السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

12 Disember, 2011

DISIHIR STAF BAWAHAN 2

Rawatan kali kedua diteruskan. Terima kasih ana ucapkan kepada sahabat-sahabat yang ada memberikan nasihat & cadangan rawatan kepada ana dalam berdepan kes sebegini. Perkembangan pesakit agak positif bila beliau dah mula ada selera walaupun masih lemah.

Kali ini ana rukyah 3 biji kelapa muda & limau untuk mandian. Memandangkan pesakit pun ada pengalaman dalam merawat, ana bantu & minta beliau tarik buang gangguan yang beliau dapat tarik buang. Dalam proses tersebut...tiba-tiba pesakit bangun bersilat. Masyallah...haru sungguh! Ana segera menepuk lantai & suruh dia duduk serta berhenti bersilat. Alhamdulillah...pesakit duduk. Risau gak kalu dia terkam ana, kaki kanan ana masih lagi terasa sengalnya walau bengkak dah surut. Hihi...penangan gout. Nampaknya pesakit sedang bergelut dengan jin yang berdamping dengan beliau. Ana minta dia kawal diri...jangan biarkan jin berkenaan menguasainya. Erm...cerita bab pesakit bersilat ni...teringat pula masa merawat seorang pesakit perempuan di sebuah perkampungan nelayan dengan sahabat ana Wan Al Kutani. Siap cabar kitaorang lagi... Dan juga semasa merawat pelajar di sebuah sekolah agama di Jerantut.

Seterusnya ana lakukan proses tarik keluar pada seluruh badannya...khususnya bahagian kepala. Erm...nampak masih ada lagi yang tak keluar...insyallah lain kali pula. Jam dah hampir pukul 12:30 tengahmalam. Ana minta pesakit buat mandian...mudah-mudahan Allah S.W.T. sembuhkan pesakit. Sekarang sedang menunggu perkembangan seterusnya...

DISIHIR STAF BAWAHAN

 الحمد لله على كلّ حال

Setelah sekian lama, hari ni ana diizinkan untuk mecoret sedikit pengalaman terbaru dalam merawat pesakit yang pada awalnya disihir oleh staf di tempat kerja beliau sendiri. Kes ini berlaku di bandar Kota Bharu.

Mengikut ceritanya, ada sedikit pergeseran berlaku lantaran staff tersebut curi tulang semasa kerja sedangkan pesakit dipertanggungjawabkan menyelia staf terbabit. Pergeseran yang berlaku tidak tamat di situ sahaja, bahkan berlanjutan menjadi kes serangan balas dendam menggunakan sihir. Staf yang berdendam tersebut dipercayai mendapatkan khidmat & mengupah seorang bomoh siam bagi menyihir pesakit. Akibat dari serangan sihir tersebut, pesakit menjadi lemah, hilang selera makan, demam yang berlajutan, selalu muntah-muntah yang kadang-kadang muntah darah sehingga menganggu urusan hidup seharian. Bomoh siam berkenaan disyaki menyihir pesakit dengan menggunakan debu mayat yang ditabur di sepanjang pintu pagar rumah sewa pesakit. Wallahu a’alam bissowab.
Jadi semasa kali pertama merawat, ana ikhtiar mematikan barangan sihir yang ditabur di sepanjang pagar rumah pesakit. Setelah itu ana teruskan pula dengan sesi rukyah. Baru je baca doa pelindung, pesakit terus rebah & tertirap.

Kemudian suatu suara asing mula membebel...”Sapo la pulok mari dok ganggu aku nih! Aku lamo doh dok denga dio nih, takdok sapo dio kaca pun! Mari mano la pulok dio nih...dok ganggu aku la pulok!”

Nampaknya ada jin yang sudah merasuk & menguasai pesakit. Sesi dialog mula berlaku & pelbagai perkara yang dimaklumkan jin yang merasuk tersebut, termasuk perihal serangan sihir terbaru. Selain dari itu pesakit juga dimaklumkan diserang oleh segolongan jin Hindu yang berdendam kepada beliau kerana pesakit pernah membunuh 2 jin Hindu sebelum ini. Pesakit rupanya pernah mempelajari pelbagai keilmuan sebelum ini & pernah menjalankan kerja-kerja perbomohan. Semasa melaksanakan kerja-kerja perbomohan itulah pesakit pernah membunuh 2 jin tersebut & sehingga sekarang beliau dimusuhi & didendami oleh kaum kerabat jin yang dibunuhnya. Dari masa ke semasa beliau diserang oleh jin-jin Hindu. Nampaknya ada masalah lain & ada yang lain yang lebih dominan pada pesakit. Kes dah jadi 3 in 1 atau mungkin 4 in 1 dah pulak nampaknya.

Selain dari itu, keilmuan yang beliau pelajari juga nampaknya ada memberikan kesan negatif...beliau kepanasan & menjadi panas baran. Mengikut cerita jin yang berdialog tersebut & juga cerita pesakit sendiri, keilmuan yang beliau pelajari itu tidaklah sempurna dipelajari...jadi ia mungkin menjadi punca kepada masalah yang beliau hadapi atau mungkin ada permasalahan lainnya...wallahu a’alam.

Setelah itu ana teruskan dengan merukyah pesakit...jin yang tadinya berdailog mula marah-marah, bahkan mengaku dirinya Jin Afrit. Ana ikhtiar tarik keluar...namun jin berkenaan nampaknya masih bertahan & mula memperlekehkan ana. Ana teruskan ikhtiar dengan beberapa kaedah lainnya & seterusnya ana tangguhkan rawatan kerana jam pun dah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Nampaknya rawatan perlu diteruskan lagi...
(bersambung...)

10 November, 2011

PENYATUAN UMMAH MELALUI AMALAN TASAWUF

Oleh: Ustaz Haji Sa’ari bin Hussain
Tarekat Ahmadiah Idrissiah
29hb September 2011


Pendahuluan
Tasawuf adalah satu cabang ilmu Islam yang telah diperakui kesahihannya. Nama tasawuf telah dikenali selepas berlakunya pengelasan ilmu dalam Islam, namun hakikatnya, amalannya telah pun dimulai dan diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri serta diteladani oleh para sahabat Baginda yang lebih dikenali sebagai ilmu ihsan, ilmu batin, ilmu dalam hati (‘ilm fi al-qalb) dan sebagainya. Malahan tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang diperkenal dan dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. tersebut adalah sebaik-baik contoh untuk diikuti oleh umat Islam. Sayyidatina A’ishah r.a. pernah bertanya Baginda:

“Kenapa tuan beribadah sedemikian rupa, wahai rasulullah, sedangkan dosa tuan yang lepas dan akan datang telah diampuni Allah?”. Lalu baginda bersabda: “Adakah aku tidak patut menjadi hamba yang bersyukur?” (Sahih al-Bukhari)
 
Secara tidak langsung perkembangan pesat disiplin ilmu tasawuf dalam pemikiran Islam telah diterima oleh masyarakat Islam di seluruh pelusuk dunia di mana hampir di setiap negara umat Islam, ianya diterima dan dipraktikkan oleh penduduk Islam disitu. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya anggaran pernah dibuat bahawa terdapat sebanyak tiga peratus daripada seluruh penduduk dunia yang menerima disiplin tasawuf sebagai cara hidup mereka. Malahan dengan arus kebangkitan Islam hari ini, ramai para pengkaji tasawuf menjangkakan pertambahan pesat bilangan umat Islam yang melibatkan diri dengan dengan disiplin tersebut. Malah sejarah umat juga telah membuktikan bagaimana ilmu tasawuf ini berperanan dalam membangunkan insan dari aspek rohani dan jasmani atau dengan kata lain dari sudut jiwa dan mental serta akhlak insan sebagaimana yang digambarkan dalam pelbagai kitab-kitab muktabar tasawuf samada penulisan tokoh-tokoh sufi sendiri mahupun para pengkaji tasawuf misalannya Ihya’ ‘Ulum al-din (al-Ghazali), Qut al-Qulub (Abu Talib al-Makki), Jami’ Karamat al-Auliya’ (al-Nabhani), Futuh al-Ghaib (Abdul Qadir al-Jilani), Kitab al-Hikam (Ibn Atha’illah) dan lain-lainnya.
 
Pengalaman kerohanian yang dilalui dan dipupuk melalui jalan kesufian telah berjaya meletak insan ke tahap maqam ubudiyyah tertinggi yang direalisasikan melalui hubungan antara insan dengan Penciptanya (habl min Allah); insan sesama insan (habl min al-nas); dan insan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Insan yang berjaya dalam pengalaman kerohaniannya ini akan membentuk umat islam yang selaras dengan kehendak Islam dimana mereka mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) seperti sentiasa berusaha menyempurnakan keimanan kepada allah Taala (meyakini Rukun Iman yang enam); berusaha melaksanakan ibadah fardhu sebaik mungkin (mempraktikkan Rukun Islam yang lima); berusaha berakhlak terpuji  (misalannya menyayangi dan berbakti kepada kedua ibubapa, sanak saudara, handai taulan dan masyarakat umum) serta berusaha menjauhi akhlak keji (mazmumah); berusaha melaksanakan amalan sunat dan fadha’il (misalannya berzikir dan berwirid dengan zikir dan wirid yang ma’thur serta mempunyai wasilah rohani; membaca al-Qur’an; qiyamullail dan sebagainya).
 
Hasilnya, masyarakat Islam mampu meneruskan warisan penyatuan, kesejahteraan, keamanan, jaminan sosial, politik dan ekonomi peninggalan Rasulullah s.a.w. selaras dengan kehendak ajaran Islam yang suci. Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang wajar sekiranya kita sebagai umat Islam yang mewarisi ajaran daripada kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. menanam azam dan cita-cita untuk turut sama berusaha dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyatu padukan umat penduduk Nusantara ini melalui gerakan sufiyyah.
 
Penyatuan Ummah Melalui Kesufian

Pengkajian yang dibuat oleh Tun Suzana Tun Hj Othman dan Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad, penulis sejarah Nusantara, dalam buku mereka yang bertajuk Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, mengenai sejarah bangsa Melayu di Nusantara semenjak kedatangan Islam pada abad ke 9 Masihi serta perkembangan agama ini yang akhirnya melahirkan negara-negara Islam dalam bentuk kesultanan-kesultanan yang mengamalkan tamadun Melayu Islam Beraja telah membawa kepada suatu kesimpulan penting. Pada pandangan beliau, ulama-ulama Arab, khususnya dari darah ahlul-bait Rasulullah s.a.w. atau dari golongan Bani hasyim telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di sini dan juga dalam penyatuan umat Melayu di bawah naungan raja-raja Islam ini. Sejarah Nusantara telah merekodkan peranan yang dimainkan ahlul-bait ini, terutamanya sebagai ulama-ulama tasawuf yang datang dari Semenanjung Tanah Arab termasuk Kota Mekah da Hadhramaut di Yaman, yang menyumbang jasa yang besar dalam pembentukan tamadun Melayu Islam beraja. Malah beliau berpendapat bahawa sebahagian dari mereka ini pula ditakdirkan menjadi golongan pemerintah dan keluarga bangsawan (raja-raja dan para pembesar) yang bertanggungjawab mencorak identiti, jatidiri, lanskap sosio-politik serta halatuju bangsa Melayu beratus-ratus tahun lamanya.
 
Beliau turut menyimpulkan, pada masa kegemilangan Islam dan umat Melayu di bawah pimpinan Melayu Islam Beraja ini, khususnya kesultanan-kesultanan ahlul-bait, landasan-landasan yang ditelusuri mereka adalah dengan bimbingan ulama-ulama muktabar, khususnya syeikh-syeikh murshid iaitu ulama-ulama tasawuf yang bersilsilah secara langsung kepada Rasulullah s.a.w., dengan menjadikan amalan para sahabat baginda s.a.w. serta salafus soleh sebagai pegangan dan amalan mereka.
 
Selanjutnya, kegemilangan dan kecemerlangan serta penyatuan umat di bawah kesultanan Melayu Islam Beraja ini dilanjutkan lagi oleh para pengamal tasawuf dan pendiri tarekat tasawuf sebagaimana yang termeterai dalam sejarah Nusantara, iaitu dengan peranan yang dimainkan oleh antaranya Hamzah Fansuri (m. Lbh kurang 1607M) (mufti bagi kesultanan Acheh) pada abad ke 17 Masehi. Beliau dikatakan sebagai ulama Melayu yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Tarekat Qadiriyyah kepada penduduk Nusantara. Seterusnya peranan sebegini diteruskan lagi oleh Shamsuddin al-Sumaterani (m 1630M) yang dikatakan sebagai murid Hamzah Fansuri. Kemudiannya ia disemarakkan dengan kemunculan seorang ulama lagi iaitu Nuruddin al-Raniri (m. 1658M), diikuti oleh Abdul Rauf al-Singkili (m. 1693M) iaitu yang bertanggungjawab mengembangkan Tarekat Shatariyah di Nusantara di samping mengikuti dua tarekat lain iaitu Qadiriyyah dan Qusyasyiyyah dan juga Muhammad Yusuf al-Makasari (m. 1699M).
 
Pada masa itu, umat Islam tidak pernah menganggap harta benda sebagai suatu aset yang mampu menyatupadukan ummah walaupun ia dimiliki seluas bumi ini. Malahan hati yang bersih, ruhani yang mantap dan sentiasa hampir dengan Allah merupakan suatu jalan untuk mencapai perpaduan ummah khususnya di Nusantara dan umumnya di dunia.
 
Kemunduran umat Islam baik di Timur Tengah dan juga Nusantara bermula dengan kejatuhan kerajaan Abbasiyyah di Baghdad ke tangan Hulagu Khan dari Mongol pada tahun 1258M. Terdapat pelbagai faktor yang dilihat sebagai penyebab kemunduran tersebut. Pada hemat saya, antara penyebab lainnya apabila dilihat dari aspek kerohanian ia adalah disebabkan oleh: pertama, melupakan peranan ahlul-bait dalam masyarakat; kedua, mengabaikan amalan yang membangunkan kerohanian atau dengan kata lain amalan tasawuf; ketiga, melupakan peranan Rasulullah s.a.w. yang bersifat mengawal (al-Mani’ah) dan menyatu-padukan (al-Jami’); keempat, memutuskan ikatan (rabitah) dengan Rasulullah s.a.w.; kelima, mengabaikan zikir yang ada wasilah ruhani (silsilah yang sampai kepada Baginda Rasulullah s.a.w.).
 
Sebagai Muslim yang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. melalui ajaran yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, kita tidak sepatutnya melupakan peranan penting ahlul-bait dalam membina kerohanian dan ketamadunan umat manusia. Kepentingan peranan ahlul-bait telah dijelaskan oleh Baginda s.a.w. melalui hadithnya yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadrak al-Sahihain, bahawa Ibn ‘Abbas berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bintang-bintang adalah petunjuk keselamatan penghuni bumi dari bahaya tenggelam di lautan. Adapun Ahlul-Baitku adalah petunjuk keselamatan bagi umatku dari perpecahan. Maka apabila ada kabilah Arab yang berlawanan jalan dengan mereka, nescaya akan berpecah belah dan menjadi parti iblis.” (Hadis ini sahih sesuai persyaratan Imam al-Bukhari dan Muslim). Justeru peranan penting ahlul-bait ini hendaklah dikembalikan ke dalam masyarakat supaya masyarakat dapat dibangunkan dari sudut kerohanian dan ketamadunannya.
 
Pengabaian amalan yang membangunkan kerohanian (ilmu dan amal tasawuf) telah menyebabkan kita lupa tanggungjawab fizikal dan rohani terhadap tujuan utama kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t. sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah”. Oleh yang demikian, kelalaian dalam melaksanakan tanggungjawab beribadah ini akan menjerumuskan manusia ke dalam lembah kehancuran. Ahli-ahli sufi seperti Hasan al-Basri, al-Ghazali, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkili, Abdul Samad al-palembani dan sebagainya telah membuktikan bahawa ilmu dan amal tasawuf merupakan salah satu jalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui jalan tarekat yang mengajarkan latihan kejiwaan (riyadah al-nafs) melalui proses pembersihan jiwa (tazkiyah al-nafs) sehingga mencapai matlamat pendekatan dengan Allah SWT (taqarrub ila Allah).
 
Melupakan peranan Rasulullah s.a.w. juga menyebabkan umat Islam mundur dan berpecah belah kerana masing-masing mempunyai matlamat berbeza sehingga menjadikan mereka sentiasa berlumba-lumba dan bersaing untuk menjadi pemimpin masyarakat tanpa menjadikan Rasulullah sebagai pemimpin rohani dan masyarakat yang sebenarnya sebagaimana anjuran Sidi Ahmad ibn Idris r.a. iaitu pelopor Tarekat Ahmadiah.
 
Pengabaian berzikir kepada Allah melalui amalan zikir yang ada wasilah ruhani (silsilah yang sampai kepada Baginda Rasulullah s.a.w) juga turut melemahkan spiritual, mental dan fizikal umat islam serta ketahanan mereka dalam menghadapi cubaan dan cabaran kehidupan. Jiwa yang kering dari mengingati Allah SWT akan menghasilkan jiwa dan mental yang kacau bilau, resah gelisah, tidak tenang, penuh amarah dan sebagainya.
 
Oleh yang demikian, bagi mencapai matlamat penyatuan ummah, adalah dicadangkan beberapa kaedah menyatu padukan umat berdasarkan kesufian:
 
Pertama, mengimarahkan majlis zikir di setiap qariah seluruh nusantara. Usaha ini begitu penting disebabkan amalan zikir merupakan anjuran dari al-Quran al-Karim, hadith dan terdapat banyak kata-kata para sahabat dan auliya’ yang membicarakan peranan zikir terhadap perkembangan dan kesejahteraan umat. Allah berfirman dalam surah al-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud: “ (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia”. Dan juga firmanNya dalam surah Ali Imran, ayat 191 yang bermaksud: “ (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata), Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.
 
Imam Ibn Atha’illah al-Sakandari pernah menyebut: “Janganlah kamu meninggalkan zikir (menyebut nama atau mengingati Allah) kerana tidak hadir (hati) kamu serta Allah dalam zikir itu. Ini adalah kerana bahawasanya kelalaian kamu dari mengingatiNya adalah lebih berat dari kelalaian kamu pada ada mengingatiNya. Mudah-mudahan Allah SWT akan mengangkat kamu dari zikir disamping ada kelalaian kepada zikir dimana hatinya jaga (tidak lalai lagi). Dan mudah-mudahan Allah SWT akan mengangkat kamu dari zikir yang beserta kehadiran Allah SWT dalam hati kepada zikir dimana lenyap selain Allah SWT. Dan itu semua tidaklah sukar bagi Allah SWT”. Justeru dapat difahami bahawa jalan yang paling hampir untuk sampai kepada Allah SWT adalah melalui amalan zikrullah. Atau dengan kata lain, kita hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dari sudt ZatNya, Asma’Nya, Af’alNya dan SifatNya.
 
Apa yang harus dijaga dan diberi perhatian ketika berzikrullah ialah “apakah hati kita sudah beserta denganlidah kita dalam mengingatiNya? Atau hati kita masih tidak sejalan dan seiring dengan lidah kita? Situasi ini adalah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn majah, Ibn Hibban dan al-Hakim dari Abdullah bin Bisyr r.a.yang bermaksud: “Bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Wahai Rasulullah! Bahawasanya syariat-syariat Islam sungguh telah banyak atasku, maka khabarkanlah oleh Tuan kepadaku dimana aku dapat bergantung dengannya. Nabi menjawab: Sentiasalah lidahmu basah dengan menyebut Allah”.
 
Kedua, menjaga ikatan diri dengan diri Baginda Rasulullah s.a.w. (rabitah) seperti yang terdapat dalam firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 28 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. Ayat ini menjelaskan kewajipan bertaqwa kepada Allah di samping tidak melupakan keimanan dan kecintaan terhadap rasulullah s.a.w. meskipun baginda telah lama meninggalkan dunia yang fana’ ini. Hasilnya cahaya kebenaran akan sentiasa menyuluh perjalanan hidup mereka serta sentiasa diberi keampunan oleh Allah SWT. Justeru ikatan yang kemas, mantap dan utuh antara diri kita dengan baginda hendaklah sentiasa dijaga dan dibaja supaya hati-hati kita menjadi jinak dan bersih serta tenteram yang melanjutkan kepada penyatuan ummah.
 
Ketiga, al-zi’amah al-muhammadiyyah yang melestarikan kepentingan menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin ruhani dan fizikal manusia walaupun baginda sudah lama meninggal dunia. Kesedaran bahawa manusia sebenarnya tidak pernah terpitus dari kepimpinan baginda adalah amat penting kerana tanpa kesedaran dan keyakinan ini, manusia akan terus hanyut dibuai oleh hawa nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa berusaha mengajak manusia melupakan tujuan asal kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Allah Taala berfirman dalam surah al-Imran ayat 101 yang bermaksud: “Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w.)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).”
 
Kesimpulan

Hasil daripada perbincangan di atas, saya dengan rendah hatinya ingin merumuskan bahawa penyatuan ummah adalah suatu usaha yang ditunggu-tunggu. Malah usaha ini selaras dengan kehendak ajaran agama Islam yang suci kerana Allah SWT telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103 mengenai kewajipan bersatu padu dengan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah nikmat Allahkepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”.
 
Adalah dicadangkan supaya usaha-usaha penyatuan ummah ini diambil kira dengan pertamanya, tidak meninggalkan ahlul-bait; keduanya, sentiasa berusaha untuk mengikat diri dengan Rasulullah s.a.w. dan ahlul-bait Baginda; ketiganya, sentiasa beramal dan berwirid dengan zikrullah yang ada wasilah ruhani; keempatnya, perlu disematkan di dalam hati bahawa amalan ini telah pun berlaku pada akhir zaman ini seperti yang telah direncanakan Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Wallahu a’lam.

TASAWUF & SYARIAT

Seluruh pengamal tasawuf yang mengamalkan pengamalan tarikat muktabarah sepakat bahwa landasan utama peramalan itu adalah pengamalan syariat yang kuat. Semua lembaga tarikat Muktabarah berlandaskan Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang sangat menekankan pengamalan syariat yang sempurna, adalah satu-satunya jalan untuk berhasilnya pengamalan tarikat itu. Sementara ada sebagian orang yang berpura-pura mengaku pengamal tasawuf tapi tidak mengamalkan syariat, mengatakan mereka telah sampai ke tingkat yang tinggi, telah sampai ke tingkat musyahadah yang dibuktikan dengan beberapa kekeramatan-kekeramatan.

Pengakuan yang demikian ini adalah sesat, karena sangat bertentangan dengan Al Qur’an dan Al Hadis, dan tidak sesuai dengan aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah dan berbeda atau sangat bertentangan dengan kenyataan yang dilaksanakan oleh para tokoh sufi pengamal tarikat Al Muktabarah. Pengakuan-pengakuan yang demikian ini umumnya datang dari orang yang berpura-pura pengamal tasawuf atau datang dari pihak-pihak yang tidak senang kepada jalan yang ditempuh oleh para sufi.

Para sufi menekankan peramalannya harus didasarkan kepada at Taslim (penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT), At Tafwidh (berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT), At Tabarri Minan Nafsi (Pembebasan diri dari hawa nafsu), dan At Tauhid bil Khalqi wal Masyi’ah (mengesakan hanya Allah sajalah yang Maha Pencipta dan Maha Berkehendak).

Berbeda dengan golongan Qadariah yang mendasarkan peramalannya kepada Al Fi’lu (perbuatan adalah kehendak yang bersangkutan), al Masyi’ah (semua kehendak adalah kehendak yang bersangkutan), al Khalqah (semua yang diciptakan adalah ciptaan yang bersangkutan) dan at Takdir (semua takdir itu tergantung kepada yang bersangkutan). Mereka ini semuanya, mendasarkan apa saja yang mereka lakukan tergantung kehendak mereka.

Di dalam Al Qur’an banyak sekali dalil yang menunjukkan kebenaran landasan peramalan para sufi tersebut. Hasilnya pun kelihatan dengan pengamalan yang sungguh-sungguh yang didasarkan kepada syariat yang kuat, para sufi memperoleh kesenangan, kemanisan dalam beriman dan beribadat, ketentraman dan ketenangan. Apa yang diperoleh para sufi ini merupakan buah, hasil ibadatnya yang merupakan rahmat dari Allah SWT. Apa yang diperoleh oleh para sufi ini belum tentu, atau bahkan kecil sekali kemungkinannya dapat diperoleh oleh orang lain. Letak perbedaannya menurut Al-Ghazali, para sufi lebih gigih dalam riyadlah dan mujahadah. Mereka tidak memadai dengan pengamalan-pengamalan syariat wajib saja, tetapi harus juga mengamalkan syariat-syariat sunnah. Para sufi tidak hanya meninggalkan yang haram dan makruh saja, tetapi juga meninggalkan hal-hal yang mubah (kebolehan), yang tidak berfaedah apalagi kalau hal itu dapat membawa kepada melalaikan syariat.

Ibnu Khaldun menyatakan, berkat riadlah dan mujahadah yang sungguh-sungguh, maka para wali memperoleh tanda-tanda kemenangan yang besar, memperoleh kekeramatan-kekeramatan, sebagaimana hal itu juga diperoleh para sahabat Rasulullah As Sabiqunal Awwalun. Orang tidak boleh tertipu dan terpedaya dengan adanya kekeramatan-kekeramatan ini sebelum dibuktikan kuatnya syariat yang bersangkutan. Kekeramatan ini tidak menjadi tujuan dan tidak pula menjadi ukuran. Yang menjadi tujuan adalah dekat kepada Allah, mendapat ridla-Nya dan yang menjadi ukurannya mengamalkan syariat dengan berhakikat sempurna.

Pengamal tasawuf yang telah memperoleh kesenangan, kemanisan dalam beriman dan beribadat, ketentraman dan ketenangan adalah suatu bukti bahwa dia telah menjalani atau menempuh jalan yang benar dan mengamalkan syariat yang haq.

Dalam buku “Al Munqiz Minadlalal” diuraikan tentang para sufi yang banyak memberikan pendapat atau komentar berkenaan tasawuf dihubungkan dengan syariat, ini disebutkan di dalamnya.

a.       Imam Al Ghazali
Al Ghazali mengatakan, “Ketahuilah bahwa banyak orang yang mengaku, dia adalah menempuh jalan (tarikat) kepada Allah, tapi yang sesungguhnya, yang bersungguh-sungguh menempuh jalan itu adalah sedikit. Adapun tanda orang yang menempuh jalan yang sungguh-sungguh dan benar, diukur dari kesungguhannya melaksanakan syariat. Kalaupun ada orang yang mengaku bertasawuf dan bertarikat dan telah menampakkan semacam kekeramatan-kekeramatan, melalaikan atau tidak mengamalkan syariat, ketahuilah bahwa itu adalah tipu muslihat, sebab orang yang bijaksana (orang tasawuf) mengatakan, Jikalau kamu melihat seseorang mampu terbang di angkasa dan mampu berjalan di atas air, tetapi ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat, maka ketahuilah bahwa sebenarnya ia itu adalah setan.”

b.      Abu Yazid Al Bustami, menyatakan:
Andaikata kamu melihat seseorang yang diberi kekeramatan hingga dapat naik ke udara, maka janganlah kamu tertipu dengannya sehingga kamu dapat melihat dan meneliti bagaimana dia melaksanakan perintah dan larangan agama serta memelihara ketentuan-ketentuan hukum agama dan bagaimana dia melaksanakan syariat agama.

c.       Sahl at Tasturi
At Tasturi mengungkapkan tentang pokok-pokok tasawuf yang terdiri dari tujuh pokok jalan (tarikat), yaitu berpegang kepada Al Kitab (Al Qur’an), mengikuti Sunnah Rasul, makan dari hasil yang halal, mencegah gangguan yang menyakiti, menjauhkan diri dari maksiat, selalu melazimkan tobat dan menunaikan hak-hak orang lain.

d.      Junaid al Baghdadi
Al Junaidi mengomentari orang yang mengaku ahli makrifat tetapi dalam gerak geriknya meninggalkan perbuatan-perbuatan baik dan meninggalkan mendekatkan diri kepada Allah, maka beliau mengatakan “Ketahuilah bahwa dia itu adalah setan”. Selanjutnya beliau mengatakan; Ucapan itu adalah ucapan suatu kaum yang mengatakan adanya pengguguran amalan-amalan. Bagiku hal itu merupakan suatu kejahatan yang besar, dan orang yang mencuri atau orang yang berzina adalah lebih baik daripada orang yang berpaham seperti itu.

e.      Abul Hasan As Syazili
As Syazili mengatakan; jika pengungkapanmu bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah Rasul, maka hendaklah engkau berpegang kepada Al Qur’an dan Sunnah Rasul itu, sambil engkau mengatakan kepada dirimu sendiri “sesungguhnya Allah SWT telah menjamin diriku dari kekeliruan dalam Al Qur’an dan Sunnah Rasul”. Allah tidak menjamin dalam segi pengungkapan, ilham, maupun musyahadah (penyaksian), kecuali setelah menyesuaikan perbandingannya dengan Al Qur’an dan Sunnah Rasul.

Sebagai kesimpulan, semua pengamalan kaum sufi harus mengikuti semua Nash Al Qur’an dan As Sunnah dan meneladani amaliah-amaliah Rasulullah, sebagai panutan tertinggi para sufi.

Sabda Rasulullah SAW, Nabi SAW ditanya tentang suatu kaum yang meninggalkan amalan-amalan agama, sedangkan mereka adalah orang-orang yang berbaik sangka kepada Allah SWT. Maka jawab Nabi SAW, “Mereka telah berdusta. Karena jika mereka berbaik sangka, tentu amal perbuatan mereka juga adalah baik.” (Dr. Abdul Halim Mahmoud 1964: 161 – 167).

03 Oktober, 2011

Imam Malik (94-179 H./716-795 CE) 

Imam Malik (r.a): “Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fikh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fikh tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dan fikh dia meraih kebenaran.” (dalam buku ‘Ali al-Adawi dari keterangan Imam Abil-Hassan, ulama fikh, vol. 2, p. 195.


Imam Syafi’i (150-205 H./767-820 CE) 

Imam Syafi’i (r.a) : "Saya bersama orang sufi dan aku menerima 3 ilmu:
1. Mereka mengajariku bagaimana berbicara.
2. Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang dengan kasih dan hati lembut.
3. Mereka membimbingku ke dalam jalan tasawuf.
[Kashf al-Khafa and Muzid al-Albas, Imam 'Ajluni, vol. 1, p. 341.]

Dalam Diwan (puisi) Imam Syafi’i, nomor 108 :
Jadilah ahli fiqih dan sufi. Jangan menjadi salah satunya, Demi Allah aku menasihatimu.


Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H./780-855 CE) 

Imam Ahmad (r.a) : “Wahai anakku, kamu harus duduk/selalu bersama orang-orang sufi, karena mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi.” (Tanwir al-Qulub, p. 405, Shaikh Amin al- Kurdi)


Imam Ahmad 

Imam Ahmad (r.a) tentang Sufi: ”Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka.” ( Ghiza al- Albab, vol. 1, p. 120)


Syeikh Abdul Qadir Al Jailani

Jadilah manusia biasa dalam pandangan orang lain, Sheikh Abdul Qadir Al Jailani berkata : "Bila kau brtemu dengan seseorang, hendaknya kau memandang dia itu lebih utama daripada dirimu & katakan dlm hatimu: "Boleh jadi dia lebih baik di sisi Allah daripada diriku & lebih tinggi derajatnya." 

Jika orang yang lebih kecil & lebih muda usianya daripada dirimu, katakanlah dalam hatimu : "Boleh jadi orang kecil ini tidak banyak berbuat dosa kepada Allah, sedangkan aku adalah orang telah banyak berbuat dosa, maka tidak diragukan derajat dirinya jauh lebih baik daripada aku."

Bila dia orang yang lebih tua hendaknya kau mengatakan dalam hati : "Orang ini lebih dahulu beribadah kepada Allah daripada diriku. "

Jika dia orang alim maka katakanlah dalam hatimu : "Orang ini telah diberi oleh Allah sesuatu yg tidak mampu aku raih, telah mendapatkan apa yang tidak mampu aku dapatkan, telah mengetahui apa yang tidak aku ketahui & telah mengamalkan ilmunya."

Bila dia orang bodoh, katakan dalam hatimu : "Orang ini durhaka kepada Allah kerana kebodohannya, sedangkan aku durhaka kepada Allah padahal aku mengetahuinya."

27 September, 2011

RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH ( BEKAM SUNNAH )

76 PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN MELALUI KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

DALIL-DALIL TUNTUTAN BERBEKAM

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari

INSYAALLAH dengan keizinan ALLAH.
Dicatat oleh Abi Syahid Asy-Syahidi

20 September, 2011

PENUNGGU BILIK HOTEL

Maghrib semalam ana dapat panggilan dari staff sekolah katanya adik iparnya ada masalah...diganggu penunggu bilik hotel tempat adik iparnya tu bekerja. Lepas Isya' ana ke sana bersendirian. Sesampai di kuarters JKR, kediaman staff tersebut...seperti biasa ana cuba dapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan apa yg dah terjadi.
Mengikut cerita staff & mangsa, mangsa diganggu penunggu bilik hotel. Ceritanya bermula bila ada rakan sekerja mangsa yang menghubunginya dan mengatakan yang penginap di bilik berkenaan memerlukan sesuatu. Jadi mangsa membuat panggilan ke bilik tersebut beberapa kali. Ada yang mengangkat tapi tiada respond melainkan bunyi seperti telefon rosak, berdesir.... Perasaan aneh mula menyelubungi mangsa. Mangsa seterusnya bergerak ke bilik tersebut. Bila ke sana memang tiada orang dan keadaan mula mencemaskan. Mangsa merasakan semacam ada sesuatu yang mengekori beliau...dalam keadaan menyeramkan tersebut mangsa telah berlari sekuat hati meninggalkan bilik hotel tersebut dan seterusnya tidak sedarkan diri.


Sedar-sedar, magsa telah dikelilingi ramai rakan sekerja beliau, sebahagiannya membaca Yassin. Bila mangsa tanya apa yang dah terjadi. rakan mangsa menyatakan yang beliau telah kerasukan, meronta-ronta & menjerit-jerit dengan mata terbeliak merah. Ada beberapa rakan sekerja beliau yang cuba memegangnya habis dicampak & ditendangnya. Kekuatan mangsa sewaktu itu cukup luar biasa. Bila mangsa bertanyakan rakan sekerjanya tentang penginap bilik hotel berkenaan, rakannya tersebut memaklumkan yang beliau telah mendapat panggilan dari penginap dan memaklumkan yang beliau masih berada di luar hotel atas urusan kerja & bilik tersebut tak berpenghuni. Keadaan menjadi gempar. Habis tu siapa yang angkat panggilan talifon? Melihat keadaan mangsa yang tidak stabil, pengurus yang kebetulan hadir sama pada malam tu memberi kelepasan kepada mangsa untuk balik merawat diri. 

Dengar ceritanya penghuni bilik tersebut juga dengan kelam kabut telah check out pada malam tu juga. Kenapa? Tak pula dinyatakan...wallahu alam.

Jalan ikhtiar yang ana ambil adalah dengan merukyah bahan untuk mandian & seterusnya merukyah mangsa. Alhamdulillah tiada entiti-entiti asing pada mangsa kerana makhluk tu nampaknya hanya berminat untuk tinggal di bilik hotel tersebut sahaja. Apa yang ana risaukan adalah bila mangsa kembali menyambung kerjanya di sana. Dari pemerhatian ana, nampaknya ada beberapa bilik hotel yang menjadi port  bagi makhluk-makhluk tu lepak...ermph...PENUNGGU BILIK HOTEL...seronok dapat dok free kat hotel.

 
Adakah ana perlu naik ke sana untuk menangani permasalahan bilik berpenunggu ni? 

Wallahu 'alam...rasanya baik ana jadi penunggu kat klinik sekolah ni, menunggu kalau-kalau ada pelajar yang sakit & memerlukan rawatan.

13 September, 2011

BERPAGI DI BALAI POLIS MERAPOH

Semalam warden call ana tanya pandangan  tentang suatu kes terbaru yang berlaku di asrama SMK Merapoh yang pada pandangan beliau agak serius. Jadi ana memberikan pandangan ana setakat yang diizinkan. Kemudiannya pagi ni sekali lagi warden maklumkan ana & memohon khidmat ana untuk menyoal siasat suspek dalam kes ni kerana suspek tak memberi kerjasama kepadanya dalam siasatan. Ana mohon warden panggilkan saksi terlebih dahulu untuk mendengar keterangannya, lepas tu ana minta warden memanggil salah seorang suspek. Alhamdulillah, urusan soal siasat berjalan lancar, suspek mengaku melakukan kesalahan berkenaan. 

Walaubagaimanapun ana tak dapat meneruskan kepada suspek yang lain kerana OCS & anggotanya dari Balai Merapoh sampai ke sekolah lebih kurang pukul 8:30 pagi sebagaimana dijanjikan. Warden telah maklumkan hal ni kepadanya semalam. Jadi ana menyerahkan permasalahan ini kepada pihak polis. Setelah disoal siasat, semakin ramai pelajar yang disyaki terbabit dengan kesalahan yang berlainan pula. 

Setelah beberapa ketika, OCS memaklumkan yang pihak mereka ingin membawa kesemua pelajar ke balai untuk diambil keterangan & urusan selanjutnya. Jadi warden dan GPK HEM telah bersiap sedia untuk ke sana selaku wakil pihak sekolah. Dalam keadaan itu, ana turut diminta oleh warden untuk ikut sekali kerana ana yang ada maklumat & berjaya menrungkai sebahagian kecil dari permasalahan berikut....biiznillah.

Jadi pagi tadi ana pun turut sama ke balai. Pihak polis dengan cadangan dan permintaan dari waris pelajar telah membuat pemeriksaan urin. Masyallah...sebagaimana dijangka, 2 positif, manakala 5 lagi pelajar tak mahu kencing. Sebelum balik tadi ana dimaklumkan yang kelima-lima pelajar tu masih ditahan di balai.

Ini merupakan pengalaman pertama ana ke balai polis kerana kes pelajar-pelajar sepanjang 8 tahun jadi guru. Sebelum ni warden, guru disiplin & GPK HEM je. Kali ni dengan ana-ana sekali terheret sama gara-gara menyual siasat suspek. Sebenarnya kami bercadang nak selesaikan kes ni di peringkat sekolah je...tapi bimbang kalau-kalau menjadi parah.

Sedih melihat remaja sekarang yang tiada hala tujuan dalam hidup mereka...bukan tak diberi tahu, bahkan dah puas nasihat, tapi cabaran dihadapi mereka tak dapat mereka hadapi dengan bijak.

Wallahu 'alam. Kepada Allah jua di mohon perlindungan dari segala fitnah dunia, lebih-lebih lagi fitnah di akhirat.

10 September, 2011

NASIHAT IMAM ALI BIN ABI THALIB

Hidupkanlah hati dan fikiranmu dengan menerima dan memperhatikan nasihat. Jadikanlah kesolehan sebagai penolong untuk menghilangkan keinginan- keinginan nafsumu yang tidak terkendali. Binalah budi pekertimu dengan pertolongan keyakinan yang tulus pada agama dan Allah.

Taklukkanlah keinginan-keinginan peribadimu, kesesatan hatimu dan keburukanmu dengan senantiasa mengingat kematian. Sedarilah akan kefanaan hidup dan segala kenikmatannya. Insafilah kenyataan dari kemalangan dan kesengsaraan yang senantiasa menimpamu serta perubahan keadaan dan waktu. Ambillah pelajaran dari sejarah kehidupan orang-orang terdahulu.

Jangan membicarakan apa yang tidak engkau ketahui. Jangan bertanggapan dan memberi pendapat atas apa yang kau tidak berada dalam kedudukan untuk memberi pendapat tentangnya. Berhentilah jika khawatir akan tersesat. Adalah lebih baik berhenti disaat kebingungan daripada maju meredah bahaya-bahaya yang tak tentu dan risiko-risiko yang tak terduga.

Berjuanglah dan berjihadlah demi mempertahankan dan demi tegaknya kalimat Allah. Jangan takut dan khawatir bahwa orang-orang akan mengejekmu, mengecam tindakanmu dan memfitnahmu. Janganlah gentar dan ragu membela kebenaran dan keadilan. Hadapilah dengan sabar penderitaan dan kesengsaraan yang menimpa. Hadapilah dengan berani rintangan yang menghalangi ketika engkau berupaya mempertahankannya. Sokonglah kebenaran dan keadilan setiap kali engkau menjumpainya.

Binalah kesabaran dalam menghadapi segala kesulitan, bencana dan kesengsaraan. Kesabaran merupakan salah satu di antara moral yang tertinggi dan akhlak yang mulia, dan merupakan suatu kebiasaan yang terbaik yang dapat dibina. Bersandar dirilah kepada Allah dan mintalah senantiasa perlindunganNya dari segala bencana dan penderitaan. Jangan mengharap pertolongan dan perlindungan dari siapapun kecuali Allah.

Ketahuilah bahwa sombong dan bangga diri adalah bentuk-bentuk kebodohan dan berbahaya bagi jiwa dan fikiran. Oleh kerana itu, jalanilah kehidupan yang seimbang dan berusahalah untuk berlaku jujur dan tulus. Apabila mendapat bimbingan dari Allah untuk mencapai apa-apa yang diinginkan, maka janganlah berbangga dengan perolehan itu. Tunduk dan merendahlah di hadapan Allah dan sedarlah bahwa keberhasilan itu semata-mata kerana kasih dan kurnia-Nya.

(Nasihat dari Ali bin Abi Thalib. Wafat 21 Ramadlan 40 H ,10 Oktober 680).

MAHABBAH

Abu Nasr as Sarraj at-Tusi seorang tokoh sufi terkenal membagi mahabbah kepada tiga tingkat :


(1) Mahabbah orang biasa, yaitu orang yang selalu mengingat Allah SWT dengan zikir dan memperoleh kesenangan dalam berdialog dengan-Nya serta senantiasa memuji-Nya

(2) Mahabbah orang siddik (orang jujur, orang benar) yaitu orang yang mengenal Allah tentang kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya. Mahabbah orang siddik ini dapat menghilangkan hijab, sehingga dia menjadi kasysyaf, terbuka tabir yang memisahkan diri seseorang dari Allah SWT. Mahabbah tingkat kedua ini sanggup menghilangkan kehendak dan sifatnya sendiri, sebab hatinya penuh dengan rindu dan cinta kepada Allah

(3) Mahabbah orang arif, yaitu cintanya orang yang telah penuh sempurna makrifatnya dengan Allah SWT. Mahabbah orang arif ini, yang dilihat dan dirasakannya bukan lagi cinta, tetapi diri yang dicintai. Pada akhirnya sifat-sifat yang dicintai masuk ke dalam diri yang mencintai. Cinta pada tingkat ketiga inilah yang menyebabkan mahabbah orang arif ini dapat berdialog dan menyatu dengan kehendak Allah SWT


Doa Nabi Muhammad SAW : 'Ya Allah, anugerahkanlah kami cinta-Mu, Dan cinta kepada siapapun yang mencintai-Mu dan amalan yang akan membimbing kami kepada cinta-Mu.


06 September, 2011

INTIPATI WASHIQATUL AMAL AD-DANDARAWIAH


Seperti yang di Syarahkan Oleh Ustaz Haji Saari Hussin pada 14hb Ogos 2011 kepada Tuan Mohd. Nizam Al Jabal Marky, di rumahnya di atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan.


MATLAMATNYA
1. Meninggikan agama dan orang Islam
2.Meningkat manusia jiwanya kepada manusia yang dimuliakan hinggakan kepada tahap maqam Ikhlas dan maqam Insanul Kamil
3. Menyatukan umat dibawah pimpinan Rasulullah SAW


7 LANGKAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI.

Pertama : Membebaskan diri dari semua ketakutan. Nafsu dan makhluk serta belenggu was-was dengan seruan sepenuh hati dengan seruan "الله أكبر ونحن المحمديون ولله الحمد" (Allahu Akbar Nahnu Muhammadiyu Nawalillah Hilhamd)

Kedua : Mengambil contoh tapak kasut Baginda Rasulullah SAW  sebagai lambang yang mengiklankan kita bahawa ianya bersiap sedia untuk mengikut jejak langkah perjalanan Rasulullah saw. (طريق المعية المحمدية) Firman Allah swt: (Al Fath:29 ‘Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya…’

‘Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya…’

Ketiga : Membina fikrah yang diasaskan oleh Rasulullah saw dengan menghayati yang empat iaitu;

i. Maslab/Syar'iah (مدرسة الشريعة النبوية)
Dengan mengambil mana-mana mazhab Fiqh Islami serta mempelajari hukum-hukum ibadat serta asas-asas muamalat bagi menunaikan setiap hukum-hakam dan segala bentuk pergaulan yang bertepatan dengan mazhab Islam yang ia berkuasa mengerjakannya mengikut tabiat warna kulit dan tampat-tempat yang dibolehkan.

Firman Allah SWT, 'Tanya ahli zikir jika kamu tidak mengetahui'

Firman Allah swt: (Al Anbia’:7)
‘dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki Yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.’

Berkata ulamak:
فواجب تقليد جبر منهم : كذا حكي القوم بلفظ يفهم
‘Maka wajiblah mengikut mereka yang lebih arif dikalangan mereka sebagaimana yang telah diterangkan oleh mereka dengan cara yang difahami.’

Bermakna hendaklah kita mengikut orang-orang yang mahir tentang perkara syara' 

ii. Suluk /Suffiyah (مدرسة الآداب المحمدية)
Mengambil mana-mana ‘Santapan Ruh’ (مشرب روحى) daripada guru yang berpengalaman iaitu pengalaman dzauq dan wijdan dengan mempelajari kaedah-kaedahnya supaya mendapat madad dan dapat merasai halawah (kemanisan) serta mendapat Nur yang mampu membebaskan diri seseorang dari sifat Ananiah (ego) dan membersihkan ruhnya dari karat karat hati. Yang akhir nya dapat menghayati sifat-sifat:
• Benar (الصدق) pada perkatan dan keazaman
• Amanah (الأمانة) pada pergaulan dan semasa berseorangan
• Malu (الحياء) pada pergaulan bersama keluarga dan manusia seluruhnya
• Berani (الشجاعة) pada kebenaran serta sabar ketika menghadapi saat-saat genting.

Berkata Ibnu Arabi:
من يبنى إيمانه بالبراهين والستدلال فقط لا يمكن الوثوق بإيمانه فهو يتأثر بالاعتراضات فاليقين لا يستنبط بأدلة العقل إنما يغترف من أعماق القلب
Maksud: ‘Sesiapa membina keimanannya dengan keterangan dan dalil-dalil sahaja tidak mungkin dia dapat berpegang dengan keimanannya sementara itu ia akan menghadapi halangan-halangan dimana keyakinan tidak dapat disimpulkan dengan berdalil akal akan tetapi keimanan itu dapat diselami daripada lubuk hati.’

iii. Taawuniah (مدرسة منهج التعاون المحمدي الكريم)
Sistem bergabung ketika takut dan bersepakat semasa susah bersama keluarga dan jiran tetangga serta masyarakat bagi melahirkan ummah yang teguh (تضامن عند الفراغ وتكافل عند العسرة)

iv. Politik (مدرسة منهاج السياسية النبوية الرحيم)
Sistem politik Rasulullah saw yang penyayang kasih-mengasihani yang berlemah lembut keatas tiap mukmin tanpa batas perkauman, puak, bangsawan, kampung dan neger dimana sahaja mereka berada dengan sesiapa sahaja yang melanggari batas-batas kenegaraan dengan menghubung jalinkan umat yang satu sebagai satu anggota badan yang mengadu sakit lalu sebagai satu anggota apabila mengadu sakit lalu dituruti oleh anggota lain.

Sabda Rasulullah saw: (Muttafaqun alaih)
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم كالجسد الواحد إذا اشتكى منه عضوا تداعي له سائر الأعضاء بالسهر والحمّى
Maksud: ’Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada berkasih-sayang, hormat-menghormati serta kasih-mengasihi bagai satu jasad manusia apabila mengadu satu anggota mengadu sakit lalu dituruti oleh anggota yang lain dengan kesakitan berjaga malam dan bersama tidak tidur.’

Keempat: Wajib memahami tabiat semulajadi ikatan manusia yang dibina di atas syariat dan adab perjalanan Rasulullah saw (صوفي) dengan dua ikatan kejiwaan (روابط الوجدانية) dan empat ikatan kewujudan (روابط الوجودية)

i. IKATAN KEJIWAAN (روابط الوجدانية)
Yang berkaitan dengan manusia semasa hidup dan selepas mati yang lahir daripada perasaan yang sensitif dikawali oleh perimbangan untuk mencapai sesuatu ketinggian hemahnya dengan empat ikatan;

• Ikatan keperibadian terhadap Allah swt dengan ikatan keagamaan, sabda Rasulullah saw:

• Ikatan keperibadian terhadap Rasulullah saw dengan dua ikatan:-

[1] Ikatan keimanan dengan risalahnya yang berbentuk universal. Sabda Rasulullah saw:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وعترتي أحب إليه من عترته
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku adalah lebih ia kasihi daripada dirinya dan zuriatku lebih ia kasihi daripada zuriatku.

[2] Ikatan ketundukan kepada kepimpinan Rasulullah saw yang menyatukan ummah. Firman Allah swt: (Al Ahzab:6)
Maksudnya: Nabi itu lebih utama pada orang-orang Yang beriman daripada diri mereka sendiri;

• Ikatan keperibadian dengan Sultan Dandarawi yang pertama Sidi Muhamad As Sultan sebagai ikatan cucu dengan datuknya sebagai intisab maknawi (انتساب المعنوي) bagi mendapat gelaran ‘Dandarawi’ sehingga dengan panggilan ini semua bagaikan satu kumpulan yang bercabang di dalam keluarga yang satu di pelusuk Negara.

• Ikatan keperibadian bapak Ruh terhadap Imam Dandarawi yang kedua Sidi Abbas Al Imam sebagai ikatan bapa ruh supaya setiap individu timur dan barat, utara dan selatan menjadi milik bagi ummah dan ummah menjadi milik bagi individu sebagai penolong dan pembenteng.

ii. IKATAN KEWUJUDAN (روابط الوجودية)
Lahir daripada perasaan yang suci dikawali oleh perimbangan akal yang sihat agar tidak tersesat kebenaran serta dapat menguasai tindak balas hatinya yang hidup supaya tidak terpadam nalurinya dengan empat ikatan;

• Ikatan Individu Pengikut Usrah Dandarawiah (ابناء الاسرة الدندراوية) terhadap rumpun kaumnya dengan ikatan perkauman tanpa ta’sub seperti dengan saudara maranya sekalipun berlainan arus pemikiran supaya tidak ada pulau memulau, benci membenci yang diharamkan oleh Islam. Sabda Rasulullah saw; (Riwayat Muslim)
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا
Maksudnya: Maka janganlah kamu berhasad dengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci dan janganlah kamu belakang membelakangi satu sama lain.

• Ikatan Individu Dengan Sahah Usrah (ساحات الاسرة) dengan lapisan masyarakat sebagai hubungan setempat tanpa melihat kepada perbezaan kemanusiaan samada kaya dengan miskin, alim dengan jahil, pemerintah dengan rakyat, yang kuat dengan yang lemah yang mana semuanya adalah pembantu kepada pembinaan ummah Muhammad SAW.

• Ikatan Individu Setiap Pengikut Usrah Dandarawiah Dengan Tanah Air dengan hubungan tanpa taasub kenegerian dimana merekalah sebagai orang beramanah dengan amanahnya penjaga kepada harta bendanya serta pengawal kepada tanah airnya.

• Ikatan Individu Terhadap Pemerintah Negaranya dengan ikatan wala’ (الولاء ) selama masa pemerintahan tetap atas undang-undang am serta terikat dengan undang-undang tanpa dibantah dengan melulu supaya tidak mudah terhunus senjata pemerintah terhadap rakyat. Begitu juga wala’ tidak boleh dipaksa kerana ia adalah kemuncak bagi politik didalam melaksanakan tuntutan sesebuah Negara yang mempunyai rakyat.

Kelima: Mengambil berat dengan empat pembentukan diri sebagai persamaan yang merupakan peringkat keagungan manusia iaitu;

Badan - Solat , puasa, makan dan tidur dapat mencapai ke tahap kesihatan pada setiap pergerakan

Ruh - Ruh safafiah, iaitu ruh yang bercahaya hati dengan nur iman dan terbuka mata bashirah dan merasai kemanisan dengan zikrullah dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad saw sehingga dapat mencapai ke darjat kemanisan iman dengan kehalusan perasaan dengan cahaya keimanan. Firman Allah swt: (

Nafsu - Menahan diri daripada tuntutan nafsu dengan mengeluarkan zakat serta membanyakkan sedeqah. 

Firman Allah swt: (At Taubah:103)
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,

Akal - Sampai ketahap ketenganan iaitu As Sakinah dengan sentiasa berfikir yang tepat dan waras dengan Ilham Muqarraqin dengan melalui bacaan Al Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW

Keenam: Menjadikan diri bersifat Insanul Ummah iaitu bersatu hati sehingga jadilah seperti satu ummah tanpa merasai pelik serta berlainan dengan orang lain yang berbeza tempatnya.

Bentuk Ummah (Manusia)
• Kanak-kanak - Bersifat suci serta terlepas daripada taklif
• Pemuda - Bersifat pintar dan cergas
• Dewasa - Bersifat matang dengan kemahiran
• Orang tua - Bersifat sopan santun

Bentuk lapisan masyarakat
• Golongan kaya - Golongan miskin (Faqir)
• Golongan alim - Golongan jahil (Ummi)
• Golongan Kuat - Golongan lemah
• Golongan Pemerintah - Golongan rakyat

Bentuk penduduk dan permukaan bumi
• Ahli bukit -sifat kasarnya
• Ahli gurun -sifat kerasnya
• Ahli dataran -sifat sederhananya
• Ahli pantai -sifat berubah-ubahnya

Bentuk warna kulit manusia
• Berkulit putih - Sifat sukakan kemuliaan
• Berkulit hitam - Sifat kesabarannya
• Berkulit merah - Sifat ketamakannya
• Berkulit kuning - Sifat ketekunannya

Ketujuh: Menjadikan kasih sayang yang ikhlas dan sejati dengan menjadikan diri setiap individu berada pada diri saudaranya serta sentiasa hidup bersama-samanya di mana sahaja dia berada mengikut jejak langkah Rasulullah saw dengan memecahkan perkauman dan perbezaan lapisan masyarakat supaya semuanya dapat membentuk ‘Jam’u Insan Muhamad’ (جمع إنسان محمد صلى الله عليه وسلم).