Semalam waktu Maghrib, untuk tah yang keberapa kali dah dalam minggu ni, warden Wadi call ana. Katanya pelajar siswi yang baru ni kena sampuk lagi.
"Aiiik!!! Kan dia balik baru ni untuk mendapatkan rawatan?" balas ana.
"Ye la...semalam dia datang balik asrama. Katanya dah ok, tapi jadi pulak nih... Sir datang eh?" bicara warden dalam nada resah.
"InsyaAllah...nanti saya ke sana." janji saya.
Setelah sedikit pesanan disampaikan kepada Imdad, ana terus berangkat ke surau asrama. Kali ni ana tak bawa Imdad. Ada tugasan lain untuk dia, iaitu agih Kitab Aqidah Islam yang rakan guru pesan kat surau kuarters lepas Isya nanti & juga menunggu kedatang anak murid ana Fauzi. Katanya nak datang menelaah kitab lepas Isya.
Sesampai kat surau, lengang je. Pelajar telah dikerah untuk solat kat dorm...yang tinggal hanya beberapa pelajar lelaki (exco kot) & rakan-rakan mangsa. Mangsa dalam keadaan menutup muka dengan "kain kanno" (kain sembahyang).
Selepas memberi salam, ana bertanyakan halnya. Erm...berat mulut la pulak budak nih...tak berjawab sangat. Terpaksa ana panggil salah seorang rakan dia untuk berbisik-bisik dengannya. Dia dalam keadaan sedar, tapi dia nampak makhluk yang dok menyakat dia. Ana suruh dia describe sikit si pengacau tu, camna rupanya & dok kat mana. Pelajar tu kata rambut panjang & berpakaian putih lusuh...macam Kak Pon. Sama dengan yang menganggu baru ni (bahkan sama dengan yang pernah menganggu beberapa tahun dulu). Katanya lagi benda tu arah dia keluar dari surau dan pergi ke tempat dia sedang menunggu.
Ana tanya, "Kata mana benda tu sekarang?"
Jawab mangsa, "Kat sekolah...kat sekolah..."
Celah ana lagi, "Yela kat sekolah tu kat mana?"
Jawab mangsa, "Kat dalam kelas...dia dok atas kerusi saya dalam kelas saya."
"Tanya dia apsal ganggu-ganggu manusia ni?" suruh ana.
"Dia kata dia nak main..." balas mangsa yang katanya dia dengar benda tu bercakap balas. Ish mengada-ngada betul Kak Pon ni.
"Cakap kat dia, kalu nak main, mainla sama-sama jin dia, tak yah la dok masuk campur dalam hal manusia." kata ana lagi.
"Dia kata tak nak main dengan sama jin, nak main dengan budak ni." balas mangsa.
"Suruh dia mari sini nok kecek kiro sikik...kata Ustaz Fakhruddin nok kecek kiro..." pinta ana.
"Dia tak nak...dia tak nak datang" mangsa menegaskan.
Ana menambah, "Kalu gitu berikan 3 alasan kenapa nak bermain dengan manusia...beri 3 alasan!"
"Dia senyap..." balas pelajar tu.
"Kalu tak leh bagi sebarang alasan, jangan nak mengada-ngada nak menceroboh alam kami, mencampuri urusan hidup kami. Allah dah tentukan puak kamu dengan alam & kehidupan kamu & kami dengan kehidupan kami. Jadi tunduk & patuhla kamu dengan apa yang telah Allah S.W.T. tetapkan." terang ana lebih kurangnya.
Teringatkan kepada kaedah yang pernah ana & Wan Al-Kutani gunakan dulu, jadi ana gunakan. Suasana cemas semacam je. Erm...kesempatan yang ada, ana beri peringatan & ingatan pada makhluk tu. mengingatkan dia yang selama ni tiada konflik yang besar berlaku & mengharapkan ia terus berkekalan demi kesejahteraan bersama. Yela selama ni boleh hidup dalam dunia/alam masing-masing, tetiba je menggatal nak bermain dengan manusia la pulak. Saje je... Pelajar tu kemudian maklumkan yang makhluk tu dah tiada..hilang dari 'pengelihatan bathin'nya. Alhamdulillah mudah-mudahan tak datang ganggu lagi dah.
Sesudah itu kami yang lelaki & beberapa pelajar perempuan termasuk si mangsa terus bersolat Isya kat surau tu. Sebelum balik ana berikan sedikit nasihat, peringat & amalan untuk diamalkan oleh para pelajar tu. Mudahan Allah perkenan melindungi mereka dari sebarang gangguan dimasa akan datang...aamiin.
Wallahu a'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan