السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

20 September, 2010

Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrissiah Atas Banggol, Kelantan

Surau Tuan Guru Haji Awang Alim
Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah di Sahah Surau Tuan Guru Haji Awang Alim, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan sekarang ini diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari bin Hussein. Beliau adalah seorang guru Tareqah yang sudah lama mendalami Tareqah ini, iaitu sejak dari tahun 1964 lagi. Beliau pernah berbaiah dengan ramai guru bagi Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah yang diantaranya ialah Rabiatul Adawiah (anak kepada Haji Said Linggi), Sidi Hamid (Mambau), Syeikh Ahmad (Sendayan), Sidi Muhammad (Ampangan), Sidi Abdul Rashid (Singapura), Sidi Sheikh Abdul Ghani (Kaherah, Mesir), Amir Abdullah (Mesir), Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal, Sidi Sheikh Ibnu Idris (Sudan) dan ramai lagi. Pada awal tahun 90an beliau bersama isterinya (Hajjah Wan Zainun Wan Jaafar) telah dijemput ke Dandara, Mesir untuk berjumpa dengan Amir Fadh (Amir bagi Usrah Dandarawiah di Mesir) untuk diberi beberapa jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang menimpa Ikhwan Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah di Negeri Kelantan amnya. Amir Fadh telah menyampaikan 2 wasiqoh kepada Ustaz Hj Sa'ari iaitu Wasiqatul-Amal dan Wasiqatul Baidho'.

Ceramah Maulidur Rasul 2010
Anak kedua Al-Fadhil Ustaz Hj Sa'ari iaitu Prof Madya Dr. Che Zarrina binti Hj Saari, yang sekarang ini merupakan seorang Prof. Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pengkhususan dalam bidang tasawuf banyak menghasilkan buku dan jurnal mengenai Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah di Rantau Asia Tenggara dan Malaysia amnya. Menantu kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Saari iaitu Prof Dr Joni Tamkin Borhan (Jabatan Ekonomi dan Syariah, UM) dan juga Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, UM) turut sama menyumbang penulisan artikel dan jurnal mengenai amalan tareqah tasawuf.

Zikir Tareqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah masih lagi dilaksanakan di Surau Tuan Guru Haji Awang Alim, Kota Bharu pada hari Khamis malam Jumaat (bermula dengan Solat Maghrib) yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari sendiri. Sambutannya amatlah menggalakkan daripada para ikwan seluruh Malaysia termasuk juga para ikhwan daripada Negara Brunei, Thailand dan Singapura.

1 ulasan: