السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

09 November, 2010

BERSAMA MURSYID

Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Bebaru cuti Deepavali, ana berkesempatan balik ke Kota Bharu (tumpang member). Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA dapat juga ana menghadiri Majlis Zikir Perdana bersama Dato' Syeikh Murtaza, Murabbi Tarekat Ahmadiyyah Idrisiyyah dari Negeri Sembilan yang diadakan di Surau Haji Awang, Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan.


Ustaz Shaari bersama Dato' Sheikh Murtaza

Para ikhwan mengambil peluang untuk bersalaman dengan Dato' Syeikh Murtaza

Syeikh Wan Al-Kutani & Syeikh Abdul Quddus sebuk merakam gambar. 


Banyak ilmu, pesanan, amalan-amalan yang disampaikan oleh Dato' Sheikh Murtaza kepada ikhwan tareqat sekalian yang hadir. Sesuatu yang sangat bernilai bagi ana dalam kesempatan yang cukup terhad ini. Apa yang disentuh oleh beliau antaranya adalah berkenaan mujahadah dalam bertareqat dan juga pengijazahan amalan Ayat 33. Alhamdulillah. Pasal Ayat 33, ni dah kali yang ke-5 ana menerima ijazahnya & semuanya dari guru yang berbeza dengan sedikit sebanyak bezanya.

Wallahu a'alam....suatu pengalaman yang tak dapat ana lupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan