Selepas menamatkan kursus KPLI di Maktab Perguruan Teknik Cheras, ana telah ditugaskan ke SMK Merapoh. Mula bertugas pada 2 Januari 2004 dengan mengajar subjek English & Lukisan Kejuruteraan.
Masa kat SMK Merapoh tu ana telah ditemukan dengan seorang guru vokasional, Cikgu Wan Zil Aman namanya. Dia merupakan super senior ana dalam PSSTS. Dia merupakan salah seorang ahli PSSTS yang telah ditauliah (tauliah guru) untuk mengajar & bukak gelanggang oleh Arwah Ayoh Suh, tapi bukan di Kelantan (kerana menghormati Guru Utama PSSTS yang berpusat di Kelantan).
Jadi melalui dia ana mendapat sedikit lagi tambahan maklumat tentang PSSTS. Kami seringkali bermuzakarah. Bahkan dia bersungguh mengajak ana untuk bersama dia dalam mengajar & berlatih PSSTS. Ana berkesempatan sparing dengan beliau pada suatu hari semasa menziarahinya di Pagar Sasak. Ekoran dari itu, beliau bersungguh-sungguh mengajak ana jumpa dengan Abang Aziz untuk mendapatkan ijazah & seterusnya tauliah sebagai guru. Awalnya ana menolak kerana dah lama mengabaikan PSSTS, tapi setelah berkali-kali diajak, akhirnya ana telah pergi berjumpa dengan Abang Aziz. Alhamdulillah pada waktu itu ana telah diijazahkan & ditauliahkan sebagai Guru dalam PSSTS. Tapi sebagaimana juga Cikgu Wan Zil Aman, ana hanya dibenarkan mengajar di luar Kelantan sahaja sebagai menghormati Guru Utama, melainkan mendapat izin terlebih dahulu.
Cikgu Wan Zil Aman telah membuka gelanggang di Kampung Petola, dekat Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Setelah berkali-kali mendapat jemputan dari beliau ana akhirnya ke sana pada suatu malam untuk menunaikan hajatnya. Beliau meminta ana mengajar tentang ilmu nafas, tafakkur/tahanuth bahkan juga bermuzakarah tentang asas ilmu tasawwuf (sekadar yang ana telah belajar & ketahui je).
Setelah beliau bertukar sekolah sehinggalah sekarang ana dah lama tak berhubung dengan dia. Dulu ada juga jarang-jarang. Perjumpaan terakhir di Pagar Sasak akhir tahun lepas tak silap ana, semasa ana diminta untuk merawat seorang budak lelaki yang mengalami gangguan setelah kematian ayahnya.
Walaubagaimanapun ana sangat berterima kasih kepada Cikgu Wan Zil Aman kerana dia telah Allah t.a. jadikan sebab bagi ana diijazah dan ditauliahkan sebagai guru dalam PSSTS setelah sekian lama dalam PSSTS (walaupun tak aktif). Segala usaha & jasa baik beliau hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya.
Wallahu a'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan