Secara terus terangnya, semenjak ana ditauliahkan sebagai guru dalam PSS Tapak Suci ni, ana hanya baru ada seorang murid (tu pun sebab Abang Aziz yang suruh ana terima sebab pada masa tu Abang Azizi sibuk dengan urusannya yang tidak memungkinkan dia untuk menerima sendiri murid tersebut).
"Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
27 September, 2010
NAK BELAJAR TAPAK SUCI?
Secara terus terangnya, semenjak ana ditauliahkan sebagai guru dalam PSS Tapak Suci ni, ana hanya baru ada seorang murid (tu pun sebab Abang Aziz yang suruh ana terima sebab pada masa tu Abang Azizi sibuk dengan urusannya yang tidak memungkinkan dia untuk menerima sendiri murid tersebut).
24 September, 2010
KESABARAN SEORANG SUAMI (Ikhtibar Buat Diri)
22 September, 2010
"ARWAHUL FUJJAR" KEMANA KESUDAHANNYA?
Penjaga pintu langit pertama mengherdik roh tersebut dengan katanya, "Laa ahlan walaa sahlan walaa marhaban." Ucapan yang mengambarkan ketibaan yang sangat tidak dialau-alukan dan tidak diraikan. Cara malaikat penjaga langit melayan kehadiran roh tersebut ibarat melayan tetamu yang tidak diundang dan telah diketahui kejahatannya. Bukan sahaja pintu langit tidak dibuka, bahkan diherdik lagi dengan kata-kata yang menyakit kan telinga mendengarnya. Demikianlah layanan buruk dari Allah s.w.t. dan para malaikatnya terhadap arwah golongan kafir. Maksud firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-A'raaf: 40, "Sesungguhnya orang-orang yang menduatakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan dirinya, sesekali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk syurga."
Malaikat penjaga pintu langit tidak membenarkan roh kafir tersebut melalui pintu langit. Oleh itu malaikat Dukia'i pun mencampakkan roh tadi, lantas ianya disambar angin yang kencang dan dihumbankan ke suatu jurang yang dalam. Maksud firman Allah s.w.t. lagi dalam Surah Al-Hajj: 31, "Dan barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan oleh angin ke tempat yang jauh."
Apabila roh orang kafir jatuh ke jurang yang dalam tersebut, maka diambil semula oleh malaikat Dukia'i dan dibawa ke Sijjin (Penjara Gelap di dalam batu pejal). Semua arwah orang kafir disumbatkan Allah s.w.t. di dalam penjara batu ini.
Adapun roh orang-orang Yahudi dan Nasroni akan dilontar dari menghampiri Kursi Allah s.w.t. oleh para malaikat, lalu jatuh terhumban ke dalam kubur-kubur mereka. Sementara roh orang-orang musyrik pula tidak diberi peluang oleh Allah s.w.t. melihat jasad mereka yang diusung ke kubur.
Demikianlah nasib arwahul fujjar dan kuffar, sentiasa diazab dan dihina sebelum pun datangnya hari akhirat yang lebih dahsyat dan sengsara apabila dibangkitkan kelak bagi menerima hukuman yang sebenarnya dari Allah s.w.t.
Wal 'iyaaza billah.
JUMPA SUPER SENIOR PSS TAPAK SUCI
GANGGUAN YANG TERUK
21 September, 2010
MINTAKLAH PADA ALLAH!!!
Wallahu a'alam bissowab.
20 September, 2010
Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrissiah Atas Banggol, Kelantan
Surau Tuan Guru Haji Awang Alim |
Ceramah Maulidur Rasul 2010 |
SIDRATUL MUNTAHA
Bila sampai ke Hadrat Ilahi, Allah s.w.t. mendedahkan segala kekurangan dan kecacatan amal hambaNya itu sehingga roh yang soleh tersebut terasa punah segala harapannya dan begitu kerdil dan lemah sekali berhadapan dengan kesempurnaan Allah s.w.t. Dalam keadaan begitu Allah s.w.t. sebaliknya memberitahu bahawa Dia telah mengampunkan segala kesalahan dan menyempurnakan segala kekurangan yang ada pada hambaNya yang soleh tersebut. Sungguh luas rahmat & keampunan Allah s.w.t.... Ketika itu jua, hilanglah segala kegundahan lalu bertukar menjadi gembira yang amat sangat.
Dengan kata lain, walaupun para malaikat sudah berpuas hati dengan amalan seseorang yang soleh itu, sehingga dapat menembusi kesemua pintu-pintu langit sampai ke Sidratul Muntaha dan juga 'Arasy Ilahi, namun di sisi Allah s.w.t. masih lagi ada kecacatan dan kekurangan pada amal hamba-hambaNya. Demikianlah cermat & telitinya Allah s.w.t. dalam perhitunganNya, sebelum seseorang hamba yang soleh itu layak mendapat kurniaNya dan memasuki syurgaNya.
Oleh itu sama-samalah kita renungi (utamanya diri ana ini), bahawasanya untuk mendapat redho Allah s.w.t. bukanlah suatu perkara yang mudah & remeh.
Imam Al-Ghazali pernah meriwayatkan bahawa ada seseorang telah bertemu dalam mimpinya dengan Yahya ibn Aksam, seorang alim yang merupakan guru kepada Imam Al-Bukhori. Dalam pertemuan itu, Yahya ibn Aksam ditanyanya, "Apakah yang Allah t.a. lakukan terhadapmu?"
Lalu Yahya ibn Aksam menjawab, "Ketika aku berada di hadapan Hadrat Yang Maha Suci, lalu Allah s.w.t. memanggilku, "Wahai ulama yang jahat, kamu buat itu dan ini, kesemuanya adalah perbuatan jahat."
Jawab Yahya ibn Aksam, "Bahwasanya aku mendengar satu Hadith daripada Zuhri, dan Zuhri mendengarnya daripada 'Ammar dan 'Ammar mendengarnya daripada 'Urwah dan 'Urwah mendengarnya daripada 'Aisyah dan 'Aisyah mendengarnya daripada Nabi s.a.w. dan Nabi s.a.w. mendengarnya daripada Jibril a.s. dan Jibril a.s. mendengarnya dari Allah s.w.t. Hadith tersebut berbunyi, "Sesungguhnya Aku (Allah) merasa malu hendak menyiksa seorang yang sejak mudanya sehingga ke hari tuanya dalam keadaan taat dengan Islam." Maka apabila aku bacakan Hadith tersebut, aku pun mematuhi apa yang Engkau kehendaki, aku tidak pernah syirik kepadaMu. Tetapi aku terkejut bila aku berhadapan denganMu wahai Tuhan, kerana dalam keadaan itu aku masih lagi tergolong dalam golongan ulama yang jahat. Maka jawab Allah s.w.t., "Benarlah engkau wahai Yahya dan benarlah Zuhri, 'Ammar, 'Urwah, 'Aisyah, Nabi Muhammad dan juga Jibril. Oleh itu aku ampunkan segala dosa engkau."
Setelah itu barulah tenang hati Yahya ibn Aksam.
Yahya ibn Aksam bukanlah calang-calang orang. Beliau seorang alim yang terkenal yang telah berjaya mendidik seorang murid agung seperti Imam Al-Bukhori, tapi ketika berhadapan dengan Hadrat IIlahi, dia diseru sebagai ulama yang jahat. Maka cuba bayangkan nasib kita (terutamanya ana) yang hidup bercampur-baur antara toat & maksiat, dosa & pahala, baik & jahat....bayangkanlah....Allahu...Allah.
MAJLIS ZIKIR BERSAMA USTAZ MOHD HASBI, KHALIFAH TAREKAT AL-AHMADIAH SINGAPURA
Majlis Zikir gabungan 2 orang syeikh Tarikat Al-Ahmadiah Al-Idrissiah. Ustaz Mohd. Hasbi Bin Hassan dan Ustaz Haji Saari bin Hussain akan diadakan pada 23 September 2010 hari Khamis malam Jumaat, di Surau Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan. Majlis dijangka bermula dari pukul 7:00pm hingga 10:00pm. Ikhwan semua dinasihatkan agar datang awal bagi memudahkan meletak kenderaan (kawasan terhad). Kalau boleh "pooling" tu lagi bagus.
Oleh itu semua ikhwan tareqah, sama ada yang baru atau lama dijemput menghadiri majlis ini beramai-ramai bagi menjayakan majlis zikir ini. Jamuan akan disediakan selepas majlis zikir. Jadi jangan kalut nak balik cepat. Kesempatan itu boleh digunakan untuk bersilaturrahmi antara ikhwan tareqat demi mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah.
Ustaz Mohd Hasbi adalah diantara salah seorang tokoh ulama di Singapura. Beliau adalah seorang tokoh ulama yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Beliau banyak berjasa dalam kegiatan dakwah Islamiah di Singapura dengan memikul pelbagai tugasan, mengorbankan masa dan harta. Malah kesemua ahli keluarganya, terutama ibu-bapa dan adik-beradik beliau turut mendokong peranan beliau demi untuk masyarakat Islam di Singapura khususnya.
Mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Inggeris di Singapura. Kemudian melanjutkan pengajian agamanya di Madrasah Al-Junied Al Islamiah sehingga tamat pada tahun 1977. Selepas menamatkan pengajian di madrasah tersebut, beliau menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar pada tahun 1978 sehingga dengan izin Allah s.w.t beliau mendapat ijazah pertamanya (B.A.) dari Kuliah Usuluddin bahagian Aqidah dan Falsafah, di universiti tersebut pada tahun 1982. Pada tahun yang sama juga beliau meneruskan pengajian beliau di bidang yang sama di peringkat sarjana (M.A.) di universiti yang sama dan juga di Universiti Kahirah, Mesir. Namun beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau di peringkat tersebut, di dua buah universiti itu.
Semoga malam yang dinyatakan nanti akan menjadi malam yang penuh dengan madad dan menjadi taman-taman syurga.
Wasalam