السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

31 Januari, 2012

HAKIKAT PENGIJAZAHAN





Alhamdulillahi 'ala kulli haal...wafii kullihaalin ni'matillah.

Syukur ke hadratiLLAH kerana dengan izinNya dapat ana kongsikan sedikit ilmu sebagaimana tajuk di atas. Semuanya lantaran dari suasana/keadaan semasa akhir-akhir ini yang berlaku, khususnya bersangkutan dengan keilmuan Tapak Suci (TS) yang ana lazim dihujani dengan pertanyaan berkisar tentangnya. Alhamdulillahi wa minna...syukur kerana akhir-akhir ini TS kembali bergerak aktif dengan guru-gurunya/wakil gurunya kembali giat menerima, mengambil & mengijazahkan keilmuan TS kepada para murid. Ini merupakan suatu perkembangan positif...semoga Allah S.W.T. memperkenan mengurniakan rahmat, ni'mat serta hikmah kepada para ahlinya...aamiin.

Dalam keghairah pengajaran & pembelajaran keilmuan TS ini, bahkan juga lain-lain keilmuan, suka ana yang jahil & faqir ini kongsikan hakikat pengijazahan ilmu dari seorang guru/wakil guru kepada para murid mereka. Pengijazahan, bukan hanya sekadar lafadz, mengizinkan, membenarkan, menyampaikan keilmuan dari seseorang pengijazah kepada muridnya...lalu kemudian dari itu, murid tersebut sama ada berterusan berada dalam bimbingan gurunya tersebut ataupun membawa haluan sendiri dengan keilmuan yang diijazahkan, tetapi lebih dari itu.

Mengijazahakan seseorang murid, bermakna seseorang guru/wakil guru tersebut sanggup & bersedia menerima beban menanggung pembawaan atau perjalanan muridnya sepanjang mereka menanggung & membawa keilmuan tersebut. Dengan kata lain, menambahkan beban tanggungan dari yang telah sedia ada...beban diri sendiri, beban anak-isteri, beban ahli keluarga & lain-lain yang dalam tanggungan. INGAT! Bebanan ini akan dipersoalkan di hadapan ALLAH S.W.T. di akhirat kelak! 

Perkara pengijazahan ini bukan akan habis dengan selesainya proses pengijazahan dengan lafadz qabiltu! atau "Saya terima pengijazahannya...!", tetapi dengannya akan berlaku suatu hubungan kerohanian & wujudnya suatu tanggungjawab & hak yang perlu masing-masing tunaikan, antara seorang pengijazah dengan yang diijazahkan yang mana ALLAH S.W.T. menjadi saksinya dan sekali lagi ana inigin tegaskan, ia akan dipersoalkan di akhirat nanti oleh ALLAH S.W.T...."Apakah kamu (pengijazah) sudah laksanakan tanggungjawab & haq kamu sebagai guru kepada mereka yang kamu ijazahkan (terima sebagai murid kamu) dan begitu pula sebaliknya. Oleh itu, sekiranya seseorang guru itu dapat membimbing muridnya dengan baik...alhamdulillah & baarokallah, tapi kalau sebaliknya (diri sendiri pun tak mampu dibawa@dipimpin atas landasan yang diredhai Allah S.W.T.) na'uzubillah.

Memahami hakikat pengijazahan inilah maka seseorang guru/wakil guru harus merenung dengan mendalam sebelum mengijazahkan sesuatu keilmuan kepada murid mereka...sama ada mereka ini betul-betul layak atau tidak, kerana implikasinya terhadap kehidupan beragama mereka sangat besar sehingga akan dipersoalkan oleh ALLAH S.W.T. di mahkamah Mahsyar nanti. Sekiranya dirasakan dengan izin ALLAH S.W.T. yang seseorang yang memohon ijazah itu atau yang ingin berguru dengannya itu ada kekurangan, maka perlulah dibimbing dahulu diri mereka agar kekurangan tersebut hilang dari mereka barulah diijazahakan (kekurangan di sini merujuk kepada kekurangan yang besar yang boleh mencacat atau merosakan usaha mereka dalam membawa & menanggung keilmuan yang diijazahkan nanti sekiranya tidak diperbaiki, contohnya kekurangan dalam memahami konsep aqidah Islam yang benar, iaitu aqidah Ahlu Sunnah wal Jama'ah & kelemahan dalam ilmu-ilmu yang fardhu ain yang asas bagi mereka). Sekiranya guru/wakil guru tidak mampu membimbing mereka ini, maka menjadi kewajipan guru/awakil tersebut sama ada menyuruh atau menyediakan atau menunjukkan pihak lain yang mampu. Ini adalah suatu tanggungjawab sebagai guru/wakil guru yang mesti dilaksanakan...dan ingat!, ALLAH S.W.T. yang menjadi saksi atas apa yang telah & akan kita perbuat! 

Adalah suatu yang sangat menyedihkan bila usaha menuntut ilmu & proses pengijazahan ilmu dianggap remeh atau diremehkan, sehingga para pengijazah & para penerima ijazah tidak lagi menjaga adab, haq & tanggungjawab mereka masing-masing lalu mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T., menjatuh & menghina (walaupun secara tidak langsung atau kerana kejahilan) martabat ilmu itu sendiri. Jadi bagaimana akan dapat diraih natijah yang baik, kalau permulaannya pun sudah punah? Adab terhadap ilmu, terhadap guru, terhadap rakan seguru & juga haq murid & ilmu perlu diambil kira... Dengan kata lain, jangan memandang remeh.

Keadaan menjadi lebih buruk jika keilmuan yang kita cari, diambil ijazahnya dari mereka yang tidak berkelayakkan atau tidak mempunyai ciri-ciri yang melayakkan mereka dengannya. Bagaimana mampu mereka membimbing kita dalam perjalanan keilmuan kita di atas jalan yang haq jika mereka ini tidak layak? Apatah lagi jika kita menuntut keilmuan yang ada melibatkan unsur kerohanian dari mereka yang bukan Islam atau berasal dari orang bukan Islam yang kononnya telah diIslamisasikan (cuba diIslamkan)! Tak kurang juga yang mengambil kesempatan atas perkara sebegini untuk kepentingan peribadi. Ingatlah! ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui lagi Maha Melihat apa sahaja yang kita kerjakan & tiada satupun yang tersembunyi dari ilmu & pandanganNYA. Wallahu 'alam.

Dengan penjelasan ringkas & yang tak seberapa ini, maka ana harapkan agar dibukakan kefahaman kepada para pembaca tentang hakikat pengijazahan keilmuan dalam perspektif Islam. Segala silap & salah dalam perkongsian ana ini harap ditegur dengan penuh hikmah & semangat ukhuwwah Islamiyyah & ana mohon maaf.

# Renungan buat diri & para sahabatku fiLLAH yang dikasihi sekalian, agar dalam keghairan, kita terpandu dalam keredhaanNYA.

30 Januari, 2012

MAJLIS TALAQQI INTENSIF 2012





Alhamdulillahi ala kulli haal...terhadap anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. dalam bentuk peluang & kesempatan untuk bertalaqqi dengan guru mulia Al Musnid As Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin Al Maliki. Sungguh ianya suatu ni'mat yang besar, apatah lagi ia adalah keilmuan tentang aqidah yang haq & juga keilmuan yang membicarakan tentang kesempurnaan sebaik-baik makhluk, Sayyiduna Muhammad S.A.W....kekasih ALLAH S.W.T.

Keni'matan berada dalam majlis ilmu sebegitu tak dapat nak diungkapkan hanya dengan kata-kata... Syukur juga dalam kesempatan tersebut, As Syeikh sudi mengijazahkan sanad tasbih, sanad bacaan Al Fatihah & juga mentalkinkan Tahlil Khusus. Jazakallahu khairan jaza'. Semoga ALLAH S.W.T. memberkati kehidupan As Syeikh dunia lebih-lebih lagi akhirat....aamiin.


Banyak pencerahan yang ana alhamdulillah dapat dari majlis tersebut...semoga dengannya menjadi panduan dalam kehidupan beragama ana & keluarga serta mereka yang ada di sekeliling ana...



12 Januari, 2012

RAWATAN PERTAMA 2012

Alhamdulillahi ala kulli haal.

Rawatan pertama ana pada tahun ni adalah dengan merawat diri sendiri. Pertamanya pengambilan herba (celery seed oil : soft gel) bagi mengurangkan masalah gout. Keduanya bekam, pada bahagian yang sakit, kat kaki belah kanan.

Rawatan kedua, semalam...merawat rakan setugas dengan rawatan bekam sambil memberikan konsultasi kesihatan (setakat yang ana tahu je). Semoga berkurangan & seterusnya sembuh masalah asthmanya...insyallah.