السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

09 April, 2012

MAJLIS ZIKIR BERSAMA SAHIBUS SAMAHAH DATO SHEIKH MOHD. MURTADZHA

AlhamduliLLAH semalam berkesempatan bersama-sama dalam majlis yang dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato Sheikh Murtadzha di Surau Haji Awang Alim, Atas Banggol, Kota Bharu. Majlis bermula selepas Maghrib. Ana bersama Fauzi & Imdad pula terpaksa balik awal...terpaksa bertolak ke Merapoh sebaik sahaja selesai solat Isya'. Kami bertolak balik lebih kurang pukul 10:50 malam & sampai ke Merapoh lebih kurang pukul 2:00 pagi.

MasyaAllah...Ustaz Yasak pun ada gok. Lama doh nok jumpa dia...

Kumpulan qasidah...


Alhamdulillah banyak pesanan yang disampaikan oleh Tuan Sheikh buat ikhwan Ahmadiyyah disamping pengijazahan beberapa amalan. Mudahan dipermudahkan Allah S.W.T. mengamalkannya & mengistiqamahkannya...aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan