Lanjutan dari perbincangan tentang roh....(dalam forum Sirun Nuun), suka ana merujuk kepada sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bernama "Kasyful Ulumil Akhirah". Dalam kitab tersebut Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa apabila malaikat mengambil roh orang mu'min yang soleh, ianya akan disambut oleh dua malaikat yang sanagt cantik rupa parasnya dengan pakaian yang indah serta bauan yang semerbak harum. Kemudian kedua malaikat tersebut mengambil roh tersebut lalu dibalut dengan kain sutera dari syurga.
Kata Imam Al-Ghazali, ketika itu roh manusia itu sama besarnya dengan jasadnya semasa hidupnya dengan keadaan sempurna tanpa cacat cela, dengan fikiran & keilmuan yang sempurna sebagaimana sewaktu hidupnya dahulu. Kemudian roh tersebut diangkat oleh malaikat ke langit. Perjalanan akan melalui roh-roh mereka yang mati terlebih dahulu darinya dan keadaan para roh tersebut seperti belalang yang berterbangan.
Bila sampai ke langait pertama dan pintu langit pun diketuk, maka bertanyalah penjaga pintu langit tersebut, "Siapakah kamu?" Lalu malaikat yang mengiringi roh tersebut memperkenalkan dirinya, "Aku malaikat Shalsha'i yang membawa si fulan." Malaikat Shalsha'i menyebut nama roh tersebut dengan nama yang terbaik, lalu bergembiralah malaikat penjaga pintu langit tersebut kerana nama roh tersebut sudahpun ada dalam senarai mereka dan mereka tertunggu-tunggu kedatangan roh tersebut. Kata mereka, "Roh si fulan sangat mulia, ia memiliki aqidah yang benar."
Di pintu langit ke-2, roh tersebut disambut dengan penuh kemeriahan oleh para malaikat lantaran memiliki amalan solat yang sempurna, sentiasa menjaga solatnya dengan khusyu' dan sempurna terhadap Allah.
Ketika sampai ke langit yang ke-3, malaikat mengalu-alukan ketibaan roh tersebut dengan penuh ta'zim kerana mereka telah menerima senarai amalannya. Roh tersebut merupakan orang yang sangat berhati-hati dan teliti dari segi menjaga hartanya, iaitu hanya mencari yang halal serta menggunakannya ke atas perkara yang diredhoi oleh Allah s.w.t. sahaja.
Pada langit ke-4, roh tersebut disambut oleh para malaikat lantaran kemuliaan amalan puasanya dan dia menjaga segala inderanya dari perkara yang boleh merosakkan pahalanya, dengan kata lain seluruh anggotanya berpuasa.
Di langit ke-5, malaikat menyambut roh tersebut kerana hajinya yang mabrur dan dia telah menyempurnakannya bukan kerana hendak bermegah, sebaliknya kerana ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Di langait ke-6 pula, roh tersebut disambut para malaikat kerana dia selalu bangun malam (bertahajjud), beristighfar kepada Allah memohon keampunan di atas segala dosanya dan dia juga menjaga anak-anak yatim.
Selepas langit ke-7, maka sampailah akhirnya roh tersebut ke suatu tempat bernama "Suradiq", iaitu suatu mahligai yang menempatkan roh-roh orang mu'min yang mulia dari kalangan orang mu'min. Seterusnya malaikat yang menjaga Suradiq mempersilakan roh yang soleh tersebut masuk dan disambut dengan penuh gilang gemilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan