Bila sampai ke Hadrat Ilahi, Allah s.w.t. mendedahkan segala kekurangan dan kecacatan amal hambaNya itu sehingga roh yang soleh tersebut terasa punah segala harapannya dan begitu kerdil dan lemah sekali berhadapan dengan kesempurnaan Allah s.w.t. Dalam keadaan begitu Allah s.w.t. sebaliknya memberitahu bahawa Dia telah mengampunkan segala kesalahan dan menyempurnakan segala kekurangan yang ada pada hambaNya yang soleh tersebut. Sungguh luas rahmat & keampunan Allah s.w.t.... Ketika itu jua, hilanglah segala kegundahan lalu bertukar menjadi gembira yang amat sangat.
Dengan kata lain, walaupun para malaikat sudah berpuas hati dengan amalan seseorang yang soleh itu, sehingga dapat menembusi kesemua pintu-pintu langit sampai ke Sidratul Muntaha dan juga 'Arasy Ilahi, namun di sisi Allah s.w.t. masih lagi ada kecacatan dan kekurangan pada amal hamba-hambaNya. Demikianlah cermat & telitinya Allah s.w.t. dalam perhitunganNya, sebelum seseorang hamba yang soleh itu layak mendapat kurniaNya dan memasuki syurgaNya.
Oleh itu sama-samalah kita renungi (utamanya diri ana ini), bahawasanya untuk mendapat redho Allah s.w.t. bukanlah suatu perkara yang mudah & remeh.
Imam Al-Ghazali pernah meriwayatkan bahawa ada seseorang telah bertemu dalam mimpinya dengan Yahya ibn Aksam, seorang alim yang merupakan guru kepada Imam Al-Bukhori. Dalam pertemuan itu, Yahya ibn Aksam ditanyanya, "Apakah yang Allah t.a. lakukan terhadapmu?"
Lalu Yahya ibn Aksam menjawab, "Ketika aku berada di hadapan Hadrat Yang Maha Suci, lalu Allah s.w.t. memanggilku, "Wahai ulama yang jahat, kamu buat itu dan ini, kesemuanya adalah perbuatan jahat."
Jawab Yahya ibn Aksam, "Bahwasanya aku mendengar satu Hadith daripada Zuhri, dan Zuhri mendengarnya daripada 'Ammar dan 'Ammar mendengarnya daripada 'Urwah dan 'Urwah mendengarnya daripada 'Aisyah dan 'Aisyah mendengarnya daripada Nabi s.a.w. dan Nabi s.a.w. mendengarnya daripada Jibril a.s. dan Jibril a.s. mendengarnya dari Allah s.w.t. Hadith tersebut berbunyi, "Sesungguhnya Aku (Allah) merasa malu hendak menyiksa seorang yang sejak mudanya sehingga ke hari tuanya dalam keadaan taat dengan Islam." Maka apabila aku bacakan Hadith tersebut, aku pun mematuhi apa yang Engkau kehendaki, aku tidak pernah syirik kepadaMu. Tetapi aku terkejut bila aku berhadapan denganMu wahai Tuhan, kerana dalam keadaan itu aku masih lagi tergolong dalam golongan ulama yang jahat. Maka jawab Allah s.w.t., "Benarlah engkau wahai Yahya dan benarlah Zuhri, 'Ammar, 'Urwah, 'Aisyah, Nabi Muhammad dan juga Jibril. Oleh itu aku ampunkan segala dosa engkau."
Setelah itu barulah tenang hati Yahya ibn Aksam.
Yahya ibn Aksam bukanlah calang-calang orang. Beliau seorang alim yang terkenal yang telah berjaya mendidik seorang murid agung seperti Imam Al-Bukhori, tapi ketika berhadapan dengan Hadrat IIlahi, dia diseru sebagai ulama yang jahat. Maka cuba bayangkan nasib kita (terutamanya ana) yang hidup bercampur-baur antara toat & maksiat, dosa & pahala, baik & jahat....bayangkanlah....Allahu...Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan