السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

30 September, 2012

IKHTIAR 'PAGAR' RUMAH DARI ANASIR ZAHIR DAN BATIN.


Dalam keadaan berwudhuk dan bebas dari hadas besar serta kecil. Sebaiknya setelah selesai solat hajat dan taubat.

1) Sediakan air kolah masjid, kalau dapat 7 kolah air masjid yang disatukan ke dalam satu baldi, kalau agak susah, air kolah rumah pun jadilah.

2) Dibacakan dengan 70x BasmALLAH.
3) Dibacakan dengan 7x Al Faatihah.
5) Dibacakan Ayatul Kursi 7x
6) Dibacakan dengan Surah Al Insyirah sebanyak 7x
7) Dibacakan dengan 7x setiap satu 3Qul.
8) Dibacakan Selawat sebanyak 41x.


Air tersebut disiramkan (dispray) sekeliling dalam rumah, dengan bahu kanan ke arah dinding, sambil membaca Al Ikhlas, tidak putus.

Buat selama 3 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, rumah anda dibebaskan ALLAH dari segala anasir zahir dan bathin.

KEM KOLABORASI PELAJAR SAINS TULEN SPM 2012 DAERAH PASIR PUTEH

Bermula petang Khamis baru-baru ni sekali lagi ana terlibat dengan program pelajar, iaitu Kem Kolaborasi Pelajar Sains Tulen di SMK Sri Aman, Pasir Puteh. Bermula dengan menghantar 5 orang pelajar lelaki ke sana untuk pendaftaran & kemudiannya malam Sabtu bersama-sama guru-guru Matematik Tambahan & para pelajar sains tulen dari sekitar Pasir Puteh mengikuti bengkel Matematik Tambahan di dewan PPD.

Respond pelajar sangat mengujakan dan sangat-sangat diharapkan mereka akan mendapat input yang baik & dapat mengaplikasikannya nanti dengan baik dalam peperiksaan SPM yang akan datang tak lama lagi ni.


Para Pelajar Sains Tulen yang sedang mengikuti bengkel Matematik Tambahan di dalam dewan PPD.

IKHTIAR MENGESAN GANGGUAN MAKHLUK GHAIB PADA DIRI


Pastikan dalam keadaan bebas dari hadas besar dan kecil. Berwudhuk. Letakkan sebotol atau sejag air (yang boleh diminum, sebaiknya air putih) di hadapan.

1) Lakukan solat taubat 2 rakaat, seterusnya solat hajat 2 rakaat.

2) Pada air yang disediakan itu, usai solat hajat, istighfar 100x
3) Seterusnya berzikir يافتاح ياعليم sebanyak 170x
4) Selesai zikir, dibacakan Surah Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 7x, Al Baqarah 285-286 3x, Surah Al Kautsar sebanyak 7x.
5) Air yang telah dibacakan, diminum dan diambil sedikit, disapu pada kepala, wajah, leher serta tangan. 

Jika ada petanda tidak selesa dan merasa panas pijar, itu tandanya ada anasir ghaib yang tidak diingini bersama anda. Jangan risau bak kata sinetron, usah kaget. Teruskan amalan tersebut, air terus dijadikan minuman. InsyaALLAH, semoga dijauhkan ALLAH dari sekalian masalah yang membelenggu.

IKHTIAR MEMOHON PETUNJUK DARI ALLAH (MELALUI MIMPI)

Kaedah ini adalah perkongsian dari guru & sahabat ana Al Fadhil Al Ustaz Wan Asrul TIAF.

Sebelum tidur, bebaskan diri dari hadas besar dan kecil. Dalam keadaan berwudhuk. Sebaiknya dirikan Solat taubat dan solat hajat, 2 rakaat. Mohon kepada ALLAH petunjuk yang diinginkan. Sama ada jodoh, rezeki, atau masalah-masalah yang sedang dihadapi.

Selepas melakukan adab-adab tidur sedia ada, maka lakukan kaedah di bawah:

1) Dizikirkan يا خبير يا بصير sebanyak 118x

2) Di tempat pembaringan (katil, bukan liang lahad ya), dibacakan Al Faatihah 1x, dengan ulangan ayat 4 sebanyak 11 x (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ) dengan bersertakan doa, di dalam hati.

3) Dibacakan Al Mulk : 14, 13x (ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير)

4) Baring dirusuk kanan.

5) Sebelum lelap, dizikirkan يا خبير يا بصير sehingga lelap. 

6) Dilakukan sebaiknya 7 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, akan diperlihatkan ALLAH, barang yang diizinkan perlihat akanNYA. Sebaiknya, setelah peroleh isyarat, dirujuk semula dengan guru-guru yang lebih arif sebelum membuat keputusan akan benar atau salahnya.

BarakALLAHu fikum.

24 September, 2012

SEMINAR EASYMATHS 2

Alhamdulillah pagi hingga tengahari semalam ana telah membawa & mengiringi seramai 6 orang pelajar perempuan tingkatan 5SC1 (pelajar lelaki sikit) ke seminar EasyMath 2 (Additional Mathematics) yang dilaksanakan di Dewan Besar SMK Kamil, Pasir Puteh. Hari ni hari ke 2 seminar. Penyertaan dianggarkan dalam 300 orang pelajar dari segenap daerah termasuk dari Terengganu (sempadan kot). 

Sekarang ni ana ditugaskan mengambil tempat guru Add Math di SMK Gaal ni yang cuti bersalin. Kekok gak bila pelajar bertanya sebab bukan opsyen & tak pernah mengajar walaupun pernah belajar. Ginilah tugas cikgu..."all rounder..."


Pelajar-pelajar 5SC1 & 5PA dari SMK Gaal yang menyertai seminar di Dewan Besar SMK Kamil


Suasana seminar berjalan baik & mengujakan para pelajar. Dari maklum balas yang diterima dari beberapa orang pelajar yang sempat ana tanya memeberikan komen positif...mudahan la kan (ke saje je nak amik hati cikgu ni...). 

Cikgu doakan agar peserta & rakan-rakan yang lain dapat menggunakan dapatan pada seminar tersebut untuk mempersiapkan diri & menghadapi peperiksaan SPM nanti.

19 September, 2012

INSYAALLAH AKU BELAJAR DARI UJIAN HIDUP INI...



Aku belajar bahawa tidak selamanya hidup itu indah, kadang-kala Allah SWT membelokkan rencanaku, tapi aku tahu bahawa Allah SWT tidak pernah meninggalkanku, oleh kerana itu aku akan hadapi hidup ini dengan bersyukur...

Aku belajar bahawa ujian pasti datang dalam hidupku, kerana aku tahu bahawa semua itu tidak melampaui kekuatanku, maka aku akan belajar menghadapinya dengan tabah dan sabar...

Aku belajar bahawa tidak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi, kerana semua rancangan-Nya indah bagiku, maka aku akan menghadapinya dengan bersyukur dan bersukacita, kerana dengan bersyukur dan bersukacita akan menyihatkan jiwaku dan menyegarkan hidupku...



Ludolf-Backhuysen--schip-in-nood-in-zwarte-storm




Ingatlah duhai hati, Allah SWT tidak akan mendatangkan sebarang ujian terhadap hambanya melainkan Dia tahu kemampuan hamba-Nya.


Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah. Dalam keadaan petaka atau sengsara. Dalam keadaan miskin atau kaya. Dalam keadaan susah atau senang. Dalam keadaan sihat atau sakit. Dalam keadaan buruk atau baik. Ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya. Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu."


(nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)

11 September, 2012

PECAH MASUK!

Selepas Subuh semalam, kakak ana call katanya rumah mak kami di Kota Bharu dipecah masuk pencuri. Jiran mak ana yang call kepada adik & kakak ana memaklumkan hal berkenaan. Terima kasih kepada Pok Su Musa, Abang Yie dan jiran yang membantu sehingga dapat menghalang kerugian yang lebih besar. 


Pencuri berkenaan memecahkan pintu depan, mengeledah almari di ruang tamu dan seterusnya dengan bersenjatakan pisau naik ke tingkat atas. Alhamdulillah mak ana tinggal bersama ana di Pasir Puteh, jadi perkara yang lebih buruk tidak berlaku. Tindakan pantas jiran-jiran telah menghalang pencuri dari mencuri lebih banyak barangan dari rumah mak ana. Sebenarnya tiada sangat barangan yang berharga, namun kerugian dianggarkan sekitar RM 2000. 

Jadi lepas sekolah semalam, ana tiga beranak bersama mak ana bertolak balik ke Kota Bharu bagi menilai sendiri keadaan. Setelah sampai, jiran-jiran mula datang bertanyakan khabar & menyampaikan berita. Syukur kepada Allah...kerana jiran-jiran cukup perihati & peka dengan masalah jiran-jiran lain. 

Adik ana Fakhrul telah membuat report polis & 2 orang anggota telah datang menyiasat. Dari maklumat yang diberikan Pok Su Musa, pencuri berkenaan bertindak sendirian dan bukan dari warga kampung berkenaan. Disyaki 'orang luar'.