Pagi semalam semasa sedang bersarapan di kedai Kak Norma, pandangan ana tertarik pada seorang lelaki tua yang baru je duduk kat meja sebelah. Kelihatan bermuram durja sahaja…sehingga ana pun turut dapat merasa kedukaannya.
“Tok! Lamo doh tok jupo dio…bakpo Tok sedih & muram semacam jah ni?” bicara hati ana.
Ana tegur & mengajak Tok untuk sama-sama bersarapan dengan kami. Dengan lemah langlai Tok bangun & menghampiri meja kami & duduk di sebelah ana.
“Lamo tok jupo. Nok gi kebung ko?” tanya ana.
“Dok…Tok tok cekak doh nok wak kerjo. Lamo doh tok wak kerjo…Tok tok sihak mano loni. Sakik sokmo. Ni demae ni…tapi usoho gok gi cari batu nesan utk Wan. Tak dok batu nesan lagi. Takdok sapo caro… Keno kito jugok wak sakik-sakik pun.” balas Tok dengan nada sedih. Dari raut wajah, nada suara, gaya cakap & perlakuan beliau…cukup jelas tergambar kesedihan Tok.
“Wan dah meninggal? Inna lillahi wainna ilaihi roojiuun…” kata hati ana terkejut. Ana tak tahu pun berita ni. Pagi ni baru tahu…masyaAllah…
Tok & Wan ni sepasang warga emas yang begitu ramah & mesra dengan kami sekeluarga semasa kami mula-mula datang ke Merapoh dulu. Tahun-tahun awal, kami tinggal di Kuarters JKR Merapoh, belakang Balai Polis Merapoh…dipenuhi semak samun & agak menyeramkan (kata zaujah ana masa tu). Sampai zaujah ana menangis-nangis nak balik Kota Bharu semula. Masa tu Imdadullah kecil lagi…umur 2 tahun, baru belajar nak bercakap.
Mereka sangat manja dengan Fathiyyah & Imdadullah pada masa tu. Selalu je kami diajak bertandan ke rumah mereka & selalu juga Tok menghadiahkan kami ikan-ikan sungai yang dijalanya di lombong. Macam-macam jenis ikan-ikan sungai yang diberikannya, kadang-kadang tu besar-besar. Allahu robbi…mewah makan ikan masa tu. Ada juga beberapa kali mereka ni bagi ikan pekasam…masyaAllah…menyangkut!
“Tuh! Batu nesan tu...Tok cari lombong. Molek sikik batu lombong. Tok toksir pakai tambok (belindan). Erm…lamo doh Tok tok gi lombong, duo tahun doh. Suruh ore tulih namo Wan. Ni nok gi tane kubo pah.” sambung Tok lagi menyedarkan ana dari ingatan lama...kisah mula-mula berhijrah ke Merapoh. Erm…betapa masa berlalu banyak sudah, tapi tak terasa. Erm...dua tahun dah rupanya Tok dah tak buat kerja-kerja biasa dia, ke kebun & ke lombong.
Setelah bersarapan ana ajak Imdad pergi ziarah kubur Wan bersama Tok. Imdad tak ingat…masa tu dia masih kecil. Takpelah…sekurang-kurangnya biar dia reti sedikit sebanyak menghormati orang tua, tahu apa & kenapa orang ziarah kubur, apa tu kematian…suasana perkuburan. Teringat pula cerita Tuan Syeikh Murtadzha baru ni, iaitu ziarah kubur dapat melembutkan hati. Ada seorang ayah yang ada masalah anak degil sakan, jadi beliau nasihatkan si ayah tadi agar kerap bawa budak tu ke kuburan…Alhamdulillah…akhirnya si anak tu berubah perangainya, lembut hatinya. Baarokallah…!
Sesampai di kubur Wan, ana ajak Imdad sama-sama berdoa, hadiahkan Al Fatihah & Al Ikhlas. Pastu ana bantu Tok menanam batu nesan & Imdad pula mencari batu-batu sebesar penumbuk lebih untuk disusun sekeliling kubur tersebut.
Hati ana tersentuh bila melihat Tok mencabut rumput rampai, menggali & menyusun batu-batu di kuburan isterinya dengan tersedu-sedu. Begitulah kasihnya seorang suami…membuatkan ana termenung seketika…”Aku..???” Wajah zaujah ana mula terbayang di fikiran…”Isteriku…”
|
Tok Mat sedang mengorek lubang di pusara isterinya yang dikasihi
untuk menanam batu nesan dengan diperhatikan oleh Imdadullah. |
Imdad kata, “Abah…Imdad tengok Tok nangih sakni maso kak kubur Wan. Siae ko Tok Abah dih… Sedih dio…”
“Tok sedih bakpo…dulu Tok wak gapo, gi mano semuo samo-samo nga Wan. Pah bilo Wan mati…takdok ore lagi doh yae temae Tok… Tok sore jah… Sunyi lah dio. Tu yae Tok sedih tu… Kalu Abah pun sedih…” balas ana.
Sebelum balik, ana sempat meninjau Masjid Lama Merapoh. Usang sudah… Kalu ikutkan periwayatan dari Cikgu Yong…hehehe…macam-macam cerita aneh & misteri berkaitan dengan Masjid Lama Merapoh ni. Wallahu a’alam. Apa yang pasti…semasa nak menaiki masjid tersebut, ana bagi salam & terasa suatu suasana yang aneh!!!
|
Kolah berwudu' di perkarangan masjid... |
|
Keadaan masjid yang usang... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan