السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

13 Oktober, 2010

BILA ANAK DEMAM

Bila anak demam ada beberapa perkara yang patut kita lakukan. Antaranya adalah dengan mendemahkannya dengan tuala lembap dan memberikan air bagi mencegah dehidrasi yang diakibatkan oleh demam. 





Mendemah dengan tuala lembap

Mendemah dilakukan dengan tuala yang dibasahi air suam (30ºC) yang kemudiannya dilapkan ke seluruh badan. Suhu badan akan menurun bila air meruap dari permukaan kulit. Oleh itu, jangan “dibungkus” anak yang demam dengan tuala basah atau direndam dalam air kerana peruapan akan terhalang. Tingkatkan suhu air bila suhu badannya semakin tinggi. Ini supaya suhu demahan yang dikenakan  tidak terlalu berbeza dengan suhu badan anak yang demam. Jika suhu demahan terlalu rendah, ia akan menyebabkan pembuluh darah anak menguncup. Akibatnya haba panas tubuh tidak dapat keluar. Lalu anak boleh jadi semakin menggigil kerana badan akan cuba mempertahankan keseimbangan suhunya.

Mendemah dapat juga dilakukan dengan meletakkan anak di dalam besin yang sudah diisi air suam. Siram badan, lengan, dan kaki anak dengan air suam tersebut. Sebenarnya mendemah adalah kurang efektif jika dibandingkan dengan ubat demam. Bila menggunakan kaedah mendemah, hendaklah diberikan juga ubat demam, kecuali anak kita mengalami alahan terhadap ubat tersebut.

Membedong anak yang umurnya kurang dari 3 bulan dengan pakaian atau selimut yang tebal akan menaikkan sedikit suhu badan. Menurut pemerhatian, suhu rektal 38.5ºC atau lebih bukanlah disebabkan oleh membedong dengan kain yang tebal. Oleh itu, disarankan agar bila anak kita demam, pakaikanlah dia dengan baju atau selimut tipis sahaja supaya udara dapat berjalan lancar.


Tingkatkan Pemberian Air Kepada Anak

Demam akan meningkatkan risiko terkena dehidrasi (kekurangan cairan badan). Tanda dehidrasi paling mudah adalah berkurangnya kencing dan air kencing berwarna lebih gelap daripada biasa (kuning pekat/keperangan). Oleh itu, ibu-bapa sebaiknya memberikan anak minum air dalam jumlah yang mencukupi. Anak yang demam kekadang tidak merasa lapar, lantaran itu sebaiknya tidak memaksa anak untuk makan. Minuman seperti susu  dan air harus tetap diberikan atau bahkan lebih kerap. Anak yang lebih besar bolehlah diberikan sup atau buah-buahan yang banyak mengandung air. Bila anak tidak mampu atau tidak mahu minum dalam beberapa jam, ibu-bapa sebaiknya membawanya berjumpa doktor.


Biarkan Anak Rehat Semasa Demam

Demam menyebabkan anak lemah dan tidak selesa. Ibu-bapa sebaiknya membiarkan anak agar mendapar rahat yang cukup. Jangan memaksa anak untuk tidur atau berehat. Anak akan merasa sihat dan dapat kembali semula ke sekolah atau melakukan aktiviti-aktiviti lainnya ketika suhu badan sudah kembali normal.

Sepanjang masa anak demam, ibu-bapa hendaklah memperhatikan simptom-simptom lain yang mungkin muncul. Tanyakan pada anak, apa yang dirasakannya, contohnya: pening & sakit kepala, nyeri semasa kencing, kesukaran bernafas dan lain-lainnya. Ini kerana demam boleh jadi merupakan tanda bahwa ada gangguan pada kesihatan anak atau gejala dari penyakit tertentu. Oleh itu, para ibu-bapa hendaklah bijak dalam menghadapinya. Ibu-bapa perlulah tahu bila anak yang demam dapat dirawat sendiri di rumah atau bila pula memerlukan pemeriksaan dari doktor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan