السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

13 November, 2010

PROGRAM ASAS PEMBANGUNAN KUASA MINDA & MENGETAHUI POTENSI DIRI MELALUI TARIKH LAHIR

Alhamdulillah semalam dapat juga ana kendalikan program yang terakhir bagi tahun ni, iaitu Program Asas Pembangunan Kuasa Minda & Mengetahui Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Merapoh sendiri yang merupakan salah satu program anjuran Unit Bina Insan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam & Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Merapoh. Ana telah dilantik oleh pihak pentadbir bagi tahun ni menjadi S/U Unit Bina Insan setelah tahun sebelumnya kurang memberangsangkan dalam tugasan sebagai S/U Disiplin (pening jadi S/U Disiplin ni...tertekan je keadaannya).

Tuan Pengetua sedang bersemangat berceramah.

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang terlibat sedang
khusyu' mendengar penerangan dari penceramah

 


Para pelajar sedang bermeditasi...kembara minda.

Pengetua sedang memberikan penerangan tentang cara
mengira tarikh lahir bagi mengatahui potensi diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan