السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

11 Januari, 2011

PENGALAMAN BARU

Assalamualaikum buat para pembaca,

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, sekali lagi diizinkanNya untuk mencatat serba sedikit pengalaman ana di awal tahun 2011 ini.

Perkara yang menjadi ujian bagi ana awal tahun bebaru ni & masih lagi belum selesai iaitu kereta. Kereta ana masih lagi belum dibaiki dengan sempurna. Masih ada lagi kecacatan-kecacatan yang tidak diperbaiki dengan betul. Jadi sekali lagi ana turun ke Selayang untuk diperbaiki. Sehingga sekarang kereta ana masih lagi kat bengkel di sana. Berbelas gak lagi dia punya "defects" yang ana dapati & kenal pasti. Mudahan Allah s.w.t. permudahkan urusan baik pulih kereta ana. Ujian...susah nak bergerak ke mana-mana (ana pun sebenarnya jarang juga bergerak ke mana-mana pun). Bengkel janji hujung minggu ni...wallahu a'alam.

Perkara seterusnya yang masih lagi belum selesai ialah permohonan pendaftaran kemasukkan anak lelaki ana, Mohammad Imdadullah ke SRK Merapoh. Ana bawa dia tinggal bersama ana kat sini. Temankan ayah dia... Masih lagi tak mendapat jawapannya dari pihak JPN Pahang. Mungkin minggu depan agaknya.

Lantaran beberapa masalah juga, ana tidak menghadirkan diri ke mesyuarat sekolah yang berlangsung 27 hingga 30hb Disember 2010 bebaru ni. Tapi ana dah maklum kat Pengetua. Alhamdulillah dia faham & sudi bertolak ansur. Lagipun ana bukannya sengaja. Maaf Boss! Selagi ana belum bertukar insyallah ana akan berikan servis yang terbaik setakat daya & upaya yang dikurniakanNya.

Tahun 2011 ni ana dalam Bidang Kurikulum macam biasa, tetap dengan Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan. Dan tahun ini ana dikejutkan dengan ana ditugaskan mengajar subjek baru mengantikan seorang ustaz yang bertukar ke Kuantan, iaitu subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Suatu yang sangat jauh dari opsyen asal ana iaitu Teknologi Kejuruteraan. Dari guru teknikal...sekarang menceburkan diri dalam bidang pendidikan agama pula. Pelajar keliru...nak panggil Sir ke nak panggil Ustaz! Terpulang...

Selain dari itu, ana juga dilantik sebagai penyelaras unit kesihatan & menjaga klinik sekolah. Semua ini lantaran ana kerap merawat pelajar & rakan-rakan guru dengan rawatan alternatif Islam sekadar yang ana tahu. Ada guru yang mencadangkan ana mengambil kesempatan ini untuk memberikan khidmat rawatan kepada guru utamanya sekiranya ada masa terluang. He...he...he... ana bukak klinik kat sekolah... Ada-ada je...(harap tak mengada-ngada).

Minggu lepas & petang semalam pun Wan ada ziarah ana di sini, jazakallahu khairan katsira syeh. Kami ada muzakarah beberapa perkara berkenaan perjalanan sebagai seorang salik menuju hadrat Ilahi...hal-hal berkaitan dengan perubatan, berkenaan guru-guru kami & bakal guru yang kami bercadang untuk pergi menadah nanti bila ada kelapangan, isi semasa dunia rawatan Islam yang akhir-akhir ni dah mula nampak haru biru...masyallah. Ana harap muallij-muallij Islam yang ada sekarang tidak tertipu & terpedaya dengan agenda halus syaitan & Iblis la'natullah untuk melaga-lagakan muallij yang ada sekarang ini & terheret lebih jauh dalam kancah fitnah-menfitnah, kata-mengata, kondem-mengondem & sebagainya. Allahummahfozna min hu! 

Setelah sekian lama menyepi diri dari dunia rawatan, semalam ana ditanya tentang beberapa permasalahan yang melibatkan kes gangguan jin asyik. Mangsanya terdiri dari 3 beradik dari sebuah keluarga & seorang adik kepada Ustazah di sekolah ana ini. Dua dari mangsa pernah ana rawat sebelum ni tahun lepas & ana mengharapkan mereka ini membuat susulan sekiranya kes tidak selesai, tapi oleh kerana ana merawat sewaktu hampir cuti hujung tahun maka susulan tak dapat dilaksanakan. Ana ada cadang mereka ni jumpa perawat lain dalam cuti hari tu. Salah seorang mangsa, keluarganya ada bawa pergi jumpa seorang perawat otai kat sini semalam & hasil analisis perawat tersebut menggunakan ilmu dia, katanya penyakit mangsa itu sukar dirawat & akan jadi sebab kematiannya nanti, dengan kata lain dibawa mati. Masyallah...sedih yang teramat sangat kedua orang tua mangsa sehingga tak lalu makan minum & tak de motivasi nak buat kerja. Kesian....psiko-psiko sungguh. Mangsa dah la anak perempuan kesayangan ibu bapa....mau tak sedih.

Jadi Ustazah tu tanya ana...camna boleh diikhtiarkan ke? Bagi ana boleh! Kerana selaku hambaNya kita diperintah, digalakkan, dianjurkan berdoa & berikhtiar apa yang patut dengan apa ilmu & kemahiran yang dikurniakanNya. Sembuh atau tidak itu urusan Allah & sebab kematian, semua orang ada sebab musababnya.

Wallahu a'alam bissowab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan