Lewat petang semalam, sambil-sambil menunggu masuknya waktu Maghrib, ana menggunakan masa yang ada menelaah kitab Muniyatul Musolli. Fikiran tetiba melayang terkenangkan pengalaman menadah kitab zaman remaja dulu bersama-sama sahabat karib ana Abe Di, Qohhar@Abdul Ghoffar, Denae Buoh & lain-lain lagi kat surau Allahyarham Haji Pok Him, Dusun Raja, Seri Cemerlang. Allahu Robbi…seronok sekali waktu tu dapat belajar, muzakarah & menimba ilmu dari Allahyarham Haji Pok Him sendiri & juga guru-guru yang datang mengajar kat situ. Lepas mengajar, kadang-kadang tu diadakan sedikit jamuan. Meriah!
Tapi sekarang segalanya hanya tinggal kenangan. Sahabat-sahabat sepengajian masing-masing bawa diri & dengan haluan masing-masing. Lama dah tak jumpa diorang melainkan Denae Buoh. Tu pun jarang sangat. Ana pula pernah beberapa kali singgah solat kat sana, cukup berbeza…rasa lengang & tiada lagi kemeriahan. Beginilah perjalanan hidup, watak-watak yang bermain di sekeliling kita sentiasa & kerap berubah. Pun begitu, langkah perlu dihayun…agar maksud & matlamat tercapai, insyaAllah.
Lamunan ana terhenti oleh bunyi enjin motosikal di depan rumah. Salam diberi & bersambut. Oh…rakan warden asrama, Mat Jeng & Idie. Erm…melihat muka mereka dah boleh agak dah. Toye semacam je.
“Ado kes kat asrama pulok ko? Sapo?” tanya ana. “Pelajar baru. Dari SMA Padang Tengku. Dia kata dia nampak hantu kat asrama.” kata Mat Jeng. “Pelaja baru? Erm…kelah 4 ERT tu ko? Raso macam tadi baru jupo kat koperasi.” tanya ana lagi. “Tah ye kot. Tapi dia masa kat Padang Tengku pun memang dah biasa kena. Tu sebab dia pindah sini. Kena kat sini pulok.” sambung Mat Jeng lagi. “Erm…ni mache kes carry forward jah ni.” balas ana. “A’a…kes carry forward la ni.” sahut Cikgu Idie. “Cikgu Din gi deh?” tambah Mat Jeng. “Erm…dekat Maghrib doh ni, lepas Maghrib lah… Ginilah, kawe gi semaye Maghrib sano.” balas ana. “Budok tu dok kat surau asrama tu. Molek la…Cikgu Din gi sana terus.” kata Mat Jeng. “InsyaAllah…ana siap dulu, pah ana gi.” kata ana pula.
Mat Jeng & Idie pun terus berlalu setelah janji termeterai. Ana tengok jam, beberapa minit je lagi nak Maghrib. Sedang elok ana & Imdad nak keluar dari rumah azan pun berkumandang. Imdad beria-ria pulak dia kali ni nak ikut. Mungkin ke asrama barangkali, suka dia ramai-ramai kat sana, dok rumah sorang-sorang bosan. Tambah lagi, ana pun tak tahu bila balik.
”Cepat! Kita solat Maghrib kat sura asrama.” kata ana pada Imdad.
Sampai kat sana pelajar asrama dah mula solat. Baru je nak masuk surau, nampak warden & beberapa orang pelajar dok berkumpul kat belakang. Jadi ana pun ke pintu belakang surau, jumpa warden & masuk. Kelihatan mangsa terbaring dengan sahabat-sahabat dia dok kerjong (memegang ramai-ramai dengan keras supaya mangsa tak meronta-ronta). Ana dekati & duduk kat bahagian kepala dia. Ana mintak semua rakan-rakan dia lepaskan dia sebab mangsa dah kelihatan lemah sangat…kesian kena kerjong.
Ringkas cerita, ana baca An-Nida, pastu rukyah & akhirnya ana sembelih mana-mana yang degil setelah berkali-kali memberi amaran. Erm…nampaknya ada yang masih bertahan. Memandangkan masa Maghrib yang singkat, ana kunci benda yang ada dalam jasad pelajar tu & ajak Idie serta beberapa pelajar lelaki yang membantu untuk solat Maghrib berjemaah sebelum disambung balik rawatan.
Setelah solat rawatan disambung semula & alhamdulillah akhirnya pelajar tersebut sedar. Tapi rohaninya cukup lemah sehingga dia sangat sukar nak menguasai/kawal diri fizikal dia sendiri. Ana cuba membantu agar dia mendapat sedikit kekuatan, sekurang-kurangnya menggerakkan lidahnya untuk menyebut nama Allah S.W.T. & kemudiannya menggerakkan tangan beliau. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. dia dapat menggenggam & melepaskan tangannya. Nampaknya dengan sangat perlahan dia recover.
Keadaan dia yang sangat lemah itu cukup-cukup merisaukan ana. “Erm…macam ada yang tak kena ni.” bisik hati ana. Ana cuba tanya Ain & Wadi, warden asrama siswi, kalau-kalau mereka tahu latarbelakang atau serba sedikit tentang peribadi pelajar tersebut. Apa yang dimaklumkan tak banyak membantu. Bila tanya si adiknya pun, sama. Tak tahu sangat tentang kakaknya. “MasyaAllah, kakak awok pun tok tahu sangat ke. Kan kakak awok doh pernah kena sebelum ni kan? Jadi macamana keadaan dia sebelum ni & kat rumoh?” tanya ana pada adiknya. Jawapan agak menghampakan. Tak banyak yang si adik tahu tentang kakaknya. Erm…nafsi…nafsi… Tu yang ana selalu suruh Imdad call kakak & adik-adik dia kat kampong agar dia & adik beradik dia tahu hal & permasalahan masing-masing. Bukan apa, pada pandangan ana ia mewujudkan kasih saying & sikap ambil berat pada keluarga sendiri. Ana taknak anak-anak membesar dengan masing-masing buat hal masing-masing walaupun mereka nanti mungkin duduk berjauhan.
Sekejap lepas tu, si ayah sampai. Ana mengambil kesempatan bertanya sapa & juga bertanyakan hal tentang masalah anak perempuannya tu. Ana syorkan pada si ayah tadi agar meneruskan rawatan dengan sebaiknya sebab anaknya belum pulih sepenuhnya walau dah lebih 10 orang perawat atau bomoh yang dia dah mohon ikhtiarkan. Yang paling ketara adalah diri anaknya yang cukup lemah pada pandangan peribadi ana…wallahu a’alam.
Memandangkan waktu ‘Isya pun dah dekat 20 minit dah berlalu…ana ajak si ayah, Idie & beberapa pelajar lelaki yang membantu untuk solat berjemaah bersama. Selepas solat ana memberikan sedikit nasihat, pandangan & tip-tip, mudah-mudahan bermanfaat dalam mengelakkan dari berlakunya perkara seumpama ini. Kepada Allah S.W.T. jualah tempat kita berlindung & memohon keselamatan. Setelah itu ana berangkat meninggalkan asrama…untuk ke satu lokasi lagi, juga memenuhi hajat saudara seIslam yang memerlukan khidmat bantuan dari si faqir yang ‘asi ini. Mudahan Allah S.W.T. menerima khidmat bakti ana ini & mengampuni dosa-dosa yang bertimbun ini…sementara masih lagi ada kesempatan…aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan