السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

01 Oktober, 2010

IBU PENAWAR

Semalam ana berkesempatan membelek kitab Miftaahus Syifa'  susunan Ahmad Thoha bin Abdul Ghoni. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian ana untuk dikongsikan bersama para pembaca sekalian mudahan bermanfaat.

Ubat Penyakit Yang Sukar Diubati


Apabila ada seseorang yang menghidap penyakit yang berat dan sudah lama menanggungnya serta sukar diubati, maka sediakanlah air hujan (kalau boleh air hujan malam Jumaat, atau kalau tiada apa-apa air mutlaq pun boleh). Sebaiknya disimpan air tersebut dalam satu bekas yang besar untuk dijadikan ibu penawar.

Kemudian bacakan pada air tersebut ayat-ayat berikut;

  1. Al-Fatihah - 70 kali
  2. Ayatul Kursi - 70 kali
  3. Al-Ikhlas - 70 kali
  4. Al-Falaq - 70 kali
  5. An-Naas - 70 kali
  6. Doa Syifa - 7 kali
Setelah itu, air tersebut bolehlah diberikan kepada si sakit untuk diminum (2 kali sehari, pagi & malam) selama 7 hari. Sekiranya air tadi dah berkurangan (sebaiknya janganlah sampai kurang daripada separuh jumlah asalnya), maka tambahlah air hujan yang baru. Lazimilah membaca ayat-ayat dan doa di atas, sama ada seminggu sekali atau pun sebulan sekali. Begitulah seterusnya. 


Insyallah penyakit yang ada akan keluar dari badan pesakit sama ada melalui muntah, peluh, kencing, berak dan lain-lainnya.

Wallahu a'alam bissowab.

Doa Syifa'

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسَ, أَذْهَبَ الْبَأْسَ, إِشْفِ حَامِلَ كِتَابِى هَذَا فَأَنْتَ الشَّافِى وَعَافِهِ أَنْتَ الْمُعَافِى, فَإِنَّهُ لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ, يَااللهُ شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا وَلاَ أَلَمًا بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا لَطِيْفُ يَا خَبِيْرُ, إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ
 وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan