السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

19 September, 2010

KHUTBAH SHEIKH MOINUDDIN CHISHTI r.a.

Cintalah semua orang dan janganlah membenci sesiapa pun.

Merasa senang dengan ucapan-ucapan sahaja, tidak mendatangkan manfaat. Berbicara tentang keTuhanan dan keagamaan dalam kata-kata sahaja, tidak akan membawamu ke mana-mana.

Timbulkanlah semua kuasa yang terpendam dalam dirimu dan dzohirkanlah kegemilangan dirimu yang hakiki itu. Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan. Taburkanlah bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu di mana sahaja kamu berada dan ke mana jua kamu pergi.

Jadikanlah dirimu api kebenaran yang menyala-nyala. Jadilah bunga cinta yang semerbak indah. Jadilah ubat kedamaian yang menyamankan. 

Dengan cahaya kerohanianmu, hapuskanlah kegelapan kejahilan. Padamkan api permusuhan dan peperangan. Sebarkanlah kedamaian dan keharmonian di kalangan manusia.

Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan bantuan daripada sesiapa melainkan ALLAH. Jangan kamu pergi kehadapan pemerintah. Jangan menolak dari membantu fakir miskin, janda dan anak yatim jika mereka datang  ke pintu rumahmu.

Inilah tugas dan misi kita, berkhidmat kepada manusia. Laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani, agar saya sebagai Mursyid, tidak terasa malu tentang kekuranganmu dihadapan ALLAH s.w.t. dan di hadapan mursyid-mursyid kita yang terdahulu dalam salasilah Sufi di Hari Pengadilan.


Maqam Sheikh Moinuddin Chishti di Maqbara

# Khutbah ini disampaikan kepada murid-muridnya sebulan sebelum beliau kembali ke rahmatullah-Petikan dari Kitab Al-Tibbur Ruuhis Suufi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan