السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

16 September, 2010

SALAM KEMBALI

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog (blog yang lalu ana telah diactivatekan atas sebab-sebab yang tak dapat ana nyatakan di sini) bagi mencoretkan pengalaman kehidupan ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.

Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.

Di kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutamanya kepada sahabat karib ana saudara Wan Khairul Azmi & juga lain-lainnya kerana memberi dorongan & membangkitkan kembali semangat ana untuk menulis catatan pengalaman ana yang mudahan dapat menjadi ikhtibar bagi para pembaca sekalian (setelah lama berfikir). Tak lupa juga nasihat yang ringkas & padat dari Bang Saiful (Sirun Nun).

Ana juga berharap agar blog ini dapat menjadi sesuatu yang dapat mengingatkan ana kepadaNya & kepada kekasihNya Sayyidina Muhammad, Rasulillahi s.a.w. Semoga usaha ana ini menjadi amalan jariah ana di sisiNya...Amin!

Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

4 ulasan:

  1. SalaamullaaHu 'alaikum.

    Sebenarnya bukan Ayah Soh sheikh, tapi Abang Ya. Beliaulah yang bawa masuk ke Kelantan setelah menerimanya daripada Guru Besar TS di Singapura.

    WallaaHu a'lam.

    Tahniah di atas pengujudan kembali blog tuan Sheikh. Insya Allah, bermanfaat buat kami semua.

    Wassalaam.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokaatuh BS.

    Setakat apa yang saya tahu & dimaklumkan oleh senior & rakan-rakan sepeguruan gitulah. Abang Ya tak kenal la pulak saya. Mungkin saya ni dah batch yang terkedian sangat dah, jadi orang lama tak kenal sangat dah.

    Wallahu a'alam....walaubagaimanapun terima kasih BS...semoga bermanfaat.

    Wassalamualaikum

    BalasPadam
  3. Tak apa lah sheikh. Sejarahnya panjang. hehehe...

    BalasPadam
  4. Salam..Boleh saya tahu samaada Ustaz Haji Abdul Halim bin Saud Kok Lanas(pengamal ayat 33) masih hidup atau tak? bagaimana saya nak hubunginya..saya ingin berjumpa dengannya

    BalasPadam