Lanjutan ceritanya, selepas ana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT kat Manjong, Perak awal 90an, ana telah meninggalkan gelanggang PSSTS di Taman Koperatif, Tanjung Chat, Kota Bharu. Sebenarnya pada masa tu ana dah lama dah tak beramal dengan amalan PSSTS maupun bersilat, lantaran masalah yang ana kemukakan sebelum ni. Semuanya kerana mengambil jalan selamat, tak nak terlibat dengan sebarang amalan atau keilmuan yang ada campur-tangan atau menggunakan khodam jin, walaupun ianya belum pasti PSSTS betul-betul terlibat.
Semasa kat IPT tu, biasalah petang-petang kekadang tu ana merasa sangat bosan. Ana tak minat bola ke...hoki ke... Jadi kekadang petang ana "jogging" dengan beberapa member rapat (seusrah) keliling bandar Manjong. Selain dari aktiviti "jogging", lantaran kerana kebosanan yang amat sangat bila member semua ada urusan sendiri atau malas nak "jogging", ana bersilat sorang-sorang kat bilik (setelah sekian lama tinggal).
"Subhanallah...! Buleh bersilat lagi ruponya aku...padahal lamo doh tok bersilat nih" kata hati ana masa mula-mula buat gerak silat. Jadi lepas dari kejadian tu, setiap kali kalu tiada aktiviti yang nak d buat belah petang ana bersilat sorang-sorang. Sihat apa riadhah..berpeluh gak!
Nak dijadikan cerita suatu hari tu ada member datang bilik, dia terkejut tengok ana dok bersilat sorang-sorang. Dia tunggu sampai habis. Lepas tu dia bagitau ana yang dia berminat gak nak bersilat dan mintak ana ajarkan dia. Terkejut ana! Ajar?
Ana terangkan kat dia kedudukan ana dalam silat macamana ana belajar dulu, kaedah dan konsepnya lebih kurang serta apa-apa yang berkaitan yang ana ingat & tahu. Ana juga katakan yang ana bukannya guru, tak layak pun, tak mahir, takde tauliah dan macam-macam lagi, tapi dia mendesak. Sehingganya ana pun tak tahu nak buat macamana. Manala...ana reti nak terima murid. Bersilat pun tah ok tah idaknya...malu pulak terasa.
Akhirnya kerana desakan beliau, ana suruh je dia buat solat hajat, doa minta dengan Allah s.w.t. Kan Dia Maha Alim lagi Maha Mengetahui segala sesuatu. Dah nak bersilat sangat mintak kat Dialah. Tapi ana ajarlah doanya. Bukan apa pun doa mintak pandai bersilat la... Member tu mengangguk-angguk je dengar penjelasan ana. Tah faham ke tah idak dia, tak la ana kesah sangat sebab ana bukan niat nak mengajar dia pun.
Keesokan harinya bila kami jumpa, dari jauh dia tersenyum. Ana tengok semacam je kawan aku nih. Pastu dia berbisik kat ana..."Dah dapat dah." Ana tanya, "Dapat apa?" Dia jawab, "Dah dapat dah bersilat. Tapi tak la lawa gerakannya macam kau." "Biar betul Li?" ana dengan nada agak terkejut. Mau tak terkejut, ana dulu nak dapat bersilat, ada beberapa proses kena lalu, ni member ni...senang je bunyinya. "Aku buat macam yang kau ajaq la. Solat hajat pastu doa minta ngan Allah. Pastu doa mintak gerak silat." balasnya balik. Ana termenung panjang. "Betullah mintak dengan Dia, kalu diizinkan dapatlah. Apa masalahnya pulak. Kan Allah s.w.t. suruh mintak dengan Dia kalau nak apa-apa sahaja dari keperluan dunia ni, lebih-lebih lagilah keperluan akhirat (teringat apa yang pernah didengar masa usrah & kuliah agama kat surau). Takde pulak Suhaili ni buat benda-benda yang salah untuk bersilat. Solat hajat & doa je...erm..."
Jadi untuk kepastian ana mintak dia bersilat depan ana (kat dalam bilik la kan). Ok apa! Lepas dari peristiwa tu, kami biasa bersilat bersama, tapi tak sparing la (rasanya la) sebab ana bukannya mahir atau guru dalam silat ni. Saja riadhah nak sihatkan badan. takut jadi apa-apa nanti susah.
Jadi dari peristiwa tu perspektif ana tentang PSSTS mula berubah, iaitu kalau nak apa-apa doa je dengan Allah s.w.t. kalau ada rezeki dapat la yang dihajati, kalau tak, adalah...Allah t.a. Maha Mengetahui apa yang baik bagi hambaNya. Tak ke gitu?
Wallahu a'alam bissowab.
salam ustaz boleh ajar ke doa mustajab tu....dan solat hajat
BalasPadamsalam, pengalaman sy sendiri, wlpn lama tak amal, sy masih boleh bersilat, tp sy pelik, tiap kali marah mesti rasa kuat semacam je. apa komen Ustaz.
BalasPadam