السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

22 Mac, 2012

KES KE DUA KAT ASRAMA SISWI

Malam Isnin bebaru ni, ana dikejutkan dari tidur oleh ketukan pada cermin tingkap bilik ana yang diikuti dengan suara seorang lelaki memberikan salam dengan nada suara yang agak cemas. Dalam keadaan sangat lemah, ana gagahi juga diri bangkit (demam teruk). Ana capai handset di sebelah bantal & lihat waktu yang terpapar padanya..."Erm...dah pukul 11:30 lebih ni. Apa hal ada orang cari ana tengah-tengah malam ni? Ya Allah ada kes ke pulok ni? Kat asrama doh la ho...", bisik hati kecil ana. Bukan apa, suara yang ana dengar tu ana kenal, suara saudara Wan, jaga sekolah. Jadi selalunya kalau dia datang cari, adalah kes kat asrama sekolah. Setelah menjawab salam Wan, ana mohon padanya untuk bersiap sekejap sebelum kemudiannya kami bertolak ke asrama. 


Dalam perjalanan, ana berdoa dalam hati agar Allah S.W.T. selesaikan permasalah pelajar tersebut sebelum ana sampai kerana memang ana sangat-sangat lemah rasanya. Kalau diikutkan rasa, tak larat rasanya nak membuat sebarang rawatan, tapi melihat dan mengenangkan kepada mereka yang sangat-sangat berharap kepada pertolongan ana, ana gagahi juga. Ada hikmahnya ni kenapa Allah S.W.T. datangkan orang memohon bantuan dari si pendosa ni. Mudahan Allah S.W.T. terima usaha ana ini & menjadi sebab terampunnya dosa-dosa ana yang bertimbun ni.

Sesampai di asrama, kelihatan Cikgu Idie & Mat Jeng dok menunggu & Cikgu Dayu & Masitah dok main anak-anak kuching kat atas bangku di kaki lima asrama. Kami bertanyakan keadaan pelajar terbabit sebab keadaan sepi je. Kata ada kes histeria...tak dengar pun pelajar menjerit-jerit atau meraung-raung. Cikgu Idie kata dah settle dah. Alhamdulillah lega ana. Rasa nak balik terus je ke rumah...sambung rehat...tak larat sangat rasanya. Tapi Wan mohon ana naik juga ke dorm pelajar tersebut untuk memeriksa kalau-kalau masih ada lagi gangguan. Alang-alang datang katanya. 


Bagi memenuhi hajat saudara seIslam & mententeramkan hati mereka, ana naik ke dorm pelajar tersebut. Bukak je pintu kelihatan Cikgu Ain & Wadihah serta lain-lain penghuninya berkumpul agak jauh memerhati si mangsa. Mangsa terbaring lemah di lantai dorm sambil memegang bahagaian atas kiri dadanya. Erm...nampaknya ada sesuatu yang sedang & masih lagi mencengkam pada bahagian yang dipegang mangsa. Kata Cikgu Ain...dah settle dah. Alhamdulillah...kalimah yang keluar dari mulut anasyukur ana panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana telah menyelesaikan suatu masalah yang pada pandangan ana agak mengecohkan. Sekali lagi lega rasanya.


Memandangkan nampak macam ada sesuatu yang masih mencengkam pada atas kiri dadanya, ana dekati pelajar tersebut, duduk di sebelah kiri kepalanya. Bertanyakan serba sedikit hal yang telah terjadi & kemudiannya ana ikhtiar menarik benda yang mencengkam tersebut. Alhamdulillah berjaya...lalu ana sediakan air rukyah, minta dia munim & sapukan pada bahagian yang sakit tadi. 


Sebelum keluar dari dorm tersebut sempat Cikgu Ain bertanyakan soalan yang sebenarnya sukar nak ana sendiri jawab. "Macamana nak tahu yang seseorang tu betul-betul kena atau buat-buat je...?" Erm...buat-buat? Betul, pelajar ni ada masalah...tapi kali ni memang ada unsur-unsur ganguan. Mungkin dengan amalan tertentu, Allah S.W.T. izinkan si pengamal tu "merasa" atau bahkan "nampak" unsur-unsur gangguan yang wujud. Wallahu alam....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan