"Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
16 Disember, 2010
DIAJAR ILMU OLEH NENEK TUA
23 November, 2010
FATHIYAH TO KL
Nur Fatiyah dengan trofi yang diterimanya. Tahniah! |
16 November, 2010
SALAM HARI RAYA 'AIDIL ADHA & SELAMAT BERCUTI
15 November, 2010
IKRAR PEMUTUS
Bagi mereka yang disyaki badannya berSAKA,sila baca ikrar pemutus saka diatas 3x tiap-tiap lepas solat.
NASIHAT DARI SEORANG PERAWAT BERPENGALAMAN
- merawat penyakit-penyakit ruhiyah yang dihasilkan dari sentuhan jin, “pandangan mata” , hasad. Sihir dan seumpamanya.
- merawat penyakit-penyakit yang berlaku terhadap jasad samada jiwa atau anggota iaitu dengan Al Quran dengan izin Allah menjadi penawar bagi segala penyakit.
13 November, 2010
PROGRAM ASAS PEMBANGUNAN KUASA MINDA & MENGETAHUI POTENSI DIRI MELALUI TARIKH LAHIR
Tuan Pengetua sedang bersemangat berceramah. |
Pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang terlibat sedang khusyu' mendengar penerangan dari penceramah |
Para pelajar sedang bermeditasi...kembara minda. |
Pengetua sedang memberikan penerangan tentang cara mengira tarikh lahir bagi mengatahui potensi diri. |
10 November, 2010
DETOKSIFIKASI (MENEUTRALKAN RACUN)
Disebabkan sakit & agak bengkak, ana pun malam tu terus buat bekam (sendiri buat). Keluar darah merah kehitaman & berbuih-buih. ALLAHU Robbi...banyak toksid & angin dalam darah ana ni rupanya. Selalu bekam orang je...ha malam tu bekam diri sendiri. AlhamduliLLAH lepas bekam sakit semakin kurang & kaki kiri ana semakin pulih. Hari ni, dah ok dah. Najib ada tanya khabar ari tu...hehehe. Jadi lanjutan dari tu ana mula terfikir untuk melakukan detoksifikasi. Banyak toksid dalam badan nih.
Darah yang keluar berbuih-buih. |
Apa tu detoksifikasi?
Detoksifikasi atau peneutralan racun dalam tubuh badan adalah sangat penting dilakukan. Tubuh kita menghasilkan pelbagai jenis enzim yang diperlukan oleh badan bagi melaksanakan berbagai fungsi metabolisme namun dalam jumlah yang terhad dan antaranya adalah proses pencernaan makanan. Apa yang menjadi masalahnya adalah tubuh badan kita tidak akan menggunakan enzim-enzim ini apabila makanan yang kita makan masih lagi mengandungi enzim.
Keadaan tubuh badan yang berterusan menggunakan enzim-enzim ini akan menyebabkannya kehabisan tenaga, dan ini akan menyebabkan berlakunya pula radang pankreas. Pankreas merupakan organ dalaman yang penting dalam menghasilkan enzim-enzim pencernaan dalam usus kecil. Oleh itu, sebarang gangguan pada pankreas boleh menyebabkan pencernaan terganggu atau menjadi tidak lancar dan tubuh pula menghasilkan semakin banyak bahan yang beracun.
Pokok Kunyit Hitam/Temu Hitam |
Pokok Terung Pipit |
- 25g Temu Hitam/Kunyit Hitam (Curcuma Aeruginosa)
- 30g Terung Pipit (Solanum Tarvum)
Perkongsian oleh Yolianagsih
09 November, 2010
MERAWAT SEKELUARGA DI JERTEH
Anak ana yang mengikuti ana merawat di Jerteh. Bergambar di Masjid Besar Jerteh. |
Kami berhenti rehat dengan solat Jumaat di Masjid Besar di bandar Jerteh & makan tengahari di rumah En. J. Setelah rehat seketika, rawatan disambung pula dengan adik bongsu pesakit. Sekali lagi, alhamdulillah tiada kes serius. Ana tarik & buang je.
BERSAMA MURSYID
Ustaz Shaari bersama Dato' Sheikh Murtaza |
Para ikhwan mengambil peluang untuk bersalaman dengan Dato' Syeikh Murtaza |
Syeikh Wan Al-Kutani & Syeikh Abdul Quddus sebuk merakam gambar. |
03 November, 2010
DARI MANA ASALNYA KITA? - Updated!
Proses Penurunan
Setelah roh diciptakan di Alam Lahut, maka iannya diturunkan ke Alam Jabarut dan dibalut dengan Nur Jabarut yang dipanggil Roh Sulthoni. Kemudiannya diturunkan lagi ke Alam Malakut dan dibalut dengan Nur Malakut yang dikenali dengan Roh Ruhani. Selanjutnya diturunkan lagi ke Alam Mulki dan sekali lagi dibalut dengan nur, iaitu Nur Mulki yang disebut sebagai Roh Jismani. Akhirnya ALLAH S.W.T. mencipta jasad dari Mulki (tanah/bumi). Setelah wujudnya jasad, maka ALLAH S.W.T. memerintahkan roh agar masuk ke dalam jasad, lalu roh pun masuk.
Ketika roh berada di dalam jasad, roh lupa pada perjanjian sebelumnya di Alam Lahut, iaitu bilamana ALLAH S. W. T. bertanya, "Alastu birobbikum (Bukankah AKU ini Tuhanmu)?" Roh menjawab, "Balaa syahidna (Bahkan! Engkaulah Tuhan kami." Kerana roh sudah lupa, roh tidak dapat kembali ke tempat asal iaitu Alam Lahut. Dengan kasih sayangNYA, ALLAH S.W.T. telah menurunkan kitab-kitab sebagai peringatan tentang hari pertemuan antara ALLAH dengan sekalian arwah di Alam Lahut. Namun sedikit sekali yang sedar dan kembali serta berkeinginan..rindu dan sampai ke kampung halaman asal manusia.
Wallahu a'alam.
26 Oktober, 2010
DIPUKAU-Updated
Ayat Penggerak |
- Baca Ayat Penggerak
- Ayatul Kursi
- Baca Surah Al-Fiil
- Baca Surah Al-Quraisy
- Al-Mu'awwizat
- Doa Perlindungan
22 Oktober, 2010
KARNIVAL ICT SMK MERAPOH
Kanak-kanak dari Tabika Kemas pun turut hadir. Dok kalut main permainan komputer. |
Anak ana sedang main permainan komputer kegemaran dia. |
Gerai jualan alatan/accessories komputer. |
Lagi permainan yang ada... |
MAJLIS ZIKIR PERDANA TAREQAH AHMADIYYAH IDRISIYYAH
Dato Haji Murtadza Bin Haji Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan |
20 Oktober, 2010
PASUKAN GENDANG KETAWAK & SILAT ASLI PAHANG BUKIT KOTA
- Gendang Perang (Gendang Silat) - berserta dengan persembahan silat sekali dari 2 pasangan
- Raja Berangkat
- Serindek
- Chap Lalang
- Raja Di Hulu
- Kambing Berlaga
- Raja Bersiram
- Joget Gendang
- Gobek Terbang
- Raja Di Hilir
- Berdayong
- Katok Satu
- Penutup Gendang Perang
# Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan sebab ambik video guna handphone je.
19 Oktober, 2010
KEIKHLASAN DALAM BERAMAL (Renungan buat diri)
- Kita hanya mula mengerjakan ibadah, solat terutamanya hanya apabila kita mula mempelajari sesuatu ilmu atau mula menerima ijazah sesuatu keilmuan. Sedangkan kalau tak kerananya, maka kita tak terniat sedikit pun untuk mengerjakan segala ibadah tersebut.
- Kita semakin tekun beribadah dan beramal lantaran kerana kita semakin mengharapkan mendapat kelebihan-kelebihan keduniaan dari keilmuan yang kita pelajari & amalkan.
- Semakin kurangnya harapan kita terhadap ilmu yang kita tuntut atau semakin kita merasakan ianya tak lagi diperlukan sangat atau juga kerana ilmu itu kurang berkesan dan sebagainya, maka semakin malas pula kita beramal ibadah.
- Kita berhenti beramal ibadah apabila kita berhenti atau meninggalkan (membuang) amalan ilmu kita itu.
- Kita beramal ibadah atau mencegah diri kita dari perbuatan mungkar lantaran kerana takut ilmu tak menjadi atau takut ilmu makan diri.
(intipati nasihat diambil dari sebuah blog buat renungan diri sendiri utamanya)