السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

12 Januari, 2011

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH

Syeikh Amir Fadhl Al-Abbas Ad-Dandarowi
Adalah dimaklumkan bahawa pagi ini 25 Muharram 1432H/31hb Disember 2010, selepas subuh Amir bagi Usrah Dandarawiah , Syeikh Amir Fadhl, telah kembali ke Rahmatullah di Kaherah, Mesir. Oleh itu para ikhwan diminta untuk kita bersama-sama mengadakan solat peneman bagi dihadiah kepada Sidi Amir Fadh yang telah banyak berjasa kepada kita. Innalillah hiwainna ilaihi rajiun.


Kaedah Solat sunat ini ialah;

Sebelum solat di niatkan " sahaja aku solat sunat ini, Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku inginkan. Hadiahkanlah pahala solat ini kepada Sidi Amir Fadh"



Solat hajat 2 rakaat. Tiap tiap rakaat dibaca;

  • Al Fatihah 1X
  • Al Takathur 1X
  • Al Ikhlas 11 X

Tiada ulasan:

Catat Ulasan