السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

06 Oktober, 2010

MINYAK ZAITUN DARA (VOO)

Sejarah Ringkas Pohon Zaitun

Buah zaitun pada pohonnya.
Minyak zaitun telah digunakan oleh masyarakat Arab dan penduduk Mediteranean dari zaman dahulu lagi. Mereka menggunakannya dalam perubatan, kosmetik, kesihatan, pemakanan dan upacara keagamaan. Pokok zaitun asalnya tumbuh liar dan mula ditanam secara komersil sejak 6,000 tahun lalu oleh kaum Arab Sham ( Syria ). Kemudiannya diperkenalkan oleh pelayar Syria (Arab Phonecian) ke Sepanyol, Rom dan Greek sekitar 3,000 tahun dulu.
Dalam bahasa Sepanyol, minyak dipanggil “Aceite” yang dipinjam dari bahasa Arab “Az-Zeit”. Pokok zaitun pula mereka panggil “Aceituna” dan minyak zaitun “Aceite de Oliva”. Semua kitab samawi, iaitu Torat, Zabur, Injil dan Al-Quran ada menyebut tentang pohon zaitun.

Tanaman Zaitun

 Penanaman zaitun terbesar di dunia kini adalah Sepanyol, iaitu 300 juta pohon. Daerah tanaman zaitun yang terbesar adalah di Andalucia yang dimulakan oleh kaum Arab di zaman para sahabat Rasulullah s.a.w. dan tabi'in. Namun begitu, antara minyak zaitun yang terbaik mutunya di dunia datang dari Syria dan Turki dan diexport semula oleh Itali dan Greek dengan jenama mereka sendiri.


Proses Mendapatkan Minyak Zaitun

Ia adalah minyak cold-press, iaitu tidak menggunakan haba untuk mendapatkan minyaknya dari buah. Ini bermakna, minyak ini amat sesuai digunakan dalam penyediaan makanan. Buah zaitun dikutip dengan tangan dan kemudiannya dicincang halus dan ditekan dengan menggunakan mesin.
Kemudian untuk mengeluarkan minyak zaitun dari bahan tercincang ini, mereka akan masukkannya ke dalam mesin yang berpusing laju (CENTRIFUGAL FORCE). Gred Minyak Zaitun biasanya ada 3, Extra Virgin, Refined ( mixed extra + refined ) dan Regular/Pure.

Antara manfaat semulajadi Minyak Zaitun adalah;
1. Mempunyai tahap monounsaturated fat yang tinggi, maka mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.
2. Meningkatkan tahap anti-oxidant (compound DHPEA-DPA) yang memberi perlindungan yang kuat kepada sell darah merah dari kerosakan (awet muda & kuatkan jantung).
3. Mempunyai tahap phytochemical yang tinggi yang akan membunuh sell barah. Sebab itu jumlah wanita yang kena barah buah dada sangat kurang di kalangan penduduk Mediteranean.
4. Polyphenolnya yang banyak dapat melindungi dan mengubat penyakit perut seperti gastrik dan peptic ulcer.
5. Polyphenolnya yang banyak akan mengurangkan risiko darah tinggi.
6. Mengurangkan kolesterol yang tinggi untuk orang-orang yang gemuk dan juga normal.
7. Menyeimbangkan pengeluaran hormon adinopection, supaya dapat memproses gula dalam badan dengan baik dan memperbaiki tahap insulin, lantas mengurangkan risiko diabetes Type 2.
8. Melindungi orang dewasa dari Osteoporosis, iaitu kehilangan bahan tulang.
9. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan radang, terutama sekali pada wanita menopause (putus haid).
10. Ada banyak lagi kelebihan yang telah terbukti dari kajian sains.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan