السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

26 Oktober, 2010

DIPUKAU-Updated

Assalamualaikum semua,

Semoga sentiasa dalam rahmat & keampunanNYA.

Hujung minggu baru ni ana balik Kota Bharu. Ana dok rumah mak ana di Merbau. Jadi bila balik jarang-jarang sekali ni banyaklah khabar tentang keluarga, kampung halaman, saudara mara, sahabat handai & jiran-jiran yang ana terima. 


Dalam banyak-banyak tu satu yang menarik perhatian ana, iaitu tentang jiran depan rumah mak ana yang rumahnya diceroboh (dimasuki pencuri) dan penceroboh dikatakan menggunakan kaedah pukau. Kenapa jiran ana cakap camtu? Sebab masa kejadian seisi rumah tak sedar, bahkan bila hari dah siang, dah syuruk (matahari dah naik) baru sedar. Alhamdulillah barang yang dicuri tak banyak, cuma 2 biji handset & sedikit wang. Syukur juga sebab tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku. Kata jiran ana, kat luar rumahnya, depan tingkap yang dipecah masuk, ada tanda-tanda/bekas-bekas seperti ritual tertentu (macam pemujaan), yang mungkin sebahagian dari ritual pukau seisi rumah. Wallahu a'alam.

Sebenarnya kejadian ini juga merisaukan ana sebab rumah mak ana sendiri dah 2 kali dimasuki pencuri. Alhamdulillah, tiada barang yang hilang. Cuma dirisaukan kejadian yang tak diingini. Kan kat dada-dada akhbar kerap terpampang kes-kes rompak & bunuh. Na'uzubillahi min zaalik.

Oleh itu suka ana berkongsi antara amalan yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan dari ALLAH S.W.T. dari kena pukau. Ayat-ayat ni dibaca sesudah solat 'Isya.

Ayat Penggerak
  1. Baca Ayat Penggerak
  2. Ayatul Kursi
  3. Baca Surah Al-Fiil
  4. Baca Surah Al-Quraisy
  5. Al-Mu'awwizat
  6. Doa Perlindungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan