السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

09 Oktober, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH MERAPOH

AlhamdulILLAHI 'ala kulli haal wa fii kulli haalin wa ni'matILLAH. Hari ni kat sekolah ana ada Majlis Sambutan Hari Raya. Agak lambat sikit sambutannya kerana bebaru ni pelajar-pelajar tingkatan 5 sedang menduduki trial SPM. Ana agak kalut sikit sebab ana guru tingkatan. Tingakatan 1 Amanah. Sesekali tengok para pelajar tu gembira, hati ana pun terasa aura mereka.

Pelajar tingkatan ana sedang menghidangkan makanan. 

Pelajar-pelajar perempuan 1 Amanah 

 Pelajar-pelajar lelaki 1 Amanah

 Hidangan Hari Raya tingkatan 1 Amanah

Ana bersama anak Pengetua, Ebi (panggilan manja) 

Pelajar-pelajar lelaki sudah lapar dan menunggu masa makan. 

Suasana meriah sambutan Raya kat sekolah ana. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan