Pagi tadi ada seorang rakan guru yang membaca blog ana berkenaan ILMU HIKMAH & LUAR BIASA. Maka lantaran itu terjadilah muzakarah antara kami berkenaan amalan PSSTS & juga lain-lain amalan hikmah yang pada dasarnya baik & tiada pertentangan dengan syariat. Habis kenapa masih ada pengamal yang bisa terpesong? Salah keilmuankah atau salah pengamalnya?
Dari ulasan yang pernah ana dapati dari mereka yang lebih arif tentang semua ini (dari pencarian ana), ilmu hikmah ini mempunyai 2 bentuk haq, iaitu ada yang diperolehi dari amalan kerohanian (kesufian) dan ada yang diperolehi dari amalan yang berkhadam. Macamana boleh terjadi macam ni?
Mereka yang mengamalkan amalan berkhodam ni biasanya mencari kehebatan & kelebihan keduniaan seperti keupayaan merawat, beladiri & sebagainya (ana pun pernah juga dulu...astargfirullah...). Namun sebahagian dari mereka ini tidak menyedari perkara seperti ini berlaku, contohnya ana sendiri. Memang mereka ni kuat juga beramal, solat, puasa, wirid, zikir & membaca ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, bahkan sehingga beribu kali, tetapi bukan untuk taqorrob kepada Allah atau menuju kepadaNya. Jika diperhatikan tiada usaha untuk membersihkan hati atau bermujahadah melawan hawa nafsu yang mana lazimnya dilakukan oleh mereka yang ingin bertaqorrob & menuju Allah s.w.t. Ana nyatakan ini semua kerana ana pernah ditegur oleh salah seorang guru ana, katanya walaupun ana buat banyak amalan, namun hati ana masih "berbolok", kotor! Memang sedih dengar, tapi itulah haqiqatnya. Oleh itu jangan jadi macam ana nih.
Khodam yang hadir biasanya akan mempermainkan & kemudiannya memperhambakan mereka ini. Bila khodam tersebut merasakan dirinya telah menjadi tempat pergantungan & harapan si pengamal, merasakan dirinya telah menjadi lebih hebat & berkuasa dari si pengamalnya, maka khodam tersebut tidak akan lagi menghormati si pengamal tersebut. Hal ini berbeza bagi mereka yang telah mengenal Allah atau ahli sufi. Allah s.w.t. sendiri yang mengurniakan kelebihan & kehebatan dengan tanpa mereka pinta kerana Allah s.w.t. memuliakan mereka. Disebabkan inilah juga, maka para khodam sendiri amat hormat & akur kepada para sufi lantaran mereka menjadi manusia kesayangan Allah s.w.t. Jadi bila ana teropong diri sendiri, maka timbullah kesedaran yang diri yang jahil ini bukanlah dari golongan sufi pun. Baru nampak jalan je...insyallah akan cuba laluinya dengan izin Allah. Doakan ana.
Mereka yang beramal dengan amalan berkhodam ni dikhuatiri akan terjerumus dengan syirik khofi kerana secara halus mereka beramal kerana sesuatu yang selain Allah t.a. Apa yang lebih menyukarkan adalah amalannya tidak pun bercanggah dengan syara', bahkan bila berbicara banyak berkisar tentang hal-hal keagamaan. Mereka tidaklah terlibat dengan maksiat secara dzohir sebaliknya secara bathin (maksiat hati).
Jadi dari dapatan ana ini (setelah sekian lama mencari & mungkin pun masih belum sempurna & lengkap) & dikesempatan ini, suka ana mengingatkan diri ini utamanya agar kembali semula ke pangkuan Allah s.w.t. & bergantung harap sepenuhnya kepadaNya.
"Wahai Ibnu Muhammad, kembalilah kamu semula kepada Allah & bergantung haraplah kamu sepenuhnya & hanya kepadaNya dalam setiap urusan kamu. Berusahalah untuk mendapat rahmat, margfirah & kasih sayangNya. Kelebihan keduniaan tidak berkekalan & tiada nilai di sisi Allah. Perbaikilah dirimu, bersihkanlah diri & hatimu dari sifat-sifat mazmumah (keji), bermujahadahlah mendidik hawa nafsumu & tanamlah segala sifat-sifat kehambaan dalam hatimu di hadapan Allah Azza wa Jalla. Sesungguhnya itulah jalan kebenaran." (nasihat buat diri sendiri)
Wallahu a'alam bis sowab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan