السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

04 April, 2013

KURSUS "HABITS OF MIND"

Minggu lepas ana telah terpilih...dipilih oleh pihak pentadbir sekolah sebagai salah seorang ahli baru dalam Pasukan Pemandu i-THINK (drive team). Selain dari itu, ana juga telah dipilih untuk mengikuti kursus "Habits of Mind" sepanjang cuti sekolah baru ni, bermula dari 25 hingga 29 Mac 2013 di Eastin Hotel, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor.

Nak jadi cerita, pada 24, sepatutnya ana amik flight ke KLIA, tapi tertinggal kapal...sangkut dalam traffic jam kat KB. Musim cuti sekolah...ramai orang balik kampung barangkali. So ana naik train, Wakaf Baru ke KL Sentral. Erm...lama tak naik train ni. Masa study kat UiTM Shah Alam dulu kita orang biasa balik kampung naik train.

Menunggu train di stesen Wakaf Baru

Alhamdulillah...perjalanan lancar & mudah. Sepanjang kursus, kami telah didedahkan kepada "Habits of Mind" (HOM) yang bakal kami terapkan dalam proses pengajaran & pembelajaran kat sekolah nanti. Apa itu HOM, insyaa Allah saudara-saudari pembaca boleh rujuk web ni, http://www.thinkingschoolsinternational.com/

i-THINK, penggunaan thinking maps & penerapan Habits of Mind pada para pelajar di sekolah terpilih, merupakan suatu program kerajaan dalam menjana generasi yang mengamalkan tabiat berfikir yang baik apabila berdepan dengan sesuatu permasalah.

Ya...sebagaimana biasa, bila dihantar berkursus, maka balik ke sekolah banyaklah perkara yang perlu dilakukan & yang terdekat adalah Kursus "Habits of Mind" untuk para guru di SMK Gaal ni. Ana telah dilantik menjadi salah seorang dari pemudah cara (fasilitator). Moga Allah SWT mempermudah & menyediakan diri ana yang faqir & dhoif ini dalam menggalas tugasan yang boleh tahan beratnya nih. Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membimbing & membantu ana dalam tugasan ana. Semoga Allah juga mempermudahkan urusan tuan-puan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan