السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

19 April, 2012

KLINIK "FULL" PAGI NI!

Sekadar gambar hiasan...

Pagi tadi, ana dikejutkan dengan satu panggilan dari Cikgu Yong. Katanya ada seorang pelajar lelaki pengsan dalam kelas. Sekejap saja dah berusung di depan klinik sekolah. Pelajar yang sedia ada terpaksa dipindahkan ke bilik B&K, sebab katil yang disediakan hanya satu sahaja. Pelajar yang sedia ada tu pada pandangan ana mengalami masalah urat saraf, walaupun ada bomoh yang sebelum ni yang merawatnya mengatakan yang dia terpijak sesuatu kat asrama...wallahu a'alam. Dengan ilmu yang tak seberapa ni, maka di luar kemampuan ana untuk menentukan sebegitu apatah lagi menyatakan sedemikian. Apa yang ana perhatikan ianya lebih kepada masalah fizikal. Tah! Nampaknya banyak lagi yang ana perlu pelajari sekiranya ana mahu kekal dalam dunia perawatan & perubatan Islam ini. Lautan ilmu Allah S.W.T. cukup luas untuk diterokai...

Pelajar lelaki tersebut nampaknya mengalami masalah kurang tidur & rehat, sistem tubuh badannya jammed. Masa jamah nadinya berdenyut kencang sekali. Katanya sakit bahagian belakang tengkuk, rasa huyung kepalanya, sakit, pening...ditambah lagi dengan tak bersarapan pagi lagi. Jadi Cikgu Tengku dengan segera membelikan air & kuih-muih untuk mengisi perut pelajar tersebut yang kosong. Mudahan bertenaga kembali. Gitulah pengorbanan & kasih sayang guru pada pelajarnya, meskipun pelajar itu kadang-kadang antara pelajar yang sentiasa mendatangkan masalah kepada sesetengah guru & pihak sekolah. Semoga Allah merahmati guru-guru di SMK Merapoh ni... Dengan memberikan sedikit urutan pada tapak kaki, bahu & lehernya, maka pelajar tersebut alhamdulillah beransur pulih.

Belum selesai sepenuhnya menangani kes itu, ana dimaklumkan pula dengan keadaan seorang pelajar perempuan yang kerasukan...pelajar yang ana rawat baru-baru ni kerana disihir. MasyaAllah...baru pagi tadi ana tanya adiknya yang di tingkatan 3 tentang keadaan kakaknya tu. Katanya baik. Nampaknya serangan sihir bermula kembali setelah lebih kurang seminggu rasanya reda. Tapi semalam ana pun dapat alamat...pukul 12 lebih ana terjaga dari tidur...macam serangan sebelumnya. Tu yang ana tanya keadaan dia pagi ni tu. 

Setelah berikhtiar sedaya mungkin, akhirnya jin tersebut sedia menerima tawaran ana & meninggalkan jasad pelajar tersebut. Dari negotiation yang dibuat, ana menawarkan jin tu perlindungan & keselamatan dari 'tuannya'. Ana lihat, jin tersebut tersepit, anta melaksanakan perintah tuannya dengan kesakitan dirukyah dengan Kalamullah. Memang pada awalnya dia degil, namun akhirnya jin tersebut sedia berkerjasama. 

Dari dialog ringkas yang terjadi, jin tersebut menyatakan yang dia diikat pada lutut/kaki kiri pelajar tersebut. Jadi ana bukakan ikatan tersebut, alhamdulillah terlepas dia & sebelum keluar ana menyuruhnya mencabut segala bahan-bahan yang dibawa bersama untuk menyakiti & meyiksa mangsa. Akhirnya ana menariknya keluar & menghantarnya ke tempat yang selamat baginya biiznillah. Sebaik saja jin tersebut keluar, pelajar tersebut kembali sedar...syukur dipanjatkan kepada Allah Robbul Jalil kerana menyelesaikan masalah yang terbentang dengan baik & selamat. Alhamdulillahi ala kulli haal...

Setelah selesai merawat pelajar tersebut, ana dipanggil pula ke bilik B&K kerana ada seorang lagi pelajar siswi yang tinggal kat asrama pengsan. Pelajar tersebut juga pernah dirawat ana beberapa kali...dan keadaan dia agak berbeza. Ana lebih nampak kepada masalah kejiwaan...lebih kepada pendaman perasaan yang akhirnya mencetuskan reaksi yang negatif...wallahu a'alam. Jadi ana rasa ada baiknya kaunselor sahaja yang menyoal siasat masalah pelajar ni. Pernah jumpa beberapa pelajar yang bermasalah sedemikian...tapi yang ni agak parah nampaknya. Semoga Allah S.W.T. dengan kasih sayangNya membantu menyelesaikan masalah pelajar ni dengan bimbingan kaunselor...aamiin. 

Allahu akhbar....pagi ni 'full' kejap klinik sekolah...hampir-hampir serentak pulak tu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan