السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

26 Oktober, 2010

DIPUKAU-Updated

Assalamualaikum semua,

Semoga sentiasa dalam rahmat & keampunanNYA.

Hujung minggu baru ni ana balik Kota Bharu. Ana dok rumah mak ana di Merbau. Jadi bila balik jarang-jarang sekali ni banyaklah khabar tentang keluarga, kampung halaman, saudara mara, sahabat handai & jiran-jiran yang ana terima. 


Dalam banyak-banyak tu satu yang menarik perhatian ana, iaitu tentang jiran depan rumah mak ana yang rumahnya diceroboh (dimasuki pencuri) dan penceroboh dikatakan menggunakan kaedah pukau. Kenapa jiran ana cakap camtu? Sebab masa kejadian seisi rumah tak sedar, bahkan bila hari dah siang, dah syuruk (matahari dah naik) baru sedar. Alhamdulillah barang yang dicuri tak banyak, cuma 2 biji handset & sedikit wang. Syukur juga sebab tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku. Kata jiran ana, kat luar rumahnya, depan tingkap yang dipecah masuk, ada tanda-tanda/bekas-bekas seperti ritual tertentu (macam pemujaan), yang mungkin sebahagian dari ritual pukau seisi rumah. Wallahu a'alam.

Sebenarnya kejadian ini juga merisaukan ana sebab rumah mak ana sendiri dah 2 kali dimasuki pencuri. Alhamdulillah, tiada barang yang hilang. Cuma dirisaukan kejadian yang tak diingini. Kan kat dada-dada akhbar kerap terpampang kes-kes rompak & bunuh. Na'uzubillahi min zaalik.

Oleh itu suka ana berkongsi antara amalan yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan dari ALLAH S.W.T. dari kena pukau. Ayat-ayat ni dibaca sesudah solat 'Isya.

Ayat Penggerak
  1. Baca Ayat Penggerak
  2. Ayatul Kursi
  3. Baca Surah Al-Fiil
  4. Baca Surah Al-Quraisy
  5. Al-Mu'awwizat
  6. Doa Perlindungan

22 Oktober, 2010

KARNIVAL ICT SMK MERAPOH

Hari ni hari terakhir Karnival ICT di sekolah ana. Karnival ni berlangsung selama 2 hari bermula semalam. Berikut suasana pengunjung, pelajar & mereka yang terlibat.




Kanak-kanak dari Tabika Kemas pun turut hadir. Dok kalut main permainan komputer.

Anak ana sedang main permainan komputer kegemaran dia.

Ahh...dapat hadiah. Tahniah Imdadullah!




Gerai jualan alatan/accessories komputer.

Lagi permainan yang ada...

MAJLIS ZIKIR PERDANA TAREQAH AHMADIYYAH IDRISIYYAH

Dato Haji Murtadza Bin Haji Ahmad,
Mantan Mufti Negeri Sembilan


Majlis Zikir perdana bersama Khalifah Tariqat Ahmadiah Idrissiah Asia Tenggara, Dato Haji Murtadza Bin Haji Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan akan di adakan pada tarikh di atas di Surau Haji Awang Alim. Oleh itu di jemput ikhwan ikhwan groups ini untuk meramaikan majlis. Di majlis itu nanti InsyaAllah Sohibus Samahah Dato Haji Murtadza akan menyampaikan amanat penting kepada semua Ikhwan mengenai perjalanan tarikat ini.Diharapkan majlis ini akan menjadi sebahagian dari taman taman syurga para ikhwan sekalian.

Saturday, November 6 · 7:00pm - 8:30pm
Surau Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan

20 Oktober, 2010

PASUKAN GENDANG KETAWAK & SILAT ASLI PAHANG BUKIT KOTA


SubhanaLLAH...berkobar-kobar rasa semangat (kuat energynya tu) mendengar permainan rentak gendang perang & lain-lainnya dari Pasukan Gendang Ketawak & Silat Asli Pahang dari Bukit Kota, Bukit Bentong. Memang agak berbeza dari permainan gendang silat Kelantan, sebab Kelantan punya ada masuk serunai. Pahang punya takde serunai, tapi feeling tu tetap ada.

Antara rentak yang dimainkan oleh pasukan ini adalah;

  1. Gendang Perang (Gendang Silat) - berserta dengan persembahan silat sekali dari 2 pasangan
  2. Raja Berangkat
  3. Serindek
  4. Chap Lalang
  5. Raja Di Hulu
  6. Kambing Berlaga
  7. Raja Bersiram
  8. Joget Gendang
  9. Gobek Terbang
  10. Raja Di Hilir
  11. Berdayong
  12. Katok Satu
  13. Penutup Gendang Perang

Golongan muda sekarang ni dah jarang dapat dengar rentak-rentak gendang camni. Salah satu kesenian tempatan yang menarik.

# Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan sebab ambik video guna handphone je.

19 Oktober, 2010

KEIKHLASAN DALAM BERAMAL (Renungan buat diri)

Dalam membicarakan bab keilmuan, tak kiralah apa sahaja bidang keilmuan, maka tak dapat tidak, akan pasti menyentuh tentang keluasan & ketinggian ilmu ALLAH s.w.t. Ianya tak dapat nak dijangkau oleh kecetekan pengetahuan kita manusia melainkan sekadar yang diizinkanNYA sahaja. 

Dalam menyentuh bab ilmu hikmah, banyak di antaranya yang memberi syarat kepada pengamal atau pelajar-pelajarnya yang dikatakan sebagai pantang larang keilmuan. Dalam masalah ini, sekiranya syarat atau pantang larang itu berbentuk petua semata-mata, biasanya tiada masalah. Contohnya menghindari dari memakan benda-benda berdarah seperti daging dan telur bagi tujuan 'menajamkan' mata hati atau tidak mandi selepas Maghrib bagi mengelakkan tubuh menjadi lemah atau merenung api lilin dalam suatu jangkamasa tertentu dengan tujuan mempertajamkan pandangan mata.



Pun begitu, apa sahaja petua yang diamalkan hendaklah diingat bahawa itu semua adalah hanya sekadar petua semata-mata dan bukannya sebahagian dari syariat agama. Oleh itu, janganlah sampai yang dilarang dalam petua itu kita anggap sebagai haram dan yang disuruh itu sebagai wajib

Ada satu riwayat menyebutkan bahawa seorang ibu meminta tolong dari Rasulullah S.A.W. untuk menasihati anaknya supaya mengurangkan pengambilan gula dalam makanan & minumannya. Maka dikatakan setelah Rasulullah S.A.W. mengelakkan diri Baginda daripada mengambil gula dalam tempoh 3 hari, barulah Rasulullah S.A.W. berjumpa dan menasihati anak  tersebut dan ini adalah juga termasuk dalam petua (iaitu untuk menjadikan nasihat kita mudah diterima orang, kita sendirilah kena terlebih dahulu amalkan/buat).

PERSOALANNYA:

Bagaimana kalau pantang-larang itu dikaitkan dengan hukum-ahkam agama? Contohnya, kalau anda nak amal sesuatu ilmu itu, pantang-larangnya anda mestilah menjaga solat fardhu 5 waktu, sebaik-baiknya berjemaah lagi, mesti berpuasa penuh di bulan Ramadan, mesti mengeluarkan zakat, tak boleh berzina, tak boleh minum arak, tak boleh berbohong atau menipu dan sebagainya lagi.

Dalam permasalahan ini, kita perlu mengambil kira beberapa perkara, iaitu salah satunya yang paling utama adalah adakah amal ibadah yang dikerjakan itu, kita buat dengan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah atau hanya kerana ingin meraih kelebihan keduniaan yang mungkin diperolehi dari ilmu yang diamalkan & dipelajari? Macamana dapat kita ketahui yang niat kita itu betul atau sudah terpesong dari yang sepatutnya? Apakah ada tanda-tanda & alamatnya?

Adapun antara tanda-tanda sesuatu amalan itu tak dikerjakan dengan ikhlas & hanya didorong oleh keghairahan kita mencari kelebihan ilmu semata-mata adalah;
  1. Kita hanya mula mengerjakan ibadah, solat terutamanya hanya apabila kita mula mempelajari sesuatu ilmu atau mula menerima ijazah sesuatu keilmuan. Sedangkan kalau tak kerananya, maka kita tak terniat sedikit pun untuk mengerjakan segala ibadah tersebut.
  2. Kita semakin tekun beribadah dan beramal lantaran kerana kita semakin mengharapkan mendapat kelebihan-kelebihan keduniaan dari keilmuan yang kita pelajari & amalkan.
  3. Semakin kurangnya harapan kita terhadap ilmu yang kita tuntut atau semakin kita merasakan ianya tak lagi diperlukan sangat atau juga kerana ilmu itu kurang berkesan dan sebagainya, maka semakin malas pula kita beramal ibadah.
  4. Kita berhenti beramal ibadah apabila kita berhenti atau meninggalkan (membuang) amalan ilmu kita itu.
  5. Kita beramal ibadah atau mencegah diri kita dari perbuatan mungkar lantaran kerana takut ilmu tak menjadi atau takut ilmu makan diri.
dan sebagainya lagi.

Kalau beramal ibadah, mentoati suruhan-suruhan dan meninggalkan larangan-larangan agama dikeranakan oleh sebab-sebab di atas, bererti keikhlasan kita boleh dipersoalkan.

Meskipun pantang-larang ilmu itu pada asalnya dibuat sebagai pendorong kepada para murid atau pengamal agar toat kepada ALLAH s.w.t., tetapi bagi sesetengah murid yang tidak memahami atau kurang faham akan permasalahan sebegini, maka dia sebenarnya bukan lagi toat kepada ALLAH s.w.t. tetapi sebaliknya.

Sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niat. Kalau seseorang itu berhijrah kerana ALLAH dan RasulNYA, maka hijrahnya itu adalah untuk ALLAH dan RasulNYA dan jika hijrahnya itu untuk (mengahwini) seseorang wanita, maka hijrahnya itu adalah untuk apa yang ia niatkan."

Mitsalnya membaca ayat-ayat Al-Quran atau berzikir, jika dibacakan/dizikirkan dikeranakan oleh keilmuan yang kita pelajari bukan ikhlas kerana ALLAH, maka amalan itu akan menjadi sia-sia dan tiada nilainya di sisi ALLAH s.w.t. Dengan kata lain, kita telah terperangkap dengan tipu-daya syaitan melalui amalan keagamaan/kebajikan yang mana walaupun pada asalnya & asasnya amalan itu merupakan amalan soleh tapi telah bertukar menjadi amalan toleh lantaran rosaknya niat. Ditambah lagi masalahnya bila dalam keadaan sebeginilah syaitan atau jin-jin yang jahat akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan lagi si pengamal keilmuan tadi.

Bahkan para ulama' Islam telah bersepakat menyatakan bahwa apa saja amalan yang dikhususkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, tetapi kemudiannya bertukar niatnya kepada selainnya, maka seseorang itu telah jatuh syirik. Contohnya jika kita niatkan bersolat Zohor kerana Allah t.a., tetapi hati kita sebenarnya mengharapkan kelebihan-kelebihan tertentu dari kelebihan keduniaan, maka samalah sepertinya kita menyamakan kedudukan ALLAH t.a. itu dengan kelebihan-kelebihan keduniaan yang bakal diraih dari ilmu yang dipelajari atau diamalkan. Sedangkan kita semua tahu bahawa niat dalam melakukan sesuatu amalan itu wajib diikhlaskan hanya semata-mata kerana ALLAH s.w.t. dan tidak kepada yang selainNYA.

PERLUKAH KITA TINGGALKAN?

Bergantung kepada ilmu yang dipelajari, sama ada ianya menyalahi syara' atau tidak. Kalau sesuatu keilmuan itu tidak bercanggah dengan syariat, contohnya tidak melibatkan penggunaan jin atau perkara-perkara yang haramkan oleh ALLAH s.w.t., maka tidaklah perlu kita tinggalkan. Yang perlu hanyalah mengikhlaskan niat kita ketika beramal dengan keilmuan itu. Contohnya mengamalkan ilmu-ilmu pendinding diri dan keluarga, mengamalkan ilmu perubatan untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan, mengamalkan ilmu persilatan & beladiri serta pelbagai lagi keilmuan yang baik dan berfaedah. Semuanya hendaklah diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Dengan kata lain, dalam konteks yang lebih luas, segala sesuatu yang baik itu boleh menjadi jalan untuk kita meraih keredhaan ALLAH s.w.t. kalau kena pembawaan & cara gayanya berlandaskan kepada syariat Islam. Setiap perkara yang baik itu ALLAH s.w.t. telah jadikannya sebagai jalan-jalan untuk hamba-hambaNYA menuju padaNYA....InsyaALLAH.

Wallahu a'alam bissowab.


(intipati nasihat diambil dari sebuah blog buat renungan diri sendiri utamanya)

18 Oktober, 2010

KHODAM LA USTAZ...! BUKAN JIN ATAU HANTU.

Kat sekolah tadi, salah seorang warden (yang bawa seorang pelajar jumpa ana dulu kes penunggu rumah atuknya) bagitau ana yang pelajar tersebut dah tak nak teruskan rawatan dengan ana. Warden tu cakap, hujung minggu baru ni pelajar tu balik kampung dan berjumpa dengan rakan atuknya. Rakan atuk budak tu menjelaskan padanya bahawa yang dok menjaga rumah atuknya tu adalah khodam atuknya bukan jin atau hantu. Tambah rakan atuknya juga, khodam tu takkan "bersatu" dengannya (masuk ke dalam badan pelajar tu) selagi pelajar tu tidak mendalami ilmu agama/ilmu Al-Quran (maknanya khodam tu akan mendampingi secara luaran je dulu) & tidak mengamalkan ayat yang akan dia ajarkan nanti. Ni kira amalan berkhodam lani nampaknya.


Ana hanya mampu tersenyum kambing je, "Terpulanglah... Dah agak dah, sejak dari awal-awal buat rawatan dulu lagi. Banyak benda yang dia (pelajar tu) rahsiakan dari kita Mie. Semasa rawatan tu sebenarnya banyak benda terjadi, tapi bila tanya, dia cakap tak de apa-apa pun. Sebenarnya ana sangsi jawapannya tu. Sebab ana "nampak" dengan izin ALLAH t.a. apa yang berlaku. Dia tipu.... Sebenarnya dia berminat untuk berdamping dengan khodam tu cuma dia tak nyatakan je sebab takut kita tak bagi. Nasihat...nasihat dah. Kalu dah itu keputusan dia, terpulanglah. Lagi pun sapalah kita berbanding dengan rakan atuknya yang dia lebih kenal dan percaya tu. Orang tua pulak tu."

Warden tu cakap, masa ana merawat pelajar tu, ada beberapa perkara terjadi. Tu pun pelajar tu cerita kat warden tu selepas rawatan. Dengan ana pelajar tu tak berani cakap, tapi dengan warden tu dia berani pulak cerita. Tah! Ana ni hanya membantu mereka yang memerlukan bantuan je. Kalu tak nak, ana tak paksa, apatah lagi offer. 

Semoga Allah s.w.t. beri petunjuk pada pelajar tu. Ana tak nak tengok benda-benda yang tak sepatutnya & tak diingini berlaku. Terutama depan mata ana. Harap-harap tahun depan ana dah ditukarkan ke Kelantan.

AAMIIN!

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى 
آله وصحبه أجمعين

Segala kesyukuran ana panjatkan kepada ALLAH s.w.t. di atas kurniaan umur yang hari ni ana dapat merasai ulang tahun yang seterusnya (dah semakin tua & semakin pendek umur).  



Pagi ini ana dikejutkan dengan ucapan Selamat Hari Lahir dari Pengetua & diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Johari dengan diaminkan beramai-ramai oleh rakan-rakan guru. AlhamduliLLAHI 'ala kulli haal. (Ingatkan doa supaya ana dapat bertukar balik ke Kelantan...hehehe). Suatu perkara yang di luar dari kebiasaan yang telah dibuat pada pagi ni...dan tak pernah dilakukan sebelumnya. Mudahan nanti akan menjadi suatu amalan, iaitu mendoakan seseorang sekalipun hanya sewaktu ulang tahun kelahirannya.

Semoga yang berdoa & yang mengaminkan, semuanya mendapat perkara yang sama. Aamiin Ya Robbal 'alamin.

17 Oktober, 2010

SEKELUARGA DARI JERANTUT

الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد رسول الله وعلى آلـه وصحبه ومن والاه


Syukur yang tak terhingga sebanyak makhlukNYA di langit, sebanyak makhlukNYA di bumi, sebanyak apa yang ada di antara keduanya dan sebanyak apa yang telah diciptakanNYA, di atas segala limpah kurniaNYA kepada ana yang tidak terhingga yang dengannya membolehkan ana sekali lagi mencoret pengalaman kehidupan ana di dada blog ini. Yang mana baik ambiklah buat ikhtibar, mana yang buruk (atau pembaca anggap kelentong dari ana tu) buanglah jauh-jauh.

Pagi semalam sepatutnya ana ke Kuala Lipis untuk menduduki peperiksaan PTK (dah mansuh dah tahun depan), tetapi ana terpaksa "ponteng" kerana tiada kenderaan untuk ke sana. Kereta ana masih lagi kat bengkel. Dah hampir 5 bulan dah ana "lumpuh" tak leh bergerak ke mana-mana sangat, melainkan sangat terbatas (menumpang rakan). Mudahan minggu depan siap sebagaimana yang diberitahu oleh mekanik yang ana call minggu lepas. Sebab apa lama & lambat...ada kisah disebaliknya. Rasanya tak perlulah ana cerita kat sini, sebab ana niat nak cerita benda lain nih.

Petangnya lebih kurang pukul 2:55 pm ana dapat call dari ayah kepada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah agama di Jerantut yang pernah ana rawat dulu kerana kerasukan. Nanti ada masa nanti ana ceritakan...apa yang ana ingatlah sebab peristiwa ni dah lama. Walaupun begitu, peristiwa tu adalah antara peristiwa yang paling gempar sepanjang pengalaman ana yang tak seberapa ni dalam merawat kes-kes gangguan makhluk halus. Beliau ingin mendapatkan khidmat rawatan dari ana. Mula-mula tu terkejut gak ana, sebab jauh tu...Jerantut. Kat sana pun ada perawat berpengalaman apa. Tak la perlu menyusahkan diri dan keluarga datang jauh-jauh. 

Belum sempat ana cakap, dia dah bagitau yang dia dan sanak saudara sedang berada di Gua Musang kerana membawa iparnya berurut. Iparnya kena stroke. Jadi alang-alang on the way back to Jerantut, diorang nak singgah kat Merapoh, nak dapatkan rawatan bagi anak lelakinya, anak perempuannya dan juga isterinya....kira satu keluargalah. Dengan niat nak tolong orang yang mengharapkan pertolongan, ana sanggup je. Jadi kami janji lepas Asar kat surau kuarters (doh siap molek doh). 

Waktu Asar abang tu call, katanya diorang dah berada kat Masjid Merapoh. Awal dari yang dijanji nih. Walaubagaimanapun tak jadi masalah, ana bukannya ada hal penting sangat pun. Jadi ana suruh diorang datang ke Surau Kuarters Guru SMK Merapoh. 

Lepas solat Asar, kami mulakan rawatan. Ana mulakan dengan pelajar lelaki tu. Tah kenapa, hati ana tergerak untuk menggunakan kaedah mata bathin. Bukan mata ana...mata bathin budak tu. Ana mintak dia check pada badan dia. Dia kata ada "benda" bercahaya merah kat ibu jari kaki dia. Banyak! Ana tarik buang, alhamduliLLAH settled

Pastu ana suruh dia "tengok" bahagian mana dari tubuhnya yang dah "bocor" dan jadi laluan masuk makhluk ALLAH t.a. yang tak nampak dek mata kasar tu dan juga mana-mana bahagian badannya yang "tercedera" akibat dari pendudukan dan kemasukannya. Pelajar tu kata makhluk tu masuk melalui kemaluannya dan bahagian dalam kepalanya ada kecederaan. Barangkali tu sebab pelajar tu asyik sakit kepala je kot. WaLLAHU a'alam. Jadi ana dengan izin ALLAH t.a. menutup laluan masuk tersebut dan kemudiannya merawat kecederaan dalam kepalanya. Bila ana minta pelajar tu recheck balik, katanya alhamduliLLAH ok dah. Ana kemudiannya pagar budak tu.

Lepas tu ana suruh dia tengok adik perempuannya pulak. Mula-mula ana suruh dia "tengok" dalam diri adiknya. Katanya takde apa-apa. Lepas tu ana suruh dia tengok sekitar adiknya. Katanya ada, kat belakang adiknya, ada makhluk hitam besar. Ana kemudiannya memberi peringatan dan amaran beberapa kali kepada makhluk tu, tapi tak diendahkan. Lalu ana kemudiannya menjurusnya dengan kalamuLLAH. AlhamduliLLAH si abang tadi kata dah tiada.

Seterusnya ana mintak budak tu "tengok"kan maknya pula. Macam tadi ana suruh dia tengok dalam diri maknya dulu. "Ada Ustaz!", katanya. "Benda berekor panjang." Ana tanya dia adakah benda tu bentuknya macam beruk besar. Katanya, "Ya!". Jadi ana buat proses yang sama macam si adiknya tadi. Pastu mintak dia recheck balik. Katanya dah takde dalam badan tapi dok kat luar pulak, sebelah kanan ibunya. Ana pun sekali lagi melancarkan "Jurus Seribu Pedang" ke arah makhluk tu. AlhamduliLLAH makhluk tu hilang dari "pandangan" pelajar tu. 

Lastly ana suruh dia "tengokkan" ayahnya pula. Alang-alang "tengok" biar sekeluarga terus. AlhamduliLLAH, ayahnya clean. WaLLAHU a'alam. Pastu ana pagarkan semuanya dengan kalamuLLAH. Mudahan selamat semuanya dengan izin dan kehendakNYA jua.

Kemudian sebelum mereka balik, abang tu mintak ana "tengokkan" iparnya yang baru mengurut dengan seseorang kat Gua Musang petang tadinya. Hajat saudara seagama ana tunaikan, menggunakan apa yang terdaya dan ada sekadarnya dengan sekelumit ilmu dari lautan ilmu ALLAH t.a. yang tak bertepi luasnya. Masa scan rasa, ana dapat rasakan bahagian kepalanya panas berbanding bahagian lain tubuhnya. Jadi ana fokuskan rawatan pada bahagian kepalanya. Lepas tu ana sediakan air penawar khusus untuknya dan mengajar mereka beberapa zikir mudah yang boleh diamalkan.

Rawatan selesai lebih kurang pukul 6:30 pm. Lama sikit sebab 4 orang. AlhamduliLLAHI 'ala kulli haal. Semoga dikurniakan Allah t.a. kepada mereka kesembuhan dari penyakit mereka....Aamin Ya Robbal 'aalamin....

16 Oktober, 2010

YA ALLAH!



Ya ALLAH! Aku mohon akan keampunanMU atas segala dosa yang telah dilakukan oleh anggota tubuh badanku ini dengan afiat dari kurniaanMU dan dengan kudratku yang ada juga dari kurniaanMU, yang kemudiannya aku tutupi dengan tirai TutupanMU dari pandangan orang lain sehingga mereka semua tak nampak akan dosa-dosaku.


Ya ALLAH! Aku mohon keampunanMu dari segala perbuatanku yang mencederungkan diriku, menghampirkan diriku dan melayakkan diriku mendapat kemurkaanMU yang merupakan pelanggaran terhadap perintahMU dan penjauhan dari suruhanMU.

Ya ALLAH! Aku mohon akan keampunanMU dari dosa-dosaku yang penat lelah aku lakukan dengan jasadku siang dan malam dan kemudiannya aku tutupi dengan tirai TutupanMU sebab malu terhadap orang lain sehingga TutupanMU itu menutup keaibanku menampakkan seolah-olah aku adalah seorang yang soleh pada pandangan mereka, seorang yang memperjuangkan agamaMU, seorang yang suka menolong orang lain. Sesungguhnya aku malu dengan penderhakaanku ini terhadapMU, sedangkan ENGKAU sentiasa menangguh-nangguhkan balasanMU terhadapku. Dan selama aku dalam keadaan menderhakaiMU, ENGKAU tidak pernah membalasnya melainkan sedikit sahaja dan selama aku berbuat kejahatan, lalu aku bermohon kepadaMU kemudiannya dari keperluan hajatku dan hajat orang lain, ENGKAU masih lagi tetap mengurniakannya kepadaku dan kepada mereka yang memintaku memohon bagi pihak mereka.

Ya ALLAH! Aku mohon akan keampunanMU dari setiap dosa yang telah aku bertaubat darinya yang aku telah bersumpah  denganMU yang aku tidak akan kembali mengulangi melakukannya, tapi bila syaitan mendatangiku, menghasutku & menipuku dengan helahnya, lalu nafsuku mengajakku melakukan maksiat.

Ya ALLAH! Dengan sifat KelembutanMU, aku mohon agar tidaklah ENGKAU membuka dan mendedahkan keaibanku di akhirat kelak sebaliknya tutupilah sebagaimana yang telah ENGKAU tutupi keaibanku di kehidupan dunia ini. Wahai ALLAH...Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kesihanilah aku ini.


15 Oktober, 2010

KAIFIAT SOLAT TAUBAH


RAKA'AT PERTAMA

  • Sesudah membaca Al-Fatihah, baca Surah An-Nisa':64.

  • Kemudian baca Istighfar berikut tiga kali;

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَسْاَلُـهُ التَّوْبَةَ
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya”
۞      

  • Selepas Istighfar, baca pula surah Al-Kaafiruun sekali.


RAKA'AT KEDUA
  • Sesudah membaca Al-Fatihah, baca Surah An-Nisa':110.
  • Kemudian baca Istighfar berikut tiga kali;

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَسْاَلُـهُ التَّوْبَةَ
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya”

  • Selepas Istighfar, baca pula surah Al-Ikhlas sekali.
  • Setelah selesai solat, beristighfarlah 100 kali, kemudian bacalah doa taubah berikut;

DOA ISTIGHFAR KUBRO

بسم الله الرحمن الرحيم
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَـظِيْمَ (3 كالى) الَّـذِى لاَإِلَـهَ إِلاَّهُوَ الْحَىُّ الْقَـيُومُ وَأَتُوبُ إِلَـيْهِ مِنْ جَمِـيْعِ الْمَعَـاصِى وَالـذُّنُوبِ, وَأَتُوبُ إِلَـيْهِ مِنْ جَمِـيْعِ مَاكَرِهَ اللهُ قَوْلاً وَفِـعْلاً وَسَمْـعًا وَبَصرًا وَخَاطِرًا.
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَغْفِرُكَ لِمَا قَدَّمَتْ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَشْرَفْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْـلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْـلَمُ بِهِ مِنِّى, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ.
 اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ تُبْتُ إِلَيْكَ مِنْهُ ثُمَّ عُدْتُ فِيْهِ, وَأَسْـتَغْفِرُكَ بِمَا أَرَدْتُ بِهِ وَجْهَكَ الْكَرِيْمَ فَخَالَطْتُهُ بِمَا لَيْسَ لَكَ بِهِ رِضًى, وَأَسْـتَغْفِرُكَ بِمَا وَعَـدْتُكَ بِهِ نَـفْسِى ثُمَّ أَخْلَفْتُكَ بِمَا دَعَـانِى إِلَيْهِ الْهَوَى مِنْ قَبْلِ الرَّخِصِ مِمَّا أشْتَبَهَ عَلَىَّ وَهُوَ عِـنْدَكَ مَحْظُورٌ, وَأَسْـتَغْفِرُكَ مِنْ النَّعِيْمِ الَّتِى أَنْعَمْتَ بِهَا عَلَىَّ فَصَرَفْـتُهَا وَتَقَـوَّيْتُ بِهَا عَلَى الْمَعَاصِى, وَأَسْـتَغْفِرُكَ مِنْ الـذُّنُوبِ الَّتِى لَايَغْفِرُهَا غَـيْرُكَ وَلَايَطَّلِعُ عَلَـيْهَا أَحَدٌ سِوَاكَ وَلَايَسَـعُهَا إِلَّا رَحْمَتُكَ وَحِلْمُكَ وَلَايُنْجِيْى مِـنْهَا إِلَّا عَـفْوُكَ, وَأَسْـتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ يَمِيْنٍ حَلَفْتُ بِهَا فَحَنَثْتُ فِـيهَا وَأَنَا عِـنْدَكَ مَأْخُوذٌ بِهَا, وَأَسْـتَغْفِرُكَ يَا لآ إِلَـهَ إِلَّا أَنْتَ سُـبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الـظَّالِمِـيْنَ, وَأَسْـتَغْفِرُكَ يَا لآ إِلَـهَ إِلَّا أَنْتَ عَـالِمُ الْـغَيْبِ وَالـشَّهَادَةِ مِنْ كُلِّ سَيِّئَةٍ عَـمِلْتُهَا فِى بَيَاضِ النَّـهَارِ وَسَوَادِ اللَّيْلِ فِى مَلَاءٍ وَخَلَاءٍ وَسَرٍّ وَعَـلَانِيَةٍ وَأَنْتَ إِلَّىَّ نَاظِرٌ إِذَا ارْتَكَبْتُهَا تَرَى مَا أَتَـيْتَهُ مِنَ  الْـعِصْيَانِ بِهِ عَـمْدً أَوْخَطَأً أَوْنِسْـيَانًا يَا حَلِيْمُ يَا كَرِيْمُ, وَأَسْـتَغْفِرُكَ يَا لآ إِلَـهَ إِلَّا أَنْتَ سُـبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الْـظَّالِمِـيْنَ.
رَبِّ أغْـفِرْلِى وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَىَّ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ, وَأَسْـتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ فَرِيْضَةٍ وَجَبَتْ عَلَىَّ فِى أَنَآءِ الْلَيْلِ وَأَطْرَافِ النَّـهَارِ فَتَرَكْتُـهَا عَـمْدًا أَوْخَطَأً أَوْنِسْـيَانًا أَوْتَـهَاوُنًا وَأَنَا مَسْؤُلٌ بِهَا, مِنْ كُلِّ سُنَّةٍ مِنْ سُنَنِ سَـيِّدِ الْمُرْسَلِـيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّمَ فَتَرَكْـتُهَا غَـفْلاً أَوْسَهْوًا أَوْجَهْلاً أَوْتَـهَاوُنًا فَلَّتْ أَوْكَثُرَتْ, وَأَنَا عَـآئِدٌ بِهَا وَأَسْتَغْفِرُكَ يَا لآ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ سُبْحَانَكَ رَبَّ الْعَـالَمِيْنَ لَكَ الْمُلْكُ وَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّـكْرُ وَأَنْتَ حَسْبُنَا وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ, وَلَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَـلِىِّ الْعَـظِيْمِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِـهِ وَصَحْبِهِ وَسَـلَّمَ تَسْـلِمًا كَثِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَـالَمِيْنَ.   

13 Oktober, 2010

CURI NOTEBOOK!

Malam tadi dalam pukul 9:00 lebih kurang, tengah-tengah ana dok ajar anak mengaji, tetiba je ada dengar suara orang bagi salam. Sambil menjawab ana bangun ke pintu utama. Bukak je pintu kelihatan 3 susuk tubuh tercegat kat depan rumah. Dalam gelap tu (lampu depan tak bukak) ana perhatikan rupanya pelajar ana. Nampak resah je diorang. Mesti bermasalah punya ni.

Ana tanya, "Kenapa?". Salah seorang menjawab, "Ni Haikal & sorang lagi ni hilang netbook cikgu. Baru kejap tadi hilang." "Macamana boleh hilang?" ana tanya lagi. "Saya dan kawan saya ni letak notebook kami dalam loker kawan ni, pastu lepas naik dari solat Maghrib, bukak locker tengok-tengok hilang. Locker tak pecah....barang dalam pun tak berselerak, tapi netbook kami takde." kata Haikal. "Ada orang yang awak suspect?" tanya ana lagi. "Takde cikgu, tapi ada beberapa pelajar yang tak turun solat Maghrib tadi." sampuk salah sorang dari mereka. "Erm...ginilah, kejap lagi cikgu pergi asrama. Awak balik dulu." ana meyakinkan diorang.

Ana tengok jam dah pukul 9 lebih. Selepas selesai mengajar anak ana mengaji, ana bersiap-siap untuk ke asrama. Berbekalkan sebuah lampu sangkut, ana berjalan kaki ke asrama. Dekat je, tak sempat berpeluh pun. Sampai sana kelihatan warden dah mengumpulkan para pelajar siswa kat dataran asrama. Tengok jam dah pukul 10 malam, time diorang makan, jadi ana suruh diorang pergi makan dulu. Sambil menunggu diorang selesai, warden mempelawa ana ke rumah warden. Sempat tengok program TV "Ilmu Alam Ghaib". Lama tak tengok TV rupanya ada dah program berkenaan rawatan Islam kat TV. Bagus gak.

Tengah-tengah dok layan TV, ada seorang pelajar (yang hilang netbooknya) masuk. Katanya ada orang bagitau kat mana barang tu disembunyikan & pihak terbabit mintak hal ni diselesaikan secara baik (tak nak jadi kes disiplin asrama/sekolah). Bagi ana oklah kalu camtu, tapi bagi warden takleh. Warden tetap nak ambik tindakan disiplin. Dah tugas dia, ana no komen. Ana urusan asrama ana tak nak masuk campur. Dah diluar bidang tugas ana dah. Ana tolong settlekan kes barang hilang je. Barang dah dapat, so the case was closed.

Memandangkan warden pun tak tau nak buat apa, ana mintak izin untuk bagi tazkiroh sikit kat para pelajar tu semua sebelum ana balik rumah. Selepas bagi ingatan, nasihat dan amaran, ana pun balik. Warden yang baik hati pun bagi tumpang pulak lagi. Alhamdulillahi 'ala kulli hal.

CURI KABEL

Ada dah yang kena tangkap polis,
tapi tak mampu membendung gejala ini.
Akhir-akhir ni perkhidmatan internet di tempat ana selalu bermasalah. Member guru kat sekolah ada contact service provider tanya khabar. Apa yang dimaklumkan adalah wujudnya kegiatan mencuri kabel telefon kat area sini. Bukan satu kes bahkan dikatakan ada beberapa kes. Jadi tula yang perkhidmatan internet & juga telefon tetap kat sini selalu terjejas. Lantaran itulah juga ana akhir-akhir ni kurang ber"internet". 

Buat sahabatku Wan Khairul Azmi, maaf kerana tak dapat menolong dalam kes rawatan pesakit kat US tu. Padahal asalnya pesakit ana juga. Terpaksa sub kat anta. Maaf bebanyak syeikh. Ana ni asyik menyusahkan anta je.

Begitu juga buat sahabat ana yang lainnya, kekadang tengak-tengah berSKYPE, tiba-tiba meng"hilang"kan diri. Apa yang nyata, banyak juga hikmahnya.

Wallahu a'alam.