السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

20 Januari, 2011

GERAK ASROR DARI PERSPEKTIF SUFIYYAH

Sedang rancak bertukar-tukar cerita & pengalaman dengan sohabat ana Abg Mie Lipis & Wan Al-Kutani. Ana dimaklumkan tentang pertanyaan seorang pembaca blog ana pada Wan, berkenaan Gerak Asror. 

Ana yang jahil lagi fakir ni sebenarnya nak cerita detail tu takla reti sangat, tapi merujuk kepada beberapa ulasan orang ilmuan dan salah seorangnya yang terbaru ana ketemui, iaitu Syeikh Khairi At-Tijaani (Khalifah Tarekat Tijaaniyyah Kelantan, semoga ALLAH memberkati beliau atas kesudian beliau berkongsi & mengijazahkan beberapa keilmuan pada ana), Gerak Asror (atau juga dikenali dengan pelbagai istilah) bolehlah dirumuskan sebagai gerak rohaniyyah yang men'jelma' pada fizikal apabila diolah/dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu dalam keadaan tertentu (iaitu ada kelimuannya).

Namun gerak asror ni boleh berpunca dari pelbagai sumber. Dengan kata lain tidak semudah tanggapan sesetengah pihak dengan mengatakan gerak itu anugerah/kurniaan dari ALLAH s.w.t. (betul...semua dari ALLAH s.w.t., tapi sebab musababnya pun perlu diperhatikan. Contohnya semua rezeki dari ALLAH s.w.t. tapi sumber perolehannya? Mencuri, menipu & merompak pun ye...tapi akibatnya?) Kenapa dikatakan sedemikian? Ianya kerana pada perspektif Sufiyyah, gerak yang murni adalah gerakan dari roh (diri bathin) kita. Tapi bila dah bercampur nafsu...gerakan tu dah tak semurni yang kita sangka. Apatah lagi bila ianya melibatkan penggunaan jin/khodam & seumpamanya. Ingat dalam diri kita ada unsur roh & ada unsur nafsu. Jadi gerakan yang murni atau gerak yang haq akan berlaku bila nafsu dapat ditundukkan & rohaniyyah kita kuat. Dan kekuatan rohani ini terjadi dengan izin ALLAH s.w.t. apabila ahli-ahli sufi ini mengamalkan amalan toriqah (salah satu kaedahnya) yang merangkumi pelbagai aspek seperti mujahadah melawan nafsu, melazimi ibadah-ibadah sunnat & zikruLLAH.

Menurut Syeikh Khairi, ilmu kebatinan lazimnya mejatuhkan/merendahkan martabat rohaniyyah seseorang, berbeza dengan ilmu kerohaniyyan yang akan meningkatkan martabat rohaniyyah seseorang. Sebab itu ilmu-ilmu kebatinan lazimnya banyak mewar-warkan tentang kehebatan itu & ini...menjurus kepada kehebatan diri pengamalnya sehingga lupa pada kehebatan & keagungan Kholiq, sebaliknya ilmu kerohaniyyan mengajak diri pengamalnya menuju & mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t. & yang dilihat adalah kehebatan & keagungan ALLAH s.w.t. semata-mata. Perbezaanya 180 darjah!

Para sufi bila 'buat' atau melihat gerak, sebahagian mereka fana...kerana bagi mereka gerak itu sendiri adalah af'aluLLAH yang terbentang didepan mata...ada yang menangis....ada yang...ALLAHU ALLAH!!! Hanya yang merasai je yang tahu.... Sebaliknya sesetengah orang hanya nampak kehebatan, kelincahan & kemahiran mereka dalam bergerak!!! Sehingga hilang af'aluLLAH dari pandangan mereka, tak nampak yang mengerakkan mereka itu ALLAH.... Bukankah amat rugi & malang...sesuatu yang sepatutnya mendekatkan diri kepada ALLAH bertukar kepada menjauhkan pula. Na'uzubiLLAHI min zaalik.

Oleh itu secara mudah 'keceknyo' bagi mendapat gerak asror yang haq, hati perlulah dibersihkan...nafsu pula perlu ditundukkan...kena melalui proses tazkiyyatun nafs. Tak semudah yang disangka....buat gerak terus dapat gerak yang haq. Kena melalui proses yang dinyatakan tadi. Sebab itu guru-guru bagi amalan untuk dijadikan sebagai alat untuk membersihkan hati & menundukkan nafsu ni. Tapi amatlah malang jika amalan tersebut disalah niat/fahamkan sebagai untuk mendapat kehebatan & kelebihan keduniaan. Lantaran itu ana pernah cakap kat murid sulung ana...jangan jadikan amalan ini sebagai alat untuk meraih kehebatan & kelebihan dalam bersilat! Nanti rosak & punah akibatnya. Faham betul-betul matlamat diijazahkan sesuatu amalan itu....dan dalam bab ini, ianya adalah untuk mentazkiah nafs & menguatkan rohaniyyah kita agar kita mendapat redho ALLAH & bertaqorrob denganNYA.

Bila hati bersih & nafsu tertunduk & terkawal..baru roh kita tu terlepas dari belenggu nafsu & syaitan. Maka dari situlah baru munculnya gerak asror yang murni lagi benar & insyaALLAH barulah tak malu bila nak katakan kita dapat gerak dari ALLAH s.w.t. Kalu tidak, seolah-olah kita je yang dok perasan sendiri, sedangkan hakikatnya lain.

Walaubagaimanapun, ana yang bercerita ni pun masih juga lagi dalam proses. Gerakan pun taklah semurni yang sepatutnya....astargfiruLLAH. Ana hanya sekadar berkongsi ilmu & kefaham yang amat sedikit ini, bak kata orang Kelantan, "Ana kecek sajo yah ni...royak gapo yg sepatutnya berlaku...tapi ana sendiri pun masih lagi tok sapa pun lagi tahap tu. Mudohan ALLAH izinkan suatu masa nanti...insyaALLAH."

Bak kata juga sohabat & guru ana Sheikh Wan Asrul, "Ilmu....Faham....Amal....(baru) Rasa....". InsyaALLAH ilmu & faham tu adolah sikit...amal tu kkdg tergolek gok lagi...raso...tok tahu la...mudah-mudahan nanti diizinkanNYO...aamin Ya Robbal 'alamin.

Wallahu a'alam.... Kalu ada silap & salah...mohon maafkan. Ana sekadar menulis setakat yang ana faham, belajar & tahu sahaja. Para pembaca sendiri mungkin ada yang lebih maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan