السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

10 November, 2010

DETOKSIFIKASI (MENEUTRALKAN RACUN)

Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Bebaru ni, lepas ana guna Ihtazzat Strap-On yang ana beli dari Saudara Najib (promosi sikit Najib!) selama seminggu, ana dapat lihat hasilnya (walaupun ada yang kata perubatan menggunakan kaedah ni non-Islamik sebab takde dalil Al-Quran & Al-Hadith). Apa yang berlaku setelah 3 hari guna adalah tindakbalas yang dikenali sebagai healing crisis di mana kaki kanan ana berasa sakit. Kemudian selepas lebih kurang seminggu, kaki kiri ana pula yang sakit, macam kena gout. Padahal ana tak pernah kena sebelum ni. Hehehe...nampaknya semua yang terpendam mula "timbul". Kaki kiri ana sakit sampai ana jalan pun terhencot-hencot ke sekolah. Ramai rakan guru tanya kenapa.


Disebabkan sakit & agak bengkak, ana pun malam tu terus buat bekam (sendiri buat). Keluar darah merah kehitaman & berbuih-buih. ALLAHU Robbi...banyak toksid & angin dalam darah ana ni rupanya. Selalu bekam orang je...ha malam tu bekam diri sendiri. AlhamduliLLAH lepas bekam sakit semakin kurang & kaki kiri ana semakin pulih. Hari ni, dah ok dah. Najib ada tanya khabar ari tu...hehehe. Jadi lanjutan dari tu ana mula terfikir untuk melakukan detoksifikasi. Banyak toksid dalam badan nih.



Darah yang keluar berbuih-buih.





Apa tu detoksifikasi?


Detoksifikasi atau peneutralan racun dalam tubuh badan adalah sangat penting dilakukan. Tubuh kita menghasilkan pelbagai jenis enzim yang diperlukan oleh badan bagi melaksanakan berbagai fungsi metabolisme namun dalam jumlah yang terhad dan antaranya adalah proses pencernaan makanan. Apa yang menjadi masalahnya adalah tubuh badan kita tidak akan menggunakan enzim-enzim ini apabila makanan yang kita makan masih lagi mengandungi enzim.


Keadaan tubuh badan yang berterusan menggunakan enzim-enzim ini akan menyebabkannya kehabisan tenaga, dan ini akan menyebabkan berlakunya pula radang pankreas. Pankreas merupakan organ dalaman yang penting dalam menghasilkan enzim-enzim pencernaan dalam usus kecil. Oleh itu, sebarang gangguan pada pankreas boleh menyebabkan pencernaan terganggu atau menjadi tidak lancar dan tubuh pula menghasilkan semakin banyak bahan yang beracun.





Di sini suka ana berkongsikan salah satu ramuan herba yang baik untuk meneutralkan racun  dalam tubuh;


Pokok Kunyit Hitam/Temu Hitam
Pokok Terung Pipit

  1. 25g Temu Hitam/Kunyit Hitam (Curcuma Aeruginosa)
  2. 30g Terung Pipit (Solanum Tarvum
Keduanya direbus dengan air sehingga tinggal 1/3 lalu disaring dan diminum hangat.



Perkongsian oleh Yolianagsih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan