السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

22 Mei, 2012

DAPAT JUGA AKHIRNYA

Alhamdulillahi ala kulli haal, pagi semalam semak eg-tukar guru online, permohonan pertukaran balik ke Kelantan telah diluluskan. Syukran Ya Allah...setelah hampir 4 tahun berusaha, dalam rindu, sepi & air mata.  Mudahan di tempat baru nanti (masih lagi tak tahu, tah-tah Gua Musang je. Janji masuk Kelantan je...) Allah memanfaati diri yang dhoif & faqir ini serta juga sekalian di sekeliling ana dari kalangan makhluk-makhlukNya...aamiin.

Pun begitu, jauh di sudut hati, terasa kesedihan, apatah lagi bila sekian lama di Merapoh dengan pelbagai kenangan pahit manisnya & tak lupa bekas serta pelajar-pelajarnya sekarang. I'll miss you all... 

Kepada warga SMK Merapoh umumnya...terima kasih atas segala jasa anda semua. Jazakumullahu khairan katsiro....