السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

31 Mac, 2011

ADAB MURID TERHADAP GURU

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda           penghormatan - ikut jantina.
   2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
   3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
   4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
   5. Jangan menyangkal kata-kata guru.

   6. Jangan mengumpat pelajar lain.
   7. Jangan berbisik di hadapan guru.
   8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
   9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.

KHATAM!

Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Semalam dah khatam sesi kuliyah Asas Ilmu Perubatan Islam yang buat kat surau Al Barokah, Kuarters Guru SMK Merapoh ni.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga ana menamatkan walau pelbagai perkara dah berlaku yang kadang-kadang menguji diri ini.

Ana doakan semoga ahli qariah yang setia mengikuti kuliyah tersebut mendapat manfaat dari apa yang telah diizinkan ana sampaikannya pada mereka & juga buat al faqir ilaLLAH Al Ghoni ini. Mudahan ilmu yang ada pada tangan-tangan mereka lebih bermanfaat & lebih baik dari beradanya pada tangan ana yang hina & dhoif ini.

21 Mac, 2011

DAH TAK RELEVAN LAGI DAH RASANYA

Assalamualaikum sidang pembaca, terutamanya perawat & pesakit.

Semoga Allah s.w.t. memberkahi antum dengan apa yang dikurniakanNya pada antum, walaupun pada pandangan jahil kita ianya berbentuk musibah kesakitan & gangguan kesihatan.

Merujuk kepada pernyataan ana di atas, ana merasakan yang blog ana ini sudah tidak lagi sesuai disenaraikan dalam blog perawat-perawat Islam. Tak banyak pun kisah rawatan sebenarnya kerana ana bukanlah perawat sepenuh masa, hanya sekadar memenuhi hajat mereka yang berhajat sahaja selaku sesama Islam. Ya la....diri sendiri pun sakit....

Kebanyakan apa yang ana catat hanyalah pengalaman diri sendiri yang kadang-kadang ana rasakan tak sesuai untuk ruangan blog perawat Islam, melainkan sekadar perkongsian dengan sahabat karib fiLLAH ana je. Ye la kadang-kadang tu pening gak menyusun ayat, sebab nak mengelakkan fitnah dari mereka yang tak faham keadaan & situasi sebenar. Kalau sahabat fiLLAH ana tu insyaALLAH dia faham sebab mereka alhamduliLLAH dah kenal ana camna.

Apa-apa pun ana mohon maaf dari sidang pembaca kalau-kalau ada silap & salah sepanjang ana mengendalikan blog ini. Berharap sangat agar ianya tidak lagi tersenarai dalam blog perawat-perawat Islam..