Proses Penurunan
Setelah roh diciptakan di Alam Lahut, maka iannya diturunkan ke Alam Jabarut dan dibalut dengan Nur Jabarut yang dipanggil Roh Sulthoni. Kemudiannya diturunkan lagi ke Alam Malakut dan dibalut dengan Nur Malakut yang dikenali dengan Roh Ruhani. Selanjutnya diturunkan lagi ke Alam Mulki dan sekali lagi dibalut dengan nur, iaitu Nur Mulki yang disebut sebagai Roh Jismani. Akhirnya ALLAH S.W.T. mencipta jasad dari Mulki (tanah/bumi). Setelah wujudnya jasad, maka ALLAH S.W.T. memerintahkan roh agar masuk ke dalam jasad, lalu roh pun masuk.
Ketika roh berada di dalam jasad, roh lupa pada perjanjian sebelumnya di Alam Lahut, iaitu bilamana ALLAH S. W. T. bertanya, "Alastu birobbikum (Bukankah AKU ini Tuhanmu)?" Roh menjawab, "Balaa syahidna (Bahkan! Engkaulah Tuhan kami." Kerana roh sudah lupa, roh tidak dapat kembali ke tempat asal iaitu Alam Lahut. Dengan kasih sayangNYA, ALLAH S.W.T. telah menurunkan kitab-kitab sebagai peringatan tentang hari pertemuan antara ALLAH dengan sekalian arwah di Alam Lahut. Namun sedikit sekali yang sedar dan kembali serta berkeinginan..rindu dan sampai ke kampung halaman asal manusia.
Wallahu a'alam.
Macam dari kitab sirrul asrar?
BalasPadam