السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

18 Oktober, 2010

KHODAM LA USTAZ...! BUKAN JIN ATAU HANTU.

Kat sekolah tadi, salah seorang warden (yang bawa seorang pelajar jumpa ana dulu kes penunggu rumah atuknya) bagitau ana yang pelajar tersebut dah tak nak teruskan rawatan dengan ana. Warden tu cakap, hujung minggu baru ni pelajar tu balik kampung dan berjumpa dengan rakan atuknya. Rakan atuk budak tu menjelaskan padanya bahawa yang dok menjaga rumah atuknya tu adalah khodam atuknya bukan jin atau hantu. Tambah rakan atuknya juga, khodam tu takkan "bersatu" dengannya (masuk ke dalam badan pelajar tu) selagi pelajar tu tidak mendalami ilmu agama/ilmu Al-Quran (maknanya khodam tu akan mendampingi secara luaran je dulu) & tidak mengamalkan ayat yang akan dia ajarkan nanti. Ni kira amalan berkhodam lani nampaknya.


Ana hanya mampu tersenyum kambing je, "Terpulanglah... Dah agak dah, sejak dari awal-awal buat rawatan dulu lagi. Banyak benda yang dia (pelajar tu) rahsiakan dari kita Mie. Semasa rawatan tu sebenarnya banyak benda terjadi, tapi bila tanya, dia cakap tak de apa-apa pun. Sebenarnya ana sangsi jawapannya tu. Sebab ana "nampak" dengan izin ALLAH t.a. apa yang berlaku. Dia tipu.... Sebenarnya dia berminat untuk berdamping dengan khodam tu cuma dia tak nyatakan je sebab takut kita tak bagi. Nasihat...nasihat dah. Kalu dah itu keputusan dia, terpulanglah. Lagi pun sapalah kita berbanding dengan rakan atuknya yang dia lebih kenal dan percaya tu. Orang tua pulak tu."

Warden tu cakap, masa ana merawat pelajar tu, ada beberapa perkara terjadi. Tu pun pelajar tu cerita kat warden tu selepas rawatan. Dengan ana pelajar tu tak berani cakap, tapi dengan warden tu dia berani pulak cerita. Tah! Ana ni hanya membantu mereka yang memerlukan bantuan je. Kalu tak nak, ana tak paksa, apatah lagi offer. 

Semoga Allah s.w.t. beri petunjuk pada pelajar tu. Ana tak nak tengok benda-benda yang tak sepatutnya & tak diingini berlaku. Terutama depan mata ana. Harap-harap tahun depan ana dah ditukarkan ke Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan