Kaedah membuat Ibu Penawar yang kedua dikongsikan disini, menggunakan minyak kelapa dara ataupun minyak zaitun dara. Hehehe...nak yang dara je eh. Bukan apa, ada rahsia dan khasiatnya yang Allah dah jadikan. Jadi taklah asyik guna air je...tengok keadaan penyakit dan pesakit la.
Minyak Penawar ini boleh digunakan bagi mengubati sakit akibat dari terkena sihir, santau dan seumpamanya. Bahkan juga boleh untuk penyakit-penyakit fizikal yang tertentu.
Oleh itu, pertamanya sediakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun dara (sekarang kat pasaran pun dah banyak). Kemudiannya bacakan Doa Nurun Nubuwwah pada minyak tersebut diikuti dengan bacaan di bawah;
- إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِيْنًا
- نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيْبٌ
- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
- اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
- لآإِلَهَ إِلاَّ اللهُ
- إِنَّهُ تَقَرُّبً إِلَى اللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Kesemua bacaan di atas dibaca 3 kali setiap satunya. Sebaik-baiknya amalan ini dilakukan selepas solat 'Isya'.

Bagi ahli PSS Tapak Suci
Doa Nurun Nubuwwah ini sudah tidak asing lagi. Apa yang ana kongsikan ini hanyalah sebahagian daripada aplikasi doa tersebut dalam menyediakan bahan rawatan. Orang lama mungkin dah lama tahu dan guna kaedah ni, cuma ana je yang agak lewat tahu dan berkongsikannya dengan para pembaca semua. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Jadi bila nak gunakan Minyak Penawar ni, tuangkan pada tapak tangan, baca bacaan di atas sekali lagi sebagaimana yang telah diterangkan, doa hajatnya atau niat untuk apa (boleh niatkan semasa membaca Doa Nurun Nubuwwah), kemudiannya diusapkanlah pada tempat yang sakit, atau boleh juga diberi minum kepada pesakit. Insyallah sembuh dengan izin Allah s.w.t.
Wallahu a'alam bissowab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan