السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

08 Oktober, 2010

KETEGANGAN (STRESS)

Akhir-akhir ni ana berdepan dengan kes-kes yang berpunca dari ketegangan melampau. Kebetulan pula, bebaru ni ana ada mengajar tentang “Stress and Mental Health” kat pelajar ana (subjek B. Inggeris). Jadi tergerak hati rasanya nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang ketegangan ni. Ana pn tengah tegang gak ni…internet dah dekat seminggu dah problem…hehehe… Insyallah masih lagi terkawal, jangan risau. Kalu baca posting ana lain macam…haaa…tu tandanya dah tumbang la tuh. Mudahan dilindungi Allah s.w.t. dari semua tuh.

 Apa Itu Ketegangan?


Jadi apa yang dimaksudkan ketegangan tu? Kalu ikut artikel yang ana baca, maksudnya tekanan dari luar diri yang membuatkan kita rasa tertekan dan ketegangan ni memang kita tak boleh elak. Dengan kata lain, semua orang menghadapinya, ana, pelajar-pelajar ana, isteri ana, rakan-rakan guru dan orang lain juga. Ianya merupakan sebahagian dari asam-garam kehidupan kita atas dunia ni. Bahkan kadang-kadang ketegangan ni ada baiknya. Ia membuatkan kita berusaha, berikhtiar dan berdikari. Tapi kalu dah banyak sangat, ianya boleh menganggu kesihatan kita, rohani dan jasmani. Jika dibiarkan, ianya kadang-kadang boleh mendatangkan kesan buruk yang cukup serius yang akan menganggu kehidupan dan aktiviti seharian kita.

Hari ni, ketegangan dan simptom-simptomnya dah jadi masalah umum. Ramai yang berjumpa doktor dan mengadu menghadapi masalah fizikal, sebenarnya mempunyai masalah yang berkaitan dengan ketegangan, sama ada mental mahupun emosi. Walaubagaimanapun hampir semua masalah ini boleh diatasi dan langkah pertamanya adalah dengan memahami tentang masalah ketegangan ini.

Punca Utama Ketegangan
Salah satu dari punca utama ketegangan ini adalah perubahan, terutamanya perubahan mengejut atau perubahan yang tidak diredhoi. Perubahan yang terlalu banyak/kerap atau terlalu drastic biasanya mengakibatkan ketegangan yang merbahayakan.

Contoh-contoh perubahan yang biasa berlaku dalam kehidupan;
  1. 1.       Kehilangan insan tersayang, sama ada ahli keluarga, pasangan, kawan-kawan dan seumpamanya akibat dari kematian, perpindahan, perpisahan atau perceraian.
  2. 2.       Sakit atau kecederaan yang teruk. Kedua pesakit dan ahli keluarga boleh mengalami ketegangan.
  3. 3.       Perubahan gaya hidup seperti pendapatan/gaji/upah atau naik-turun pangkat yang mengejut boleh menyebabkan keresahan.
  4. 4.       Perubahan kerja/kerjaya seperti masalah di tempat kerja, dibuang kerja atau mendapat kerja baru boleh menyebabkan keresahan dan ketegangan.


Keresahan (Anxiety)
Ketegangan yang melampau boleh mengakibatkan keresahan dan kemurungan. Apa itu keresahan? Keresahan adalah perasaan bimbang, risau tentang kebarangkalian berlakunya sesuatu yang buruk dari sesuatu perkara tanpa alasan atau sebab-sebab yang munasabah atau kukuh. Ianya boleh menganggu kesihatan mental kita.

Tanda-tanda biasa keresahan melampau ni adalah;
  1. 1.       Gelabah
  2. 2.       Gementar
  3. 3.       Kepenatan
  4. 4.       Degupan jantung yang kencang
  5. 5.       Sukar untuk bertenang atau kelam-kabut
  6. 6.       Tabiat makan yang tidak teratur
  7. 7.       Menghadapai masalah pernafasan


Semua orang mengalami masalah keresahan ini, cuma pada tahap tertentu ianya membantu dalam situasi yang mengancam diri. Tetapi keresahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti ulcer, tekanan darah tinggi dan juga hilang kemampuan untuk meni’mati kegembiraan dalam hidup ini.

Walaubagaimanapun, kita boleh melakukan beberapa perkara bagi mengawal ketegangan ini supaya ianya masih lagi dalam kawalan kita dan tidak menjadi parah.
  1. 1.       Pertamanya boleh jumpa doktor buat check-up.
  2. 2.       Selain itu boleh bawa berbincang dengan rakan karib atau mereka yang terlibat.
  3. 3.       Jarang-jarang sekali berikan diri anda peluang untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Belajarlah untuk bertenang/tafakur dengan mencari masa dan tempat yang sesuai (contohnya masjid atau surau) setiap hari.
  4. 4.       Selalulah bersenam, mudah-mudahan kita dapat melepaskan tekanan melalui gerak laku yang kita buat.
  5. 5.       Seterusnya rancangkan kerja-kerja kita supaya masa dapat digunakan dengan sebaiknya dan tenaga pun dapat dijimatkan. Tekanan dan keresahan akan meningkat bila kerja-kerja kita tidak terurus.
  6. 6.       Akhir sekali, buatlah sesuatu itu secara rasional.  Mereka yang terlalu menginginkan kesempurnaan atau terlalu tinggi harapannya akan tertekan bila apa yang mereka buat tidak menjadi atau gagal. Oleh itu tetapkan matlamat kita yang praktikal dan dijangkakan boleh dicapai dengan jayanya.

Ketegangan adalah sesuatu yang semua orang hadapi dalam kehidupan ini, namun sikap kita dalam menanganinya insyallah akan dapat membantu kita mengatasi masalah ini.
Wallahu a’alam.


1 ulasan:

  1. salam,bagaimana untuk meghilangkan tekanan melaui perubatan sufi? boleh bagi pandangan?

    BalasPadam