السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

05 Ogos, 2012

ADEGAN MENGEJAR!

MasyaAllah...pagi tadi ana terlibat (secara tak dirancang) dalam adegan memintas pelajar-pelajar bermasalah kat sekolah. Erm...rasanya dah lama tak mengejar pelajar ni. Adegan pertama dimulai dengan seorang pelajar yang terlepas dari tangkapan seorang guru. Beliau berlari ke arah ana, lalu ana diminta menahannya. Dalam proses tersebut pelajar berkenaan berhempas pulas mengelak dari ditangkap ana. Beliau kemudiannya lari & melompat pagar ke luar dari sekolah.

no preview 



Adegan ke dua, ana diajak oleh guru disiplin sekolah untuk pergi memantau & memintas pelajar yang sedang berkumpul & ponteng sekolah di luar pagar bahagian belakang sekolah. Kebetulan masa tu ana baru keluar kelas. Dari maklumat yang mereka ada, sekumpulan pelajar dikatakan sedang berkumpul. Kami berempat pergi dengan menaiki motosikal. Namun pelajar berkenaan telah meloloskan diri ke dalam semak berdekatan. Di belakang sekolah, dapat ana lihat batang kayu yang digunakan oleh para pelajar tersebut untuk memanjat pagar sekolah yang agak tinggi tersebut. Kemudian ana juga dapat lihat 'port' diorang yang dijadikan tempat lepak bila ponteng dari sekolah. Ya Allah...apa nak jadi dengan pelajar-pelajar ni...mensia-siakan usia remaja mereka tanpa langsung memikirkan masa depan yang tah macamana...

no preview
Sekadar gambar hiasan...

Semoga Allah dengan kasih sayangNya memberikan mereka ni, lambat bangat taufik & hidayah sebelum tiba masanya mata mereka terpejam buat selamanya.

2 ulasan:

  1. hehe...usain Bolt. Dulu Sir fakaruddin menghalau hantu-hantu berkeliaran di sini. orang biasa tak nampak ..hehe sekarang sir kejar hantu yang nampak pula. apa-apa pun tugas guru itu mulia.

    BalasPadam
  2. malas dah main kejar-mengejar ni...cuma kekadang tu dipaksa & terpaksa. tugas tu mulia, cuma kekadang tu terkilan bila diri tiada yang membela...

    BalasPadam