السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

17 September, 2010

LUAR BIASA?

Merujuk kepada catatan ana yang lalu berkenaan perkara luar biasa yang dimiliki atau berlaku kepada sebahagian ahli PSSTS, maka suka ana "mengarut" lagi berkenaan perkara luar biasa nih. 

Kelebihan luar biasa ni biasanya hasil dari mengamalkan amalan-amalan tertentu yang diamalkan dengan istiqamah. Perkara ini bukanlah baru, sebaliknya telah bermula semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. (rujuk Surah An-Naml: 38-40). Diceritakan Nabi Sulaiman a.s. telah meminta agar sesiapa dikalangan rakyatnya yang dapat memindahkan istana Ratu Balqis ke hadapan Baginda a.s. agar melakukannya dan ianya telah berjaya dilakukan oleh seorang hamba Allah bernama Asif Barkhia. Sebahagian ulama' mengatakan yang Asif ini adalah seorang waliyullah di zaman Nabi Sulaiman a.s. kerana beliau bukanlah seorang rasul atau nabi. Jadi Asif telah melakukan sesuatu yang luar biasa!

Oleh itu apakah kedudukannya perkara yang luar biasa ini? Adakah ianya salah satu dari perkara yang haq atau bathil? Terpuji atau dikeji? Inilah yang telah menjadi persoalan kepada diri ana & sebahagian ahli PSSTS yang bersama ana ketika itu. Apakah ianya betul-betul ada melibatkan khodam dari kalangan jin?

Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada manusia 8 perkara yang luar biasa & ianya telah dibahagikan oleh ulama' kepada 2, iaitu yang Haq & yang Bathil atau yang Terpuji & yang Dikeji.

YANG HAQ
  1. Irhas - dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada para Nabi & Rasul sewaktu mereka kecil.
  2. Mu'jizat - dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi & Rasul sahaja bagi melancarkan tugas menyampaikan risalah Allah t.a.
  3. Karomah - dikurniakan kepada orang-orang mu'min yang Arifbillah (arif tentang Allah)
  4. Maunah -  dikurniakan kepada orang mu'min yang soleh dikalangan orang awam (yang biasanya menlazimi pelbagai wirid, solat sunat, doa serta lain-lain amalan)
YANG BATHIL
Biasanya berlaku dengan pertolongan selain dari Allah s.w.t. walaupun dengan izinNya, seperti pertolongan khodam yang terdiri dari jin, syaitan dan seumpamanya.
  1. Istidraj- dikurniakan kepada mereka yang beramal dengan amalan yang soleh tapi tersedik di hati keinginan kepada kelebihan dunia. Lazimnya wujud perjanjian atau pantang-larang yang biasanya selari pun dengan syara'. Khodam biasanya terdiri sama ada dari kalangan jin Islam, fasik mahupun kafir
  2. Sihir - dikurniakan Allah t.a. kepada mereka yang derhaka ('asi) yang sama ada jahil tentang agama atau fasik. Kadang-kadang sihir ini melibatkan jin Islam yang fasik. Biasanya mereka yang mengamalkan sihir ini sentiasa bergelumang dengan kejahatan.
  3. Silap Mata - dikurniakan Allah kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya melalui pertolongan jin kafir.
  4. Sya'wazah -  kurniaan Allah yang berlawanan sama sekali dari kehendak sebenar. Biasanya dikurniakan kepada mereka yang sombong & angkuh dari golongan kafirun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan