenunggu.
Pagi tadi ana mendapat maklum balas mengatakan yang pelajar tersebut telah cuba mengelak dari meminum ubatan yang diberi, bahkan cuba menyembunyikan Ibu Penawar tersebut. Nampak gayanya pelajar tersebut sudah mula dipengaruhi oleh jin penjaga rumah pusaka tersebut yang berkemungkinan jin saka atuknya. Wallahu a'alam.

Memandangkan masih ada lagi 3 kertas peperiksaan yang pelajar tersebut kena tempuhi, ana dan warden berkenaan menangguhkan dulu rawatan selanjutnya. Sebab lepas rawatan malam tu, pelajar tu mimpi yang atuknya (jin tersebut) marah dan memberi amaran/mengugut dia supaya jangan meneruskan rawatan.

Jadi kena tunggu dan lihatlah nanti episod seterusnya selepas PMR nanti....insyallah.

3 ulasan:

  1. Salaamun 'alaik ya sheikh.

    Hmmm...Macam2 kes ya sheikh. Inilah tanda2 akhir zaman. Sebelum Dajjal al-Maasih la'natullaaH keluar, anak2 buahnya dan mula tunjuk 'agah'. Makin banyak kes2 sihir yang melibatkan jin dan emosi manusia yang rakus.

    BalasPadam
  2. Gitulah BS. Sekarang ni Jin Penunggu Rumoh tu (nampok macam saka atuk pelajar tu) dok giat berusaha untuk mempengaruhi pelajar tu supaya berdamping dan bersahabat dengan dio.

    Jin tu ambik kesempatan dari perasaan kasih yang amat sangat pelajar tu pada atuk dia. Tu yang dia mengambil rupo atuk pelajar tu untuk menagih simpati.

    Tapi sejak dio tahu yang ana tahu dio jin saka bukan roh atuk pelajar tu dan setelah ana explain kat budok tu, jin tu mula marah dan mengugut pelajar tu. Dio marah sebba tipu daya dio doh terbongkar. Tapi budok tu nampok sangat berminat dengan jin saka tu, tah apa yang dia janjikan kat pelajar tu. Tu yang ana dan warden tu agak risau tu. Pelajar tu bukan tahu apa-apa tentang risiko bersahabat dengan jin saka nih.

    BalasPadam
  3. Tipu daya jin yang menjanjikan kehebatan duniawi berlandaskan nafsu. tugas anta nampaknya bukan sekadar guru yang mengajar subjek bahasa inggeris syeh. lebih dari itu nampaknya. semoga dimudahkan urusan anta. Robbi Yassir 'Wala Tu'assir Ya Kareem.

    BalasPadam