Alhamdulillah...pada hari ni, penghujung sudah sesi persekolahan bagi tahun 2010 ini. Hari ni sibuk sedikit dengan urusan akhir di sekolah. Pagi tadi sesi pemakluman guru-guru yang dapat bertukar ke destinasi yang dipohon masing-masing. Ana & beberapa rakan yang tidak dapat bertukar agak bermuram durja sikit, sama macam tahun-tahun sebelumnya juga. Setelah tujuh tahun kat sini & dah beberapa kali pohon dah, masih tidak berjaya lagi. Alasannya yang diberi oleh pihak-pihak yang berkenaan adalah kerana ana mengajar subjek kritikal, iaitu Lukisan Kejuruteraan yang mana hanya dapat bertukar jika ada penganti je atau tukar suka sama suka (atau bila ana mati, sudah tentu akan dicari penganti). Ada ke yang sudi & suka untuk tukar dengan ana ni??? Pegawai dari PPD ada gak perli, "Pencen kat sini la cikgu..".
Hehehe...cakap senang la...demo tok raso susoh & penderitaan ana & keluarga, terutamanya anak-anak ana 4 orang yang masih kecil-kecil dan memerlukan kasih sayang & bimbingan ana. Hampir tiap hari telifon tanya, "Bila Abah nak tukar & bila Abah nak balik Kelantan, kami rindu Abah." Ni bila tahu keputusan ni sekali lagi mereka semua kecewa. "Abah tak dapat bersama kita lagi... Abah berhenti la jadi cikgu, cari kerja kat sini la. Boleh dok sama-sama. lagipun rumah baru dah siap dah kat Machang tu." Sedih je dengar. Dan memang akhir-akhir ni semakin kuat desakan jiwa ana untuk tukar profesion. InsyaAllah balik cuti ni nak survey. Jadi sapa-sapa yang boleh bantu ana sekeluarga, sangat-sangat ana alu-alukan.
Ana kerja sebab nak mencari nafkah halal buat keluarga kerana ALLAH t.a. Tapi jika dengan kalut bekerja sehingga keluarga ana sendiri pun dah jadi huru hara & lintang pukang, anak-anak pula tak mendapat bimbingan, kasih sayang & didikan secukupnya, ana rasa tak de maknanya kerja yang ana buat tu. Tu yang akhir-akhir ni asyik dok pikir nak cari kerja lain je. Tambahan Pengetua ana pun selalu cakap, kalu dah rasa tak boleh berkhidmat sebagai guru, banyak masalah peribadi & keluarga tak dapat selesaikan dengan baik (sebab dok berjauhan), berhentilah dari jadi guru. Erm..betul gak kata Pengetua ana tu. Semenjak dari kata-katanya yang pertama dulu lagi ana dah mula fikir untuk berhenti jadi guru satu masa nanti & buat kerja lain.
Oh ye! Habis bab sedih, masuk pula bab pengalaman hujung minggu baru ni. Ahad baru ni pun ramai yang datang nak berubat dengan ana. Maklumlah dah nak cuti. Dari tengahari sampai ke lebih kurang 11:00 malam. Anak lelaki ana sampai kelaparan, tak sempat memasak. Mujurlah ada lagi sedikit saki baki biskut & roti sandwich, dapat juga la dia alas perut. Kalau tak susah juga nak merawat, dia asyik merengek lapar dan ajak pergi makan kedai je, sedangkan pesakit dok menunggu. Alhamdulillah & terima kasih juga kepada pesakit ana & keluarga mereka yang memahami masalah ana yang dok dua beranak je kat kuarters guru ni dan ajak & belanja ana & anak lelaki ana yang kelaparan tu makan tengahari & makan malam, walaupun dah agak lewat dari waktu biasanya. Inilah keadaannya barangkali kali jadi perawat sepenuh masa...waLLAHU a'alam.
Kes pertama, pesakit dari Raub. Dikatakan masalah lumpuh kerana disihir. Alhamdulillah nampaknya keadaannya semakin beransur baik, walaupun tak banyak sangat perubahannya.
Kes kedua, pesakit kecil, anak kepada seorang ustazah kat sekolah ana. Matanya sakit, merah & berair. Dah ke klinik & mencuba beberapa jenis ubatan, tapi tiada kesan positif. Ana ikhtiar je dengan batas ilmu yang ada ni. Kemudiannya mak saudara budak tu pula minta di"scan". Nak jadi cerita, bila di"scan"...tak sempat buat apa sangat pun terus mendengus & kemudiannya menangis dan akhirnya menjerit-jerit sampai jiran ana pun kalut jadinya. Ialah mana tak kalut dah dekat Maghrib dah. Masuk maghrib ana tangguh dulu, pergi solat dulu, pastu sambung. Rawatan berlangsung sampai lepas 'Isya'. Rawatan ditangguh dengan meminta pesakit bawakan ana limau keesokkan harinya untuk buat mandian. Lagipun ada pesakit yang dah buat appoinment lepas 'Isya', yang ana "scan" ni tak buat appoinment. Jadi kena jaga janji kita dengan orang.
Kes keempat, masalah awalnya sama macam yang di"scan" sebelumnya, tapi alhamdulillah tiadala nangis-nangis & jeritan yang mengerikan. Biasa je. Yang ketara ialah masalah fizikal. Tulang belakang dia cedera. Ana cadang dia pergi buat rawatan kiropraktik. Apsal ana tak buat? Yela pompuan...baik cari perawat pompuan la. Kan tak pasal-pasal jadi fitnah, dah la ana dok membujang kat Merapoh ni dgn seorang anak lelaki je sebagai peneman. Tak ke haru nanti.
Wallahu a'alam.
Jadi dikesempatan ini, walau dalam kesedihan tak dapat bertukar, suka ana ucapkan salam Hari Raya 'Aidil 'Adha & Selamat bercuti sekolah kepada para pembaca budiman sekalian. Doakan kami sekeluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan