السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

20 Februari, 2012

"NGOSEK" DI ASRAMA!

Semalam ana terima sms dari salah seorang warden perempuan. Permasalahannya ada bunyi ganjil kat rumah warden & mereka pun dihantui oleh suatu perasaan pelik/ganjiil yang sebelum ni takde pun. 

Jadi pagi tadi ana cuma mengumpul maklumat berkenaan 'gangguan' terbaru di asrama puteri pada hujung minggu baru ni. Maklumat makin bertambah bila sekejap tadi, sewaktu rehat, ada 3 orang pelajar perempuan datang menceritakan masalah 'ngosek' di asrama, khususnya dalam dorm mereka.

Katil pelajar digoncang & diketuk sehingga
menganggu emosi & tidur beliau & rakan....'ngosek..ngosek..'

Kata salah seorang dari mereka, sukar nak tidur bila dah terjadi di tengah malam, sebab rasa seriau semacam je, berdiri bulu roma tanpa sebab. Kemudian keadaan dikeruhkan lagi dengan bunyi ketukan pada besi katil & kemuncaknya katil yang bergoncang atau digoncang. 


Keadaan ini bukan sahaja berlaku pada diri pelajar tersebut sahaja tapi turut dialami oleh rakan sedorm beliau. Cuma dalam pemerhatian ana, si penganggu tersebut nampaknya hanya melakukan gangguan yang berfokus. Maksud ana, hanya pelajar-pelajar perempuan yang tertentu je setakat ni nampaknya menjadi mangsa. Kenapa begitu? Erm...perlu sedikit kaji selidik nampaknya.



Ana dah berikan sedikit panduan pada mereka sebagai langkah mendinding diri & rakan sedorm. Tengok dia punya respond camna...kalu berlarutan, rasanya kena ditangani secara khusus dan lebih serius. Mudahan Allah s.w.t. melindungi para pelajar berkenaan dari sebarang hal yang tak diingini & usikan si pengusik halimuanan tu. Harap tak berlarutan...



13 Februari, 2012

APAKAH ITU TAPAK SUCI?

Alhamdulillah di kesempatan ini suka ana kongsikan sedikit pandangan tentang keilmuan Tapak Suci yang kerap diajukan kepada ana, sama ada yang berminat untuk mengetahui, mengkaji mahupun untuk belajar. Sebenarnya ana bukanlah seorang yang ahli, jauh sekali layak untuk memperkatakan semua ini. Namun atas dasar perkongsian ilmu yang ana ada dan tahu sekadarnya, dengan harapan nanti Allah s.w.t. akan mengurniakan pula kepada ana akan ilmu-ilmu yang masih belum ana ketahui...maka ana gagahi juga untuk mencoret sedikit cacatan yang mudahan memanfaati mereka yang berhajatkannya. Walaa haula wala quwwata illa billahi.


Adapun kemudian dari itu,


Keilmuan Tapak Suci adalah merupakan salah satu daripada cabangan ilmu Islam yang dikategorikan sebagai ilmu hikmah1. Ia berlandaskan kepada aqidah Islam yang sohih, syariat yang disepakati oleh jumhur ulama’ dan amalan tasawwuf yang haq sebagaimana pegangan golongan ahlul sunnah wal jaama’ah.

Keilmuannya terdiri daripada amalan kerohanian dan juga riadhoh2 fizikal yang mana menjurus lebih kepada beladiri dan juga perubatan, zohir mahupun bathin.

Adapun amalan asas kerohanian Tapak Suci terdiri daripada susunan ayat-ayat suci Al-Quranul Kariim, selawat, zikir-zikir Nabawiyyah, asmaullah dan doa-doa tertentu yang antaranya bertawassul dan bertabarok3 kepada kemuliaan, rahmat, ni’mat, hikmah dan keilmuan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada auliaNya, khususnya Wali Songo atau Wali Sembilan yang terkenal dengan usaha gigih mereka menda’awah, membawa dan menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa pada suatu masa dahulu. Susunan amalan kerohanian ini diajar dan dijadikan sebagai  wazifah4 kepada ahli agar ia menjadi asbab yang dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t., menyucikan nafsu buruk mereka, menghidupkan hati mereka dan menguatkan roh mereka lalu dengannya memghasilkan suatu kekuatan rohaniyyah yang mampu membenteng diri mereka dari anasir negatif, zohir mahupun bathin serta menjana pembentukan akhlaq dan peribadi yang baik dan mulia.

Mendemonstrasikan jurus
Empat Kilas kepada sahabat
ana Ustaz Wan Al Kutangi
semasa beliau menziarah ana
di teratak ana di Merapoh
baru-baru ni.
Manakala riadhoh fizikal pula adalah terdiri daripada olahan nafas dan juga olahan gerak yang disusun dalam suatu gerakan yang dipanggil atau dikenali dengan gerak Jurus5 Bathin Tapak Suci. Ia terdiri daripada sepuluh gerakan jurus asas. Setiap gerakan jurus mempunyai fungsi dan hikmahnya yang tertentu yang mana boleh dimanipulasikan oleh pelatihnya bagi kegunaan beladiri mahupun perubatan. Gerak jurus ini diriadhohkan dengan tujuan bagi membangkitkan dan menguatkan tenaga dalam pengamalnya ke suatu tahap yang mana dia mampu memanipulasikannya untuk pelbagai tujuan dengan izin Allah s.w.t. Tenaga dalam yang kuat akan memberikan suatu kekuatan jasmaniyyah kepada pengamalnya.

Maka dengan kesepaduan kekuatan rohani dan jasmani yang dinyatakan di atas, adalah diharapkan agar pengamal keilmuan Tapak Suci ini akan menjadi seorang hamba Allah s.w.t. yang pada setiap masa mengabdikan diri mereka kepadaNya dengan sebaik mungkin sebagai tanda syukur di atas limpah kurniaNya, meninggikan syiarNya, mempertahankan kedaulatan agamaNya, menda’awah dan memperjuangkan agamaNya dan juga dapat meluangkan masa menabur bakti kepada keluarga dan masyarakat dengan matlamat menjadikan mereka juga sebagai hamba-hamba Allah s.w.t. yang mengabdikan diri dan berbakti kepada Tuhan mereka.

Wallahu a’alam bissowaab.


_______________________________________________________________


1 ilmu hikmah - suatu amalan kerohanian yang terdiri daripada ayat-ayat Al Quran, doa-doa tertentu, hizib atau jampi-jampi yang diharuskan syara’ sama ada dalam bahasa Arab atau selainnya dan diimbangi dengan adab-adab bathin untuk mendekatkan diri pengamalnya kepada Allah s.w.t. dan membersihkan jiwa dari berbagai penyakit hati. Ilmu hikmah boleh dalam bentuk amalan berupa zikir, tabarrok, bertafakur, membersihkan hati, bersikap bijaksana atau riadhoh tertentu sesuai ajaran para guru atau ulama’

2 riadhoh - latihan, senaman

3 bertawassul dan bertabarok – memohon sesuatu hajat dari Allah s.w.t. dengan keberkatan Mursalin, Anbiyaa’, auliaa’, solehin, syuhada’, kalamullah, asmaaullah, perkara-perkara dan benda-benda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.

4 wazifah - tugasan harian, amalan harian

5 Jurus – buah pukulan yang lazim diguna pakai dalam ilmu beladiri

02 Februari, 2012

GANGGUAN PERTAMA DI SEKOLAH TAHUN 2012

Alhamdulillahi 'ala kulli haal....

Pada kesempatan kali ni ingin ana kongsikan suatu pengalaman yang boleh kita sama-sama jadikan ikhtibar. Setelah sekian lama, semenjak dari awal persekolahan tahun ni...suasana kat sekolah ana alhamdulillah seperti biasa keadaannya...sehinggalah semalam.

Pagi semalam, pelajar-pelajar menyertai aktiviti Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah. Selain dari pelajar guru-guru, staff & beberapa pihak luar juga turut terlibat seperti JPAM & PDRM.

Larian oleh para pelajar berjalan lancar, alhamdulillah...

                                           

Masalah timbul bila salah seorang guru perempuan yang bertugas mengekori para pelajar berkelakuan pelik & meracau bila sekembalinya ke sekolah. Menurut cerita dari rakan setugas beliau, semasa mengekori para pelajar melalui jalan denai yang bersemak & berbukit yang lokasinya tak jauh di belakang kawasan sekolah, motosikal yang mereka naiki terbalik & mereka berdua jatuh ke arah semak di tepi jalan denai tersebut. Erm...tah apa sebenarnya berlaku...

Ana yang berada di klinik sekolah tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran akak pembantu makmal dalam keadaan cemas & tercungap-cungap. Katanya, "Cikgu Din! Mitok tulong gi ko makma cepak...XXXX meracau & pelikan (berkelakuan pelik). Kak Zah & Cikgu XXXX doh baco doh Ayat Kursi, tapi tok jadi gapo... Tulong la Cikgu Din..." Begitulah kurang lebihnya aduan beliau. 

Ana termenung jap..."Ya Allah...apo aku nak buat ni? Aku tak tahu & tak reti nak wak gapo ni Ya Allah... Bantulah aku Ya Allah..." 

Dalam perjalanan ke makmal, teringat ana kepada doa yang guru ana Al Fadhil Al Ustaz Shaari Al Ahmadi biasa wiridkan dalam halaqah zikir Tariqah Ahmadiah di Atas Banggol..."Robbi yassir wala tu 'assir Ya Kariim..." Ana ulangi doa tersebut sehinggalah ana berada di depan pintu bilik persediaan makmal. Kelihatan xxxxx duduk dikerusi dengan seorang rakan guru sedang cuba menenangkannya. 

Mangsa kelihatan termenung tajam ke hadapannya. Ana panggil namanya, tapi tak berjawab. Nampaknya beliau dah kerasukan...benda lain dah yang menguasai jasad beliau. Ana rukyah, bacakan An Nida' & cuba menarik keluar...tapi berdegil. Lalu kemudiannnya ana azan pada telinga kanannya...berdesir-desir kesakitan makhluk Allah yg menganggu tu, tapi masih berdegil dari keluar dari jasad tersebut. Kalu melihat pada tingkah laku makhluk tu, mungkin ada yang akan kata Jin Ular...wallahu 'alam.

Setelah berkali-kali memberi amaran & ingatan, maka ana meminta pembantu makmal tersebut dapatkan rod besi yang kemudiannya ana gunakan sebagai isyarat menyembelih jin tersebut. Alhamdulillah selepas ana sembelih jin tersebut yg bunyinya seumpama lembu kena sembelih...mangsa kemudiannya sedar, tapi tubuhnya sangat lemah & longlai. Ana sediakan air yang dirukyah untuk minumnya agar tubuh badannya kembali kuat & pulih. Ana minta dia berehat & rakan-rakan guru yang lain yang dah mula berhimpun untuk bersurai & bagi peluang mangsa berehat (dengan jangan banyak bertanyakan itu & ini). Kebetulan juga suami mangsa sampai pada waktu tu. Erm...serah kepada yang bertanggungjawab ke atas mangsa.

Sebelum ana meninggalkan bilik persediaan makmal tersebut, suami mangsa bertanyakan hal  isterinya tu & memohon ana melanjutkan rawatan pada belah petang, iaitu selepas Asar. Jadi petang semalam ana telah buat rawatan lanjutan. Alhamdulillah nampaknya ada perkembangan positif. Ana tinggalkan dengan memberikan sedikit amalan untuk diamalkan mangsa & bahan-bahan untuk mandian. 

Kesimpulan yang ana boleh buat adalah mangsa berada dalam keadaan yang sangat lemah sehingga dengan mudahnya makhluk halus dapat menceroboh jasadnya semasa melalui kawasan mereka di jalan denai yang dilalui mangsa. Apatah lagi bila kejadian motosikal yang terbalik yang mungkin melibatkan berlakunya pertembungan dengan mereka. Wallahu 'alam.

Jadi kes semalam merupakan kes pertama yang berlaku di sekolah ana pada tahun ni...mudahan tiada lagi selepas ini.