السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

22 September, 2010

GANGGUAN YANG TERUK

Beberapa hari ni ada beberapa orang yang bertanyakan ana tentang masalah gangguan yang teruk. Satu tu ana pernah tangani suatu masa dulu & nampaknya kes berulang atau bertambah. Manakala satu kes lagi dah jumpa beberapa orang perawat dah dan masih lagi berlaku dan berulang (kes sihir) sehingga mangsa dah mula rasa tak tahan sangat dah (rasa macam dah nak mati dah rasanya).


Pelbagai kaedah sudah dilakukan, namun belum lagi menampakkan hasilnya. Jadi macamana ni? Kekadang perkara seperti ini boleh membuntu & menyukarkan perawat, terutama bagi sesetengah perawat yang baru berkecimpung dalam dunia rawatan & kurang pengalaman.

Buntu kerana kaedah-kaedah yang biasa digunakan tidak menampakkan hasil yang diharapkan dan sukar kerana gangguan tidak dapat dikenal pasti dengan jelas di samping simptom-simptom penyakit yang berulang-ulang ataupun semakin bertambah.

Biasanya masalah ini berpunca dari sihir yang berulang-ulang, mengamalkan ilmu salah, tempias solat hajat atau bacaan Yassin, kaffarah diri serta seumpamanya. Akibatnya mangsa  boleh jadi gila, sawan, meroyan, hilang ingatan, koma, muntah darah yang berpanjangan dan sebagainya lagi.


Jadi untuk menangani masalah sebegini, biasanya kaedah Solat Hajat, bacaan Yassin (Yassin 7 Mubin, Yassin Fadhilat, Yassin Tunggal) dan beberapa Kaedah Mandian (Mandian Ais, Mandian Limau, Mandian Bungaan) digunakan oleh perawat & juga mangsa. Jangkasamasa mengamalkan kaedah ini berbeza mengikut perawat & keilmuan mereka dan juga bergantung kepada keadaan pesakit.

Wallahu a'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan