السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

09 November, 2010

MERAWAT SEKELUARGA DI JERTEH

Bebaru ni, hari Jumaat di mana orang-orang India sibuk beraya, ana berkesempatan ke Jerteh (lama dah tak jejak kaki kat sana), Terengganu kerana memenuhi hajat seorang sahabat kepada adik ana yang tinggal di sana. Sahabat adik ana ni (ana namakan En. J je), isterinya mengalami sakit mata kronik. Kekadang tu air mata mengalir tak berhenti dan matanya sakit sehingga kebanyakkan bulu matanya habis gugur.

Ana bersama Wan Al-Kutani, adik ana & anak lelaki ana sampai ke sana lebih kurang pukul 10 lebih. Kehadiran kami sememangnya telah dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga. Dalam berkenal-kenalan & beramah mesra, Wan mendapat kejutan, bila En. J kenal & sangat rapat dengan salah seorang guru kepada Wan yang telah lama beliau cari & terputus hubungan. SubhanaLLAH....ALLAH temukan (macam jejak kasih lak) Wan dengan orang yang ada hubungan dengan gurunya yang telah lama menghilangkan diri tu. Wan telah ambik nombor handset gurunya tu dari En. J. Mudahan hubungan antara murid & guru kembali terjalin. Nama guru Wan tu Ustaz Yasad & sekarang ni katanya sudah membuka madrasah di Gunung, Bachok, Kelantan. Sebenarnya ana & Wan pernah mencarinya dulu di Tumpat, tapi tak berjumpa.

Kemudiannya sesi rawatan dimulakan dengan ana menjampi bahan-bahan untuk mandian seperti limau nipis, bungaan & air. Setelah itu ana minta pesakit mandi. Sementara menunggu pesakit mandi, ana merawat pula adiknya. Tiada masalah serius, alhamduliLLAH. Mana-mana yang ada, ana tarik & buang je (tu je yang ana reti).

Setelah pesakit utama selesai mandi, rawatan diteruskan. Semasa ana menjampi, pesakit tetiba bereaksi & menangis. Selepas beberapa ketika, keadaannya kembali tenang. Semasa proses tarik & buang, ada sedikit tentangan bilamana pesakit merasa sakit yang amat sangat pada bahagian pangkal peha kanannya. Dalam keadaan sedemikian Wan membantu ana menghancurkan & menolak "penyakit" tersebut keluar melalui kaki pesakit. Rawatan ditangguh dengan ana & Wan "memagar" pesakit disamping memberikan sedikit sebanyak nasihat & amalan untuk diamalkan.


Anak ana yang mengikuti ana merawat di Jerteh. Bergambar di Masjid Besar Jerteh.


Kami berhenti rehat dengan solat Jumaat di Masjid Besar di bandar Jerteh & makan tengahari di rumah En. J. Setelah rehat seketika, rawatan disambung pula dengan adik bongsu pesakit. Sekali lagi, alhamdulillah tiada kes serius. Ana tarik & buang je. 

Memandangkan waktu dah hampir Asar, kami terpaksa tangguhkan walaupun ada ahli keluarga En. J yang mahu mendapatkan rawatan. Dah lewat dah ni, dari pagi lagi sampai Asar. Anak ana pun dah bosan dah, lama sangat katanya. InsyaALLAH lain kali pula jika diizinkanNYA. Mudahan pesakit sekeluarga semakin pulih & sembuh...aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan