السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

27 April, 2013

BILA WAN AL-KUTANI BERKONGSI ILMU...

Alhamdulillah pagi semalam ana berkesempatan meraikan sahabat ana Wan Al-Kutani mengendalikan suatu majlis perkongsian ilmu perubatan Islam di Pondok An-Nur Pasir Pekan. Walaupun jumlah peserta yang sedikit (buat permulaan), namun perkongsian ilmu dari Wan Al-Kutani berjalan lancar, alhamdulillah.

Saudara Wan Al-Kutani sedang menyampaikan ilmu dalam sesi perkongsian ilmu perubatan Islam.
Saudara Wan sedang berkongsi sesuatu di papan putih.

Semoga di masa akan datang, pihak penganjur dapat menganjurkan lagi sesi-sesi perkongsian ilmu sebegitu. Peserta juga nampaknya begitu berminat untuk lebih mendalami selok-belok ilmu perubatan Islam. Erm...sebahagiannya kelihatan seperti sudah ada sedikit sebanyak pengalaman...

Selepas sesi perkongsian ilmu, sahabat ana Wan cuba pula ikhtiar merawat seorang gadis yang datang ke tempat tersebut. Gadis tersebut mengalami gangguan jin saka/asyik dari belah neneknya yang dikatakan mengamalkan pelbagai ilmu-ilmu pelik. Menurut pandangan Wan Al-Kutani, tidak mengherankan sekiranya nenek si gadis tersebut mampu melakukan sihir lantaran ketinggian keilmuan beliau... Dari apa yang diceritakan oleh kakak gadis tersebut, mana-mana orang yang terlibat dalam mengikhtiar gadis tersebut sebelum ni semuanya di beri amaran & di'serang' dengan hebat...wallahu a'alam.

Jin yang 'menjaga' gadis tersebut amat degil & babil, walaupun tersiksa, dia tetap berkeras untuk bersama gadis tersebut. Sempat lagi mengejek Wan, "Mung bukae lawan aku...!!!" Berulang kali dia nyatakan yang dia sayang & menjaga gadis tersebut semenjak dari bayi lagi. Bila ana tanya kenapa, untuk apa & apa faedahnya dia bersusah payah 'menjaga' gadis tersebut, jin saka tersebut diam membisu pada awalnya. Namun kemudiannya dia memberikan alasan-alasannya. Antaranya kerana ada pihak lain yang nak mengkhianati gadis tersebut, jadi dialah yang melindunginya. Bila ana lontarkan satu soalan kepadanya, dia terdiam kelu & minta nak balik kepada tuannya..."Mace mano mung nok jago & lindung dio dari ore lain kalu mung sdiri pong ore lain keno jago...keno wi make? Pah tadi mung kato tuae mung doh lamo doh tok wi make ko mung...siae. Pah kalu bab cari make pun mung tok larak nok cari sdiri...terpakso bergantong harap nga tuae mung, mace mano buleh wi jaminan yae mung buleh jago budok nih?"

Ikhtiar merawat terpaksa ditangguh lantaran waktu zohor (untuk solat Jumaat) dah hampir. Lagipun, menurut Wan, neneknya dahulu yang mesti dirawat sebelum gadis tersebut sebab puncanya datang dari si nenek tersebut. Erm...suatu kes yang berangkai & panjang cerita pulak jadinya. Oh! Lupa pulak...sebenarnya ni kes Wan & dia yang ikhtiarkan. Ana hanya sekadar membantu je. 

11 April, 2013

NAK BEREHAT DAH RASANYA...


Sudah jarang sekali ana online dan postkan apa-apa kat blog ni. Mungkin kerana ‘kepenatan’ & ‘keletihan’ akhir-akhir ni. Rawatan pun dah sangat jarang & tiada apa sangat dah nak dikongsikan. Rasanya dah tiba masanya untuk ana berehat. Kesibukan & permasalah di sekolah pun dah cukup banyak untuk menjadi sebab ana berehat sekarang ni.



Kerana ‘keletihan’ juga, hujung minggu baru-baru ni ana mengambil kesempatan pergi servis badan ni dengan Ustaz Wan Asrul. Beliau telah membekam & cucuk ana. Erm...lama dah tak berbekam. Kena sembilan mangkok & empat batang jarum. Amik...!!! Sebelum ni asyik buat kat orang je, hah...! kali ni sendiri pula yang kena. Maklumlah dah berumur dah, kena amik supplement ni... kolestrol semakin bertambah, darah pun berasid, hempedu pn lemah... Dah tanda dah tu...

Tah la... Sepatutnya semakin berumur...semakin dekat menuju gerbang barzakh, semakin elok & sibuk meningkat keadaan diri ni...tapi nampaknya tidak juga...sibuk dengan kerja-kerja lain. Ya Allah...kepadaMu aku mengharap & berserah diri. Diri ni penuh dengan dosa & begitu besar sekali kelemahanya. Tiada daya upayaku Ya Allah...

Kepada pembaca sekalian, sudilah kiranya mendoakan diri ini agar baik kesudahan hidupnya... Jazakumullahu khairan katsiiro...

GANGGUAN ‘KAWAN’


Tiga malam lepas ana mendapat message dari seorang ibu yang bertanyakan tentang perubahan keadaan anak sulongnya. Katanya anaknya yang berusia 4 tahun tersebut asyik buat perangai, bercakap seorang diri, marah-marah kat ibu dia dan yang paling tak selesanya anak dia tu kata dia ada ‘kawan’ yang selalu bertandan ke rumah untuk bermain bersama. Siapa ‘kawan’ tu? Adakah ‘kawan’ yang dimaksudkan tu hanya ilusi atau memang ada ‘kawan’ yang dimaksudkan tu.


Dari sedikit soal selidik yang ana buat, nampaknya ‘kawan’ anaknya tu ‘budak lelaki’. Erm...tah dari mana datangnya tu. Nampaknya bukan dari area kuarters tu sebab ana tak pernah ‘lihat’ ‘budak lelaki’ tu. Biasa ana tengok yang dua beranak & si anak tu pompuan. Biasa dok main area unit Cikgu Fuzaimah & Pengetua. Selain dua beranak tu, ada gok Si Tuo yang juga selalu kelihatan di belakang rumah Pengetua...dekat garage & pohon kelapa. Ni yang ‘budak lelaki’ ni...tah dari mana ni. Macam tersembat je.

Ada pihak yang mengatakan ianya adalah jin saka. Aaa...yang ni ana tak tau & tak leh nak komen sebab tak cukup maklumat & bukti. Maaf...ana kalau takde maklumat yang cukup, ana tak berani nak ulas.

Ana ada cadangkan kaedah untuk diikhtiarkan oleh ibu-bapa budak tu. Rukyah air dan limau untuk mandian selama 3 hari & tengok perkembangannya. Selain tu juga rukyah air yang dicampur garam & lada hitam untuk ‘bersihkan’ rumah. Diharap ada perubahan positif nanti...insyaa Allah.

04 April, 2013

PELAJAR & ASRAMA

Kebelakangan ni ana sudah sangat kurang melibatkan diri dalam bidang rawatan...mungkin ana sudah boleh 'berehat' dah kot.

Kes kebelakangan ni melibatkan pelajar asrama, yang tidak suka tinggal kat asrama. Masalahnya...erm...agak rumit dan panjang juga ceritanya, tapi apa yang pasti...hantu & jin bukan punca tau masalahnya. Mereka ni nampaknya telah difitnah atau menjadi mangsa...(jin pulak jadi mangsa).

Wallahu a'alam...

Mengikut pemerhatian ana & sedikit soal-selidik & soal-siasat yang ana lakukan secara bersahaja, nampaknya pelajar yang bermasalah tu lebih kepada mengalami tekanan. Erm...macam-macam la pelajar sekarang. Mak ayah/penjaga suruh atau lebih tepat macam paksa anak suruh dok asrama, anak pula mati-mati tak nak... Jadi, memendam perasaan la diorang. Jalan mudah dengan mereka pelbagai cerita & mencipta pelbagai masalah... Kesiannya hantu & jin yang jadi mangsa... Kes macam ni jenuh merawat la... Sekarang ni tengah melihat perkembangan diorang.

KURSUS "HABITS OF MIND"

Minggu lepas ana telah terpilih...dipilih oleh pihak pentadbir sekolah sebagai salah seorang ahli baru dalam Pasukan Pemandu i-THINK (drive team). Selain dari itu, ana juga telah dipilih untuk mengikuti kursus "Habits of Mind" sepanjang cuti sekolah baru ni, bermula dari 25 hingga 29 Mac 2013 di Eastin Hotel, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Nak jadi cerita, pada 24, sepatutnya ana amik flight ke KLIA, tapi tertinggal kapal...sangkut dalam traffic jam kat KB. Musim cuti sekolah...ramai orang balik kampung barangkali. So ana naik train, Wakaf Baru ke KL Sentral. Erm...lama tak naik train ni. Masa study kat UiTM Shah Alam dulu kita orang biasa balik kampung naik train.

Menunggu train di stesen Wakaf Baru

Alhamdulillah...perjalanan lancar & mudah. Sepanjang kursus, kami telah didedahkan kepada "Habits of Mind" (HOM) yang bakal kami terapkan dalam proses pengajaran & pembelajaran kat sekolah nanti. Apa itu HOM, insyaa Allah saudara-saudari pembaca boleh rujuk web ni, http://www.thinkingschoolsinternational.com/

i-THINK, penggunaan thinking maps & penerapan Habits of Mind pada para pelajar di sekolah terpilih, merupakan suatu program kerajaan dalam menjana generasi yang mengamalkan tabiat berfikir yang baik apabila berdepan dengan sesuatu permasalah.

Ya...sebagaimana biasa, bila dihantar berkursus, maka balik ke sekolah banyaklah perkara yang perlu dilakukan & yang terdekat adalah Kursus "Habits of Mind" untuk para guru di SMK Gaal ni. Ana telah dilantik menjadi salah seorang dari pemudah cara (fasilitator). Moga Allah SWT mempermudah & menyediakan diri ana yang faqir & dhoif ini dalam menggalas tugasan yang boleh tahan beratnya nih. Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membimbing & membantu ana dalam tugasan ana. Semoga Allah juga mempermudahkan urusan tuan-puan semua.