السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

26 Mac, 2012

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN TIAF MALAYSIA KALI PERTAMA

Alhamdulillah semalam sempat menghadirkan diri kemesyuarat agung TIAF, memenuhi jemputan dari pengasasnya sendiri iaitu Al Fadhil Al Ustaz Wan Asrul Affendi. 

Ana cuba untuk hadir sehari lebih awal, tapi ada beberapa aral seperti permohonan rawatan dari dua orang warden perempuan dari asrama siswi pada pagi Sabtu. Ini semua rentetan dari kejadian rasukan yang berlaku kat asrama siswi dua kali dalam minggu lepas (selepas cuti sekolah). Keadaan panik mula menyelubungi warga asrama siswi nampaknya. InsyaAllah ana akan cuba sedaya upaya untuk merungkai permasalah ni sebelum menjadi suatu wabak & semakin parah. Apa yang menjadi masalah besar sekarang ni adalah pelbagai prasangka negatif, melampau & tidak tepat serta tidak betul yang mula tersebar di kalangan pelajar, bahkan dirisaukan juga warden-warden. Jadi ana mohon dengan rendah diri untuk membantu meleraikan permasalahan salah faham & anggapan ini sekadar apa yang ana diberi pengetahuan & ilmu tentangnya oleh Allah S.W.T. Bak kata orang tua-tua, "Bila tiada ilmu (dalam sesuatu perkara tu), kita cenderung berbuat sesuatu yang tak patut, bertindak kurang cerdik, melampau, silap & salah." Cuma apa yang dirisaukan adalah bila ia bersangkutan dengan aqidah, ibadah & agama. Na'uzibillahi min dzaalik.


Ikhwan TIAF yang ana hormati & kagumi komitment, usaha, sumbangan
& lain-lain lagi dalam menegakkan syiar Islam melalui jalan perubatan.

Setelah merawat mereka itu ana balik untuk bersiap-siap & bertolak ke Cheras, KL, tapi kepala pula berasa berat & badan mula lemah (masih demam lagi). Tak larat rasanya nak drive jauh dalam keadaan camtu. Jadi ana tangguhkan ke pagi semalam, iaitu lebih kurang pukul 4:30 a.m. rasanya ana bertolak dari Merapoh ke Bandar Tun Razak, Cheras. Bersama anak, Imdadullah. Buat teman hilang penat & mengantuk. Sepanjang perjalanan hingga ke Jeram Besu, Raub dialah yang jadi GPS. Habis signboard yang dia lihat sepanjang jalan dia bacakan. Dekat sampai Masjid Jeram Besu untuk solat Subuh...senyap sudah...tertidur dia. GPS off...hihihi.

Alhamdulillah perjalanan dilancarkanNya & kami sampai ke destinasi (dalam meredah bandaraya dalam keadaan tak tahu kebenda) dengan bantuan dari sahabat TIAF di sana. Erm...kalau ikutkan 9 tahun dulu ana belajar kat Maktab Perguruan Teknik Cheras tu. Tapi memang tak cam & tau sangat jalan-jalan kat situ. Antara sebabnya, masa kat maktab dulu jarang keluar merayau...

Gembira dapat jumpa ramai sahabat-sahabat lama, Cikgu Nuar, Paduka Jampi, Abg Mail, Ustaz Al Azhar & lain-lain lagi. 

Tahniah buat Abang Mail kerana diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Persatuan TIAF Malaysia. Kasar ke...ganas ke...lasak ke...keras ke...tegas ke...insyaAllah ana sedaya upaya akan berdiri kukuh di belakang Abang Mail....hihihi. Ana doakan agar barisan AJK PTIAFM senantiasa dalam nusroh Allah S.W.T. dalam menguruskan persatuan...aamiin.

Selepas musyawarah ana mengambil kesempatan pula menziarahi Ustaz Khir Firdaus, mudir Sek. Ren. Islam As Sofa Bangi. Alhamdulillah dengan bantuan Abang Sofi Bangi, ana akhirnya dapat juga bertemu mata dengan Ustaz Firdaus & mengambil kitab-kitab yang dikirim. Selepas tu kami bertolak balik ke Merapoh.

Dalam perjalanan balik sempat singgah di rumah Abang Mie di Taman Jelai, Kuala Lipis. Memenuhi jemputan beliau & mengambil peluang menziarahi beliau. Jazaakumullahu khairan katsiro...kepada Abang Mie sekeluarga kerana menjamu makan malam & memberi ruang kepada kami untuk berehat sekejap & solat. 

Selepas beberapa ketika, perjalanan disambung kembali & kami sampai lebih kurang pukul 11:20 p.m. kat kuarters guru Merapoh. Penat....api berbaloi insyaAllah! 

1 ulasan:

  1. Salamun 'alaik.. moga perjalanan Tuan mendapat rahmat dana barakah....

    BalasPadam