KH Dr. Dhiyauddin Qushwandi (pewaris Wali Songo) & Ustaz Saari (Khalifah Tareqat Ahmadiyyah Idrisiyyah) |
Di puncak Bukit Panau...katanya ada maqam misteri, wallahu alam. |
KH Dr. Dhiyauddin ada menceritakan bagaimana beliau mendapat amalan Selawat Adzhimiyyah. Di kala itu beliau sangat merindui Rasulullah S.A.W. Sewaktu berada di Madinah, Syeikh Alawi Al Maliki telah mengijazahkan beliau dengan selawat yang mulia tersebut. Setelah mengamalkan selawat tersebut, rindunya terubat bilamana beliau bermimpi bertemu dengan Baginda Rasulullah S.A.W.
Pewaris Wali Songo ini juga berpesan agar diperbanyakkan membaca Selawat Adzhimiyyah kerana Sidi Ahmad Idris dikatakan mempunyai Miftah (Kunci Pembuka) dan Mirlak (Kunci Penutup). Kunci-kunci tersebut adalah Tahlil Al-Makhsus, Istighfar Khabir, Selawat Adzhimiyyah dan juga Kitab Ahzab. Beliau juga adalah mubasyirah (pemberi khabar gembira) untuk ummat akhir zaman.
Beliau juga mengatakan adalah agak sukar menjadi mursyid yang sebenar pada zaman ini dan dalam tareqah ini (Tareqah Ahmadiyyah Idrisiyyah), Rasulullah S.A.W. adalah mursyidnya. Melalui selawat yang jami' iaitu Selawat Adzhimiyyah yang mempunyai makna berkumpulnya roh di antara pembaca dan Rasulullah S.A.W....oleh itu Tareqah Ahmadiah ini mursyidnya adalah Rasulullah S.A.W. sendiri. Begitupun adanya para mursyid pada hari ini, mereka telah menghiwalahkan (memindahkan) kepimpinan mereka kepada Rasulullah S.A.W. kerana ini adalah perjanjian Sidi Ahmad Ibni Idris dengan Rasulullah S.A.W. agar memindahkan penjagaan dan jaminan pengamal tareqah ini kepada Rasulullah S.A.W.
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
BalasPadamAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.