Ya ALLAH! Aku mohon akan keampunanMU atas segala dosa yang telah dilakukan oleh anggota tubuh badanku ini dengan afiat dari kurniaanMU dan dengan kudratku yang ada juga dari kurniaanMU, yang kemudiannya aku tutupi dengan tirai TutupanMU dari pandangan orang lain sehingga mereka semua tak nampak akan dosa-dosaku."Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
16 Oktober, 2010
YA ALLAH!
Ya ALLAH! Aku mohon akan keampunanMU atas segala dosa yang telah dilakukan oleh anggota tubuh badanku ini dengan afiat dari kurniaanMU dan dengan kudratku yang ada juga dari kurniaanMU, yang kemudiannya aku tutupi dengan tirai TutupanMU dari pandangan orang lain sehingga mereka semua tak nampak akan dosa-dosaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan